Jangan perkecil RCI pendatang tanpa izin
KOTA KINABALU 10th August, 2012: Rakyat di negara ini digesa agar tidak memperkecilkan kredibiliti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuh bagi meneliti isu pendatang tanpa izin di Sabah.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata rakyat sepatutnya memberi peluang kepadaRCI melaksanakan tanggungjawabnya.
“...kalau tidak, permintaan kita untuk RCI ini jadi usaha yang sia-sia,”
katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa kementeriannya, di sini semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata beliau akan mengumumkan perincian RCI apabila melawat Sabah hujung minggu ini.
Mengulas lanjut, Masidi berkata penduduk tempatan tidak senang dengan peningkatan penduduk di Sabah kerana “agak membimbangkan berbanding negeri lain.”
Berdasarkan jawapan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada 1970 meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang 2000.
Masidi juga menegaskan tidak ada jalan pintas dalam mendapatkan taraf kewarganegaraan dan peruntukan undang-undang mesti dipatuhi sepenuhnya pada setiap masa.
“Saya percaya terma rujukan RCI akan meliputi cara menangani isu itu terutama berhubung dakwaan kewarganegaraan yang diragui. Jika seseorang itu layak sebagai rakyat, kita terima. Ini bukan suatu yang ganjil di Sabah,” katanya.
----------------
Don’t undermine credibility of rci in Sabah – Masidi
Let RCI do its job first – Masidi
EC assures cooperation with proposed RCI
Foreigner fined for keeping six passports
Six illegals get jail, whipping
Errant foreign worker agencies under fire
Foreigner jailed for possessing drugs
Tiada ulasan:
Catat Ulasan