Isnin, Julai 16, 2012

PENDUDUK KHUATIR TINDAKAN TELCO TAMBAH ANTENA JEJAS KESIHATAN

Penduduk khuatir tindakan Telco tambah antena jejas kesihatan

Gambar Hiasan

PETALING JAYA 16/7/2012– Tindakan sebuah syarikat telekomunikasi (Telco) melanggar perjanjian dengan menambah bilangan antena pada menara milik mereka menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk Taman Subang Seksyen 3, Kelana Jaya dekat sini.

Mereka menuntut pihak syarikat telekomunikasi menepati janji iaitu mengehadkan bilangan antena kurang daripada 10 kerana bimbang radiasi berlebihan akan memberi kesan ke atas penduduk taman berkenaan.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Musa Abdullah, 65, berkata, awal tahun ini, syarikat telekomunikasi itu telah menambah bilangan antena menjadi 20.

Akibatnya, kesan gelombang itu kini dirasai penduduk walaupun pada jarak 100 meter dari menara berkenaan.

Penduduk khuatir tindakan Telco tambah antena jejas kesihatanMenurut Musa, satu kajian telah dijalankan oleh mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada April 2008 menunjukkan 60 hingga 70 peratus penduduk yang tinggal dalam jarak 80 meter dari menara itu mengeluh sakit kepala, kepenatan, tidur tergangggu, hilang ingatan, kurang daya konsentrasi, pening dan iritasi.

“Bilangan antena yang bertambah ternyata beri kesan kepada kesihatan. Ini dibuktikan dengan pengukuran gelombang frekuensi berbahaya yang berpotensi dikeluarkan meningkat,” katanya.

Katanya, penduduk mahu syarikat komunikasi itu bertindak segera dan bertanggungjawab.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Ir Darren Tiong berkata, beliau akan membawa isu ini kepada Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan segera.

NOOR AZURA SAHRIL

6 ulasan:

  1. Telco kena ambil kira kesan terhadap penduduk, perjanjian kena ditepati.

    BalasPadam
  2. Bahaya ni penduduk terdedah dengan gelombang frekuensi. tidak hairan kalau penduduk di sana ramai yang tidak sihat.

    BalasPadam
  3. Syarikat telco yang melanggar perjanjian boleh dikenakan tindakan undang2 kerana melanggar perjanjian.

    BalasPadam
  4. Mengenai perkara ini rasanya Telco perlu memastikan penjelasan bagi keselamatan dapat diberikan.

    BalasPadam
  5. Pemasangan antena yang terlalu banyak rasanya perlulah dikurangkan jika menjejaskan kesihatan penduduk.

    BalasPadam
  6. baik penduduk2 berhampiran menara itu ramai2 buat laporan polis dan failkan saman terhadap syarikat telekomunikai itu..

    BalasPadam