Rabu, Julai 11, 2012

JANGAN TERLALU SENSASIKAN BERITA HINGGA MENYALAHI FAKTA SEBENAR

Jangan terlalu sensasikan berita hingga menyalahi fakta sebenar: Hamza

KOTA KINABALU July 10, 2012: Media di sini diminta tidak terlalu mensensasikan sesuatu berita sehingga melaporkan berita yang menyalahi fakta sebenar.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata perkara itu perlu diberi perhatian bagi memastikan setiap berita yang disiarkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara khususnya di negeri ini.

Menurutnya, sudah menjadi trend sejak akhir-akhir ini di mana berita yang dikeluarkan tidak tepat dari segi fakta.

“Jadi saya berharap kalau ada fakta tidak betul kita perbetulkan dan polis akan terus memberi kerjasama,” katanya.

Kata Hamza, penyaluran maklumat tepat merupakan elemen penting bagi memastikan impak kesan negatif tidak berlaku di kalangan masyarakat seterusnya keselamatan negara.

Jelas beliau lagi, polis mempunyai Prestasi Petunjuk Utama (KPI) yang ditetapkan bagi memastikan jenayah di negara ini sentiasa terkawal.

“Segala pendekatan yang dilakukan pihak polis juga telah berjaya memastikan keselamatan negara berada di tahap terbaik.

“Oleh itu, saya minta agar media memberikan berita yang tidak menyalahi fakta sebenar kepada umum kerana bimbang memberikan impak negatif kepada masyarakat,” katanya.

Hamza berkata demikian bersempena majlis dialog bersama media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang dan ketua-ketua polis daerah di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata polis dan media mempunyai peranan masing-masing dan sentiasa memerlukan antara satu sama lain.

Justeru, beliau berharap kerjasama yang baik antara polis dan media di negeri ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

by RUZAINI ZULKIFLI

-----------------

Get your facts right, CP reminds media

KOTA KINABALU July 10, 2012: Sabah Police Commissioner Datuk Hamza Taib has reminded the media not to sensationalize any news without proper facts.

He said the matter should be addressed to ensure that any news, either print or electronic, would benefit the community and the country.

“Lately, there was a case where a news was published without the actual facts coming from the police.

“I hope such matter will not happen again and the police will always give their cooperation,” he said at a dialogue with the media at the State Police Headquarters in Kepayan here yesterday.

Also present were State Deputy Commissioner of Police SAC II Datuk Tan Kok Liang and other senior police officers.

According to Hamza, information presented must be accurate to prevent negative impact on the public as well as to social and national security.

He said the police were working hard to achieve the Key Performance Indicators (KPI) to reduce crime rate in the country.

He said many approaches had been implemented to make the success of ensuring security of the country.

Meanwhile, Hamza said the police and the media have their own roles to play and both parties need one another to achieve their goals.

He hoped the good cooperation and relationship between the police and the media would continue in the future.

----------------

Media practitioners urged to heed guidelines on reporting disasters

11 ulasan:

  1. The media should report the facts to the people without twisting the issue to make it more interesting. It is their responsibility for reporting the news correctly.

    BalasPadam
  2. Hope that the police will work harder to achieve the Key Performance Indicators to lessen crime rates in Malaysia.

    BalasPadam
  3. media harus keluarkan berita yang benar. jgn ada tokok tambah dalam siarkan berita.

    BalasPadam
  4. Media ada yang dikawal oleh pihak2 berkepentingan.

    BalasPadam
  5. Sama2 jujur dengan kerja masing2 la. Polis beri statistik yang betul dan media siarkan maklumat yang sahih.

    BalasPadam
  6. Betul...Banyak berita yang disampingkan hanya mengikut cakap dan bukannya ada fakta yang tepat.

    BalasPadam
  7. Maka pastikan fakta diberikan keutamaan dan juga pastikan maklumat yang disampaikan itu berguna kepada masyarakat.

    BalasPadam
  8. In this regard, the Prime Minister said the young generation must be trained so that they had higher thinking skills to enable them to differentiate between the perception deliberately created by certain groups, particularly through the internet and social media which were not based on the truth.This is the generation that should be able to evaluate all this...not a matter of perception. Don't think that just because we are the government, we are not right.

    BalasPadam
  9. macam mana sekalipun tidak ada siapa yang boleh bagi jaminan bahawa tidak akan ada jenayah di negeri ini.. jenayah boleh berlaku pada bila2 masa dan dimana2 sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadar jenayah di Sabah perlu dikurangkan.

      Padam
  10. Tu la terlampau begosip sehingga fakta sebenarnya pun lari.

    BalasPadam