Selasa, Julai 17, 2012

GURU HARUS BERSEDIA BERHADAPAN ERA TRANSFORMASI: MUHIDDIN

Guru harus bersedia berhadapan era transformasi: Muhiddin

TAMBUNAN 17th July, 2012: Profesion guru harus diterap dan diserap ke segenap tubuh badan seorang pendidik supaya amanah sebagai seorang guru dapat dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin berkata, bersesuaian dengan tema hari pada tahun ini ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’ maka seiring dengan itu, para guru harus bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan era transformasi ini yang lebih mencabar.

Katanya, cabaran adalah melalui liku-liku transformasi, di bahu dan pundak para guru, terpikul beban yang sangat besar untuk memastikan kualiti pendidikan dapat dilonjakkan.

“Di celah-celah kepesatan era transformasi, di situlah para guru memastikan pendidikan ditegakkan sekaligus dapat melahirkan modal insan yang sama-sama memacu pembangunan negara kelak,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tambunan 2012 yang berlangsung di Dewan Masyarakat di sini kelmarin.

Belia berkata, tugas utama guru ialah memberi pendidikan sempurna dan sama rata tanpa mengira status dan sosial.

Katanya, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi akses pendidikan telah bermula tiga tahun yang lalu telah menampakkan hasil yang membanggakan, banyak perluasan telah dilaksanakan seperti perluasan pra sekolah, penguasaan literasi dan numerasi (LINUS) dalam kalangan murid tahap 1 juga telah menampakkan hasil yang memuaskan.

“Begitu juga peningkatan sekolah yang menerima insentif Tawaran Baru new deals telah bertambah saban tahun. Syabas dan tahniah kepada para guru yang menjadi tunjang kepada kecemerlangan ini,” katanya.

Pengarah Pelajaran Sabah itu berkata, zaman teknologi maklumat telah hampir sebati dalam kehidupan manusia, seiring dengan kepesatan teknologi maklumat, seharusnya para guru juga dapat membudayakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat mengajak dan membudayakan pemikiran yang kritis.

Jelasnya, inovasi tidak semestinya dapat mencipta penemuan-penemuan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran, akan tetapi berinovasi bagaimana pengajaran berlaku dan pembelajaran lebih berlaku.

Para guru katanya, tidak hanya terikat kepada satu-satu kaedah penyampaian, akan tetapi sentiasa mencari pendekatan dan strategi pengajaran yang berkesan supaya objektif pengajaran itu tercapai.

“Apabila ini berlaku, maka di sinilah nikmat pendidikan dapat dirasai oleh anak-anak murid,” tambahnya.

Dalam masa yang sama katanya, para guru bukan sahaja menekan aspek akademik dan kokurikulum semata-mata akan tetapi sentiasa juga berusaha untuk membangunkan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri para pelajar.

Katanya, guru-guru memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan pembangunan sahsiah dan peribadi murid-murid.

Malah katanya, dengan perkembangan semasa terdapat beberapa gejala yang berlaku sekolah, dipikul oleh guru dengan rasa penuh tanggungjawab bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar para guru dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Beliau berkata, usaha melahirkan modal insan yang sempurna, bukanlah suatu usaha yang mudah dan boleh di pandang remeh kerana ia memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi.

17 ulasan:

  1. Guru memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang sempurna demi masa depan negara.

    BalasPadam
  2. Semoga guru boleh menyemaikan nilai-nilai murni dalam seseorang pelajar.

    BalasPadam
  3. peranan guru adalah besar, harap para guru dpt berhadapan dan cabaran dan tranformasi dgn jayanya.

    BalasPadam
  4. Guru perlu menjadi teladan yang terbaik buat para pelajar.

    BalasPadam
  5. Makin mencabar profesion keguruan sekarang ni. harap guru2 sudah bersedia memikul tanggungjawab yang lebih berat.

    BalasPadam
  6. Guru memainkan peranan yang sangat penting mendidik generasi yang akan datang. Jadi para guru harus yakin dan patut menerapkan sikap pendidikan sebaiknya.

    BalasPadam
  7. Malaysians started off as poor people when the country attained its independence 55 years ago and there were not many schools for the children to go to, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    BalasPadam
  8. However, the Deputy Prime Minister added that the country was now regarded as a model Islamic nation that is highly respected in the world.

    BalasPadam
  9. He said Malaysia wants its people to be self-sufficient without relying on any foreign aid, adding that education and economic growth pave the way for its development and progress.


    BalasPadam
  10. At the time Malaysia gained its independence, the people were poor, with gross domestic product at only US$600 (RM1,920) but this has since increased to US$9,700 (RM31,040) today.

    BalasPadam
  11. This is due to the education development that had given a better living standard to the people.

    BalasPadam
  12. "We now hope to increase the GDP to US$15,000 (RM48,000) when we achieve the developed nation status by 2020,” he said,when addressing residents in Bukit Serampang at a buka puasa session in Kampung Baru, near Lenga.

    BalasPadam



  13. Muhyiddin, who is also the Education Minister, said Muslims in the country should give importance to education if they want to join the rest of the nation in achieving the developed nation status.

    BalasPadam
  14. He said the Government had always given priority to education to ensure every Malaysian had the opportunity to learn and acquire knowledge.

    BalasPadam
  15. There is no reason for Malaysians not to seek greater knowledge as this could improve their living standard.

    BalasPadam
  16. Knowledge and education can help to take them out of poverty.

    BalasPadam
  17. We must always seek greater knowledge and working skills if we want to compete with other nations.

    BalasPadam