Umno beri ruang luas kepada pandangan berbeza, kata Shafie
PUTRAJAYA, 17 Mei — Kepimpinan Umno lebih terbuka berbanding parti pembangkang yang langsung tidak memberi ruang untuk mendengar apa jua pandangan yang mereka anggap tidak sehaluan dengan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri bagaimana presiden Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi ruang yang luas kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan dengan cara yang teratur.
Beliau berkata ketika Najib mencetuskan idea-idea untuk membangunkan negara dan membantu segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum menerusi idea-idea transformasi, pembangkang pula dengan agenda demonstrasi yang merosakkan.
“Beliau (Najib) boleh bangun pukul 2 pagi tengok perlawanan bola sepak dengan belia, beliau boleh pantau Twitter, Facebook, berinterasi dengan semua,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Sebaliknya di pihak pembangkang, Shafie memberi contoh tindakan DAP yang enggan menyambung keanggotaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara DAP ekoran kritikannya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bulan lepas, yang membawa kepada peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP, dan tindakan PAS yang memecat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti awal tahun ini.
Mohd Shafie berkata saluran untuk menyuarakan pandangan pula perlu sesuai dan ia tidak seharusnya disuarakan dengan cara berdemonstrasi sehingga merosakkan harta benda dan menggugat keselamatan, atau dilakukan dengan cara yang tidak beradab.
“Kita ada struktur sesuai yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan, contohnya pandangan boleh disuarakan di Parlimen, atau persidangan Dewan Undangan Negeri, malahan menerusi media-media sosial, boleh lontar pandangan, bukan dengan cara mengganggu atau berdemonstrasi sehingga merosakkan,” katanya.
Sementara itu merujuk kepada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khusus dalam usaha meningkatkan infrasruktur luar bandar, Mohd Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata sehingga kini 27,000 isi rumah di luar bandar mendapat manfaat bekalan eletrik dan 79,000 isi rumah menerima menikmati bekalan air bersih.
Seramai 231 warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 daripada Mohd Shafie pagi ini.
Yeah, unfortunately Pakatan has always shunned those who are not inline with their opinions such as Hassan Ali and Tunku Aziz.
BalasPadamThere are many ways to get your messages across, not necessarily through demonstrations.
BalasPadamjika nak tunjukkan protest pun, kenalah guna cara yang wajar. tak perlu nak buat demontrasi.
BalasPadamBoleh dikatakan politik di negara ni masih belum matang. ada yang masih bersikap 'kebudak-budakan'.
BalasPadamItu adalah sikap yang tidak profesional Pembangkang sebenarnyan melakukan demo.
BalasPadampemimpin2 Pakatan kehulu kehilir memperjuangkan kebebasan bersuara, tapi parti sendiri tidak amalkan kebebasan bersuara..
BalasPadambagi pembangkang, sesiapa sahaja yang mengkritik tindakan mereka akan dianggap sebagai ahli atau penyokong umno.. kalau alien sekalipun mengkritik kepimpinan, mungkin dia tetap akan cakap ahli umno.. seolah2 bagi mereka, Pakatan adalah parti terbaik di dunia.. pehh!!
BalasPadam