Khamis, Mei 17, 2012

"PERKARA INI (PROTES PUNGGUNG) TIDAK MASUK AKAL DAN KITA AKAN MENJADI BAHAN KETAWA DUNIA... “ - KHAIRY

'Apa lagi, jual kuetiau depan Seri Perdana pula?'

Mei 17, 2012: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

Khairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

NONE"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Koh Jun Lin

7 ulasan:

  1. Everyone have their own ways of expression, maybe the vets feel that this suits the message they wanted to send.

    BalasPadam
  2. If Ambiga can hold a Bersih Rally, why couldn't the other people hold their own protest rally? Be it Burger Stall protest or Tose stall protest?

    BalasPadam
  3. jika nak tunjukkan protest pun, kenalah guna cara yang wajar.

    BalasPadam
  4. memang fikiran tidak matang, tidak profesional.

    BalasPadam
  5. Ini pun berlaku kerana perasaan tidak puas hati penduduk sendiri.

    BalasPadam
  6. saya juga tidak suka dengan cara Ambiga menganjurkan perhimpunan, tapi tidaklah sampai terfikir mahu buat pertunjukkan punggung di depan rumah beliau.. kalau mahu buat protes pun, buat la di hadapan pejabat Ambiga..

    BalasPadam
  7. jika ada lagi perhimpunan anjuran Ambiga selepas ini, baik kumpulan protes punggung ini ikut serta dipihak polis dan berbaris membentuk benteng dengan punggung masing2 menghala kepada peserta2 perhimpunan Bersih..

    BalasPadam