Khamis, Mei 17, 2012

'SAYA LIHAT ARTIS MASUKKAN WANG RM1 JUTA'

'Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'

Mei 16, 2012: Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

NONENoor Azman berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung nilai transaksi yang paling maksimum pernah dimasukkan ke dalam akuan pelakon tersebut.

Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya pagi ini, Noor Azman berkata transaksi tersebut berlaku pada tahun lalu.

Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Noor Azman yang juga anggota Pemuda Pandan menegaskan tidak mempunyai "pertelingkahan" dengan Shafie yang juga naib presiden parti itu sekalipun sudah lama tidak menghubungi pemimpin itu.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pemimpin kanan PKR antaranya Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya dan dua ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan R Sivarasa (Subang).

Ibu saudara Noor Azman yang juga penyanyi terkenal tahun  1980-an, Dayangku Intan serta suaminya turut hadir dalam sidang media tersebut.

---------------------

Bekas pemandu artis dakwa 'diganggu'

---------------------

Menteri deposit RM1 juta ke akaun Zahida

---------------

Zahida Tolak Semua Dakwaan Bekas Pemandunya

“Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?

“Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah,”

Zahida Rafik

7 ulasan:

  1. Saya rasa bekas pemandu Zahida Rafik mungkin mahu mendapat publisiti dengan mengaitkan dirinya kepada pelakon tersebut.

    BalasPadam
  2. Tidak hairin jika Zahida Rafik kaya kerana beliau seorang pelakon dan juga mempunyai peniagaan kereta mewah bersama abang iparnya.

    BalasPadam
  3. setakat cakap saja tapi tiada bukti buat apa? berilah bukti yang lebih kukuh.

    BalasPadam
  4. Mungkin ada masalah timbul antara Zahida dan pemandunya sebab tu Noor Azman buat dakwaan begitu.

    BalasPadam
  5. Benar atau tidak mengenai perkara ini yang pasti pihak berkuasa akan menyiasat sendiri mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  6. apa bukti yang dia boleh tunjukkan kepada umum?? setakat cakap semua orang pun boleh buat..

    BalasPadam
  7. sepanjang Azman jadi pemandu peribadi Zahida, takkan tidak ada sekeping pun gambar zahida dengan shafie? atau sebarang bentuk resit yang boleh dijadikan bukti wujudnya hubungan intim antara mereka??

    BalasPadam