Rabu, Mei 16, 2012

EMPLOYERS: FRESH GRADUATES NOT SUITABLE AND ARE ‘LIABILITIES’

Lepasan Graduan Tidak Sesuai dan ‘Membebankan’ - Majikan

KUALA LUMPUR Mei 16, 2012: Para majikan menyifatkan lepasan graduan yang baru tamat pengajian daripada univesiti merupakan ‘bebanan’ kerana banyak latihan tambahan yang diperlukan sebelum membolehkan mereka menunjukkan prestasi yang baik.

Pengarah Pemasaran Kelly Services bagi Malaysia dan Singapura, Jeannie Khoo berkata, syarikat-syarikat memilih menggajikan profesional yang berpengalaman dan berkemahiran yang boleh membawa pulangan segera.

Beliau berkata, majikan merasakan lepasan graduan kurang dari segi kemahiran komunikasi dan lemah dalam bahasa Inggeris yang perlu diperbaiki sebelum mereka boleh menambah nilai dalam perniagaan.

“Ini bermakana ia akan menjadi tambahan kos kepada syarikat. Majikan mahu menjadi seseorang yang boleh memajukan operasi,” kata beliau selepas melancarkan Panduan Gaji Profesional dan Teknikal Kelly Services 2012 di sini, Rabu.

Khoo berkata, sebanyak 27 politeknik di negara ini melahirkan beribu-ribu pekerja berkemahiran setiap tahun tetapi kebanyakan mereka perlu dilatih semula oleh majikan.

Beliau menasihatkan kepada lepasan graduan supaya kurang memilih dan perlu mempunyai jangkaan yang realistik dari segi gaji dan ganjaran.

“Anda tidak mungkin memperoleh gaji RM3,000 untuk pertama kali bekerja.

“Bersedialah untuk belajar. Jika anda ditawarkan untuk menjalani latihan amali, ambil peluang itu,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Profesional dan Teknikal Kelly Services Asia Pasifik, Mark Sparrow berkata, permintaan terhadap profesional yang berkemahiran dan mempunyai kemahiran yang khusus begitu berkembang.

Beliau berkata, terdapat kekurangan bakat di seluruh dunia dalam bidang-bidang tertentu seperti kejuruteraan, perakaunan, teknologi dan khimat kewangan.

“Terdapat permintaan yang tinggi untuk jurutera, terutama di rantau Asia Pasifik seperti Indonesia dan Thailand di mana membina semula bandar-bandar ekoran bencana alam,” katanya.

Beliau menambah, pekerjaan lain yang mendapat permintaan tinggi adalah pakar pengurusan risiko, juruteraan pembinaan dan persekitaran, pakar pembangunan perisian serta pegawai pemasaran dan jualan yang fasih dalam bahasa Inggeris.

Oleh P. ARUNA

------------------

Employers: Fresh graduates not suitable and are ‘liabilities’

KUALA LUMPUR May 16, 2012: Employers consider fresh graduates liabilities as many require additional training before they can perform.

Companies would rather hire experienced and skilled professionals who can bring instant returns, said Kelly Services marketing director for Singapore and Malaysia Jeannie Khoo.

She said employers felt many fresh graduates lacked communication skills and had poor English and needed to improve before they could add value to the business.

“This means additional costs for the company. Employers are looking for people who can hit the ground running,” she said after launching the Kelly Services Professional and Technical Salary Guide 2012 here yesterday.

Khoo said the 27 polytechnics in the country generated thousands of skilled workers every year but many of them needed to be retrained by their employers.

She advised fresh graduates to be less choosy and to have realistic expectations on salary and remuneration.

“You are unlikely to earn RM3,000 in your first job.

“Be willing to learn. If you are offered an internship, take it,” she said.

Kelly Services Asia Pacific head of professional and technical, Mark Sparrow, said demand was growing for professionals with experience and niche skills.

He said there was a global shortage of talent in specialised areas of engineering, accountancy, technology and financial services.

“There is high demand for engineers, especially in the Asia-Pacific region, such as Indonesia and Thailand which are rebuilding their cities following natural disasters,” he said.

He added the “hot jobs” in Malaysia included risk management specialists, construction and environment engineers, software development specialists and marketing and sales personnel who are fluent in English.

By P. ARUNA

27 ulasan:

  1. para graduan harus memperlengkap diri mereka dgn pelbagai kemahiran terutamanya komunikasi. ini perlu bagi mereka menghadapi dunia pekerjaan nnti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...ianya adalah perlu dilakukan oleh mereka..saingan makin besar dan setiap peluang untuk memajukan diri harus diambil..

      Padam
    2. Dunia pekerjaan menuntut kemahiran dan pengalaman. graduan kena bersedia untuk menghadapi cabaran dalam persiangan.

      Padam
    3. Agree, they need to prepare themself for better communication skills to faces challenge.

      Padam
    4. Beri peluang kepada lepasan graduan.Biar mereka mencari pengalaman.

      Padam
    5. Cari pengalaman terlebih dahulu, jangan terlalu memilih kerja.

      Padam
  2. sebab itulah kerajaan menitikberatkan penggunaan bahasa inggeris dan dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran wajib lulus..

    BalasPadam
  3. pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris adalah bertepatan untuk menjadikan para pelajar kita mahir dalam inggeris dan berdaya saing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkara ini menimbulkan isu. kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk mempelajari matematik dan sain apalagi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam BI.

      Padam
  4. banyak latihan2 kemahiran dianjurkan oleh kerajaan dan juga pihak swasta untuk meningkatkan lagi daya saing graduan di alam pekerjaan...peluang ini seharusnya direbut dan bukannya dibiarkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan telah banyak menawarkan latihan2 kemahiran secara percuma, perlu rebut peluang ini untuk menambah pengetahuan.

      Padam
  5. kemahiran komunikasi harus diajar di sekolah2 dan juga IPT..mungkin ianya harus dijadikan subjek wajib..

    BalasPadam
  6. Fresh graduate must equip themselves with good communication skill especially communicating in english language.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "syarikat-syarikat memilih menggajikan profesional yang berpengalaman dan berkemahiran yang boleh membawa pulangan segera."

      If all the companies only accept experience job seeker, then how is it possible for the fresh graduates to gain experience in a particular field??There is no wonder that there are still many unemployed people.

      Padam
    2. Para pelajar juga patut meningkatkan kebolehan diri supaya lebih berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.

      Padam
    3. Keupayaan berbahasa adalah penting juga sebab banyak negara sekarang juga multi-national.

      Padam
    4. Kemahiran berkomunikasi dengan orang luar juga penting.

      Padam
  7. Kita perlulah mewujudkan sistem pendidikan tinggi supaya para pelajar yang selesai pengajian boleh mendapat pekerjaan yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tidak teramat memilih, pasti ada kerja yang baik untuk permulaan.

      Padam
  8. Belia sekarang juga bertekanan tinggi untuk menghadapi cabaran yagn jauh lebih tinggi.

    BalasPadam
  9. “You are unlikely to earn RM3,000 in your first job. “Be willing to learn. If you are offered an internship, take it,”

    Bukan sahaja kertas sijil tetapi harus ada pengalaman yang mencukupi juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada kelulusan, itu tidak cukup untuk mendapat kerja yang di ingini, perlu ada pengalaman juga.

      Padam
  10. Ini mungkin ada benarnya kerana kebanyakkan graduan yang tamat tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang cukup maka ini bermakna kesesuian untuk mendapat pekerjaan yang baik amat sukar.

    BalasPadam
  11. Cari pengalaman dan dapatkan sahaja apa2 kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. jangan dulu demand lebih2 kalau masih tidak tahu apa2..

      Padam
  12. Cari pekerjaan demi untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat.

    BalasPadam
  13. anggap saja kenyataan ini sebagai satu isyarat bahawa sudah tiba masanya institusi pendidikan di negara ini melakukan perubahan.. banyakkan pembelajaran yang bersifat praktikal daripada teori..

    BalasPadam