Bunuh: Tiga sekeluarga warga Filipina ditahan
SANDAKAN 15/05/2012— Polis menahan tiga beranak yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan membabitkan seorang lelaki yang mati ditikam dalam satu pergaduhan di Kampung Pampang Jalan Sungai Batang dekat sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Fadzil Mohd. Ali berkata, tiga lelaki warga Filipina yang ditahan itu adalah seorang bapa berusia 51 tahun serta dua anaknya masing-masing berumur 19 dan 22 tahun.
Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, tiga beranak terbabit terlibat dalam satu pergaduhan dengan tiga lelaki di kampung berkenaan.
Insiden itu menyebabkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mig Urung, 43, warga Filipina mati ditikam, katanya di sini hari ini.
Fadzil berkata, polis turut merampas sebilah parang, lembing dan tombak daripada ketiga-tiga suspek yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.
Beliau menambah, polis sedang mengesan dua lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu, manakala ketiga-tiga beranak itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
--------------
Polis percaya selesai kes curi motosikal
LAHAD DATU 16th May, 2012: Polis di sini percaya dapat menyelesaikan beberapa kes curi motosikal yang berlaku di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya seorang lelaki warga asing, pada Sabtu lalu.
-----------------
Angkara RM10, peniaga hilang pengelangan tangan
SANDAKAN May 15, 2012: Seorang peniaga warga Pakistan kehilangan pergelangan tangan kanannya selepas ditetak oleh salah seorang perompak dalam kejadian di Padang BDC Batu 2 pada malam Ahad lepas.
-------------
Amok gets four years, whippings for injuring two men
KOTA KINABALU May 16, 2012: A Filipino, who went amok and injured two men, was jailed for a total of four years and ordered to be given four strokes of the cane by the Magistrate’s Court here yesterday.
kes jenayah makin menjadi. ini benar2 membimbangkan.
BalasPadamsepatutnya kejadian mcm tak berlaku.
BalasPadamkehadiran warga asing di negara ni memang membawa banyak masalah sosial. kerajaan pun sudah terbeban dengan perbelanjaan banduan2 warga asing yang sudah memenuhi penjara di Sabah.
BalasPadamMemang betul kehadiran warga asing menyebabkan kadar jenayah di negeri kita semakin meningkat. Diharapkan kita boleh menyelesaikan masalah PATI ini.
PadamKebanyakkan sekarang ini kes berkaitan dengan warga asing. Nampaknya kehadiran mereka ini menambah pelbagai masalah kehidupan bagi penduduk tempatan sendiri.
BalasPadamasyik2 warga asing yang melakukan jenayah.
BalasPadamSabitkan sahaja mereka hukuman yang setimpal.
BalasPadamMereka tidak habis2 melakukan kesalahan.
BalasPadamba jatuhkan saja hukuman mati.. kurang juga pembunuh di negeri ini..
BalasPadam