Rabu, Mei 23, 2012

ARCHAEOLOGICAL FIND UNEARTHED IN BINGKOR

Penyelidik USM temui bahan arkeologi prasejarah di Bingkor

230512_front_arkeologi1

Dr Mokhtar indicating the layers of earth that have been hiding the Palaeolithic stone tools for thousands of years

KENINGAU 23rd May, 2012: Satu lagi penemuan tapak arkeologi di jalan Kuangoh kawasan Bingkor berjaya dilakukan di bahagian barat negeri Sabah yang dipercayai menyimpan banyak bahan prasejarah.

Pengarah Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Dr. Mokhtar Saidin berkata, tapak arkeologi di kawasan ini mula dijejaki pada tahun 2009 di bawah Projek Arkeologi Sabah Barat yang diketuai Jaffrey Abdullah.

“Berikutan penjejakan itu kita telah melihat bahawa barat Sabah banyak potensi dalam bidang arkeologi” kata Mokhtar kepada media di tapak arkeologi Bingkor kira-kira 15 dari sini kelmarin.

Katanya, hasil penjejakan tersebut telah menemui banyak jumpaan permulaan alat berupa batu Paleolitik (Zaman Batu Awal) di sekitar daerah ini.

Bermula dari itulah katanya, satu tapak arkeologi telah dikenalpasti dan bermula pada 9 Mei lepas Ekskavasi di tapak Bingkor telah berlangsung dan akan berakhir pada 29 Mei ini.

Katanya, dalam tempoh sepuluh hari telah berlalu pihak penyelidik yang telah dipelopori oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USMbersama Jabatan Muzium Sabah telah menemui sebuah bengkel pembuatan alat batu Paleolitik di lokasi berkenaan.

“Terdapat peralatan pembuatan alat batu seperti batu pelandas (anvil, batu teras (core) dan batu pemukul (hammerstone) bercantum dengan sisa kerja (debitage) dan juga beberapa alat batu seperti alat penetak (chopper) dan alat repehan (flake tool)” jelas Mokhtar.

“Ini menunjukkan sudah ada manusia awal di sini yang membuat alat batu mereka yang masih ada dan belum terganggu.”

Beliau berkata, pentarikhannya masih belum dijalankan lagi kerana ia memerlukan kajian yang lebih terperinci.

Kerja penarikhan penemuan ini adalah sangat penting kerana ianya juga mendedahkan kepentingan barat kepada kajian Paleolitik bukan Sabah sahaja untuk negara malah juga di peringkat dunia.

Mokthar memberitahu, sebelum tahun 2009 kebanyakan data prasejarah Sabah ditemui di bahagian timur seperti tapak Mansuli yang dipercayai wujud 235,000 tahun dahulu, tapak Gua Samang Buat 46,000 tahun dahulu di Lahad Datu dan tapak Bukit Tengkorak 5,000 tahun dahulu di Semporna dan beberapa kawasan di bahagian timur Sabah.

Sementara itu Pengarah Muzium Sabah Puan Joanna berkata, penemuan tapak arkeologi Bingkor akan menonjolkan lagi bahagian barat Sabah khususnya daerah Keningau bukan sahaja di negara ini tetepi juga di seluruh dunia.

Katanya, ia juga akan menjadi sejarah yang penting dan membuktikan bahawa kawasan ini telah didiami oleh manusia sejak Zaman Batu Awal.

Selain itu katanya, ia boleh menjadi arkeo-pelancongan pada masa akan datang apabila ia diwartakan sebagai satu kawasan di bawah Jabatan Muzium Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan