Isnin, April 16, 2012

RUMAH PPRT KG. AYER SEMPORNA ROBOH

PBR MAUT LAMBANG KEJATUHAN SHAFIE?

image

Oleh : ABBAS AHMAD

“MUNGKIN sudah ketulahan kerana doa orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan. Tidak ada angin, tidak ada rebut, tiba-tiba sebuah rumah PBR di Kampung Ayer Semporna tumbang menyembah bumi,” kata Ketua Penaja USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad selepas melawat mangsa tragedi di kampung berkenaan.

Menurut Abdul Karim, memang ada yang tidak kena sejak Kampung Ayer terbakar, penyenaraian nama penerima dan pengawasan projek pembinaan rumah dibuat oleh kroni Menteri KKLW iaitu Adun Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran sedangkan Kampung Ayer terletak di DUN Bugaya.

“Kita sedar projek ini baik untuk rakyat terutama mangsa kebakaran di Kampung Air, namun kita kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan rumah berkenaan, sekalipun tidak layak, tetapi diluluskan Datuk Nasir,” ujar Abdul Karim lagi.

image Tegas Abdul Karim, beliau kesal kerana Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sanggup menggadai nyawa 50 keluarga termiskin kerana projek kilat PBR yang dibina oleh RISDA tidaklah sekukuh mana kerana RISDA bukanlah Jabatan Teknikal dan tidak mempunyai pengalaman dalam industri pembinaan rumah.

Walaupun hanya sebuah rumah daripada 50 buah rumah yang dibina RISDA runtuh, namun menunjukkan indikasi ketara mutu pembinaannya rendah dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan; malah tidak ada sesiapa dapat menjamin bahawa 49 buah rumah lagi selamat.

“Sudahlah mereka miskin tegar, kini terpaksa menggadai nyawa, sedangkan mereka menjadi mangsa politik pemimpin UMNO yang tidak bertimbang rasa dan tidak berhati perut,” ujar Abdul Karim yang membidas ketidak pekaan Shafie dan Nasir terhadap keselamatan penduduk yang terpaksa hidup dalam kecemasan.

image Sehubungan itu, demi menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa, Abdul Karim mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah mengarahkan penghuni mengosongkan 49 buah rumah PBR tersebut untuk diperiksa bagi memastikan semuanya selamat didiami.

Projek bernilai RM3.8 juta dikendalikan ADUN Senallang, Datuk Nasir Sakaran bernilai RM47,000 setiap satu tetapi dipercayai dilaksanakan secara sub-kontrak oleh kontraktor yang tidak berpengalaman dan bukannya dilaksanakan sepenuhnya oleh RISDA sehingga rumah yang didirikan di atas air tidak selamat.

“Kita menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar jangan terlalu lama tidur di Tawau dan jarang memantau projek pembangunan di Semporna, terutama yang dilaksanakan oleh kroni Menteri dan Adun,” kata Abdul Karim yang bosan dengan integriti SPRM kerana tidak pro-aktif terhadap aduan rakyat.

Menurut Abdul Karim, ketika insiden rumah roboh berlaku di Lorong 6, Kampung Ayer pada jam 11.30 malam, 11 April lalu, tidak ada bencana alam kerana tiada tiupan angin kencang, tiada sebarang gegaran gempa dan air laut hanya sedalam enam inci.

“Bagaimana rumah yang belum sampai setahun dibina boleh roboh tiba-tiba? Ini kena tanya Datuk Shafie, Datuk Nasir, Pelaksana dan Penyelia Projek. Keluarga yang mendapat rumah ini hidup dalam keadaan trauma setelah jatuh dan cedera,” kata Abdul Karim yang kesal kerana mereka terpaksa bermalam di atas jambatan setelah rumah mereka roboh.

Abdul Karim turut mendesak SPRM menjalankan penyiasatan rapi kerana pihaknya telah mengenalpasti, Pembantu Rumah Datuk Nasir, Idah Binti Musahari turut mendapat rumah PBR berkenaan sedangkan rumah beliau tidak terbakar dalam kejadian yang memusnahkan 38 buah rumah.

“Pembantu rumah ini sering dibawa ke luar negeri, terutama ke Australia,” kata Abdul Karim yang meminta penjelasan daripada Datuk Nasir kenapa meluluskan rumah PBR kepada pembantunya sedangkan beliau sudah mempunyai rumah.

Selain daripada pembantu rumahnya, Haji Nasir turut meluluskan rumah PBR kepada Boljohn Haji Danial dan beberapa orang PATI sedangkan rumah mereka tidak terbakar; sebaliknya kata Abdul Karim, Haji Nasir tidak meluluskan rumah PBR kepada ramai mangsa kebakaran, antaranya Haji Hassan Barani dan Yahya Haji Jun.

15 ulasan:

  1. Hopefully the state government will ensure that the low cost housing are still in good quality even though it is low cost. The hard core poor deserves to have safe houses regardless of their financial status.

    BalasPadam
    Balasan
    1. These people needs help, hope they are not forgotten.

      Padam
  2. Companies who are assigned the projects for low cost housing must make sure the standards are followed so that it is safe to be inhibited by the local folks. The construction companies should be experienced in constructions rather than having no relevant knowledge in the field.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..kontraktor yang membina rumah PPRT haruslah memastikan rumah tersebut selamat dan mengikut piawaian.

      Padam
  3. Pasti rumah bantuan kerajaan diberi pada yang layak saja

    BalasPadam
  4. Ada yang kata, kalau ada orang dalam dan saudara mara senang saja mereka perolehi apa2 bantuan walaupun sebenarnya tidak layak.

    BalasPadam
  5. Nampak macam sukar juga untuk membina rumah di atas air. mungkin terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan rumah ni hingga ada yang roboh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. punca pekara ini berlaku harus dikenalpasti agar ianya tidak berulang lagi.

      Padam
  6. Ha5rap bantuan dalam perjalanan.

    BalasPadam
  7. harap mangsa tersebut akan diberikan bantuan yang berseuaian.

    BalasPadam
  8. patut gunakan bahan yang berkualiti dan tahan, rumah atas air mmg ada risiko tinggi.

    BalasPadam
  9. Mungkin ada kelemahan dalam pembinaan oleh kontraktor yang ditugaskan melaksanakan projek ini.

    BalasPadam
  10. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Pembinaan ini seharusnya mengambil kepentingan keselamatan pemilik rumah itu sendiri. Maka perkara sebegini sememangnya perlulah dielakkan. Harap ada penjelasan yang dibuat mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  11. masa PRK Baru Sapi dulu pun tidak ada angin dan tidak ada ribut,, tapi Ansari 2 kali terjun laut.. itu apa kes pula?? lambang kejatuhan atau ketulahan??

    BalasPadam
  12. peruntukkan sudah disediakan, cuma masalahnya ialah kontraktor.. daripada menyalahkan pemimpin yang menyalurkan peruntukkan itu, kenapa tidak saman saja pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan??

    BalasPadam