KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha produk kecantikan mendakwa bukan sahaja tertekan akibat menerima persepsi negatif masyarakat malah bisnesnya turut mengalami kerugian hampir RM180,000 sejak suaminya memfailkan dakwaan di mahkamah terhadap dirinya yang dikatakan lelaki menyerupai wanita.
Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 setiap bulan sejak suaminya, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, memfailkan kes tersebut tahun lalu.
“Semua andaian yang dibuat mengenai status jantina saya menyebabkan saya tertekan dan menjatuhkan maruah diri, keluarga serta perniagaan.
“Saya juga terpaksa menutup premis selama dua hari kerana tertekan dengan apa yang berlaku,”katanya ketika ditemui Kosmo! di premis perniagaannya semalam.
--------------------------
Sri Wani: 'Akak pun mohon pada ALLAH'
SHAH ALAM 9 April 2012 - “Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak”.
Itulah ucapan ringkas yang diterima Sinar Harian kiriman Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengusaha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.
Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani dipaparkan Sinar Harian kelmarin, orang ramai memberi respons positif.
Rata-rata mereka berdoa sekiranya Sri Wani tidak bersalah, mudah-mudahan perkahwinannya selamat.
“Akak pun mohon pada ALLAH. Hanya ALLAH Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Esa. Akak minta jasa baik wartawan; kalau boleh jangan datang ke kedai atau curi ambil gambar akak,” katanya.
Sri Wani menambah, dia tidak mahu pelanggan tidak masuk ke kedainya lagi kerana ini akan memberi kesan kepada perniagaannya.
Dia menceritakan, sejak diperintahkan mahkamah untuk tinggal berasingan antara beliau dan suami, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan sebuah universiti, sementara menunggu prosiding selesai, dia menumpukan perhatian kepada kerja bagi menghilangkan tekanan dan derita.
“Terima kasih akak ucapkan pada saudari. Akak percaya saudari adalah seorang wartawan yang baik hati,” katanya.
Berita mengejutkan itu bukan sahaja hangat dipaparkan di beberapa muka depan akhbar arus perdana, malah di laman blog dan portal berita online (talian terus).
Sri Wani terkenal sekelip mata apabila Bahrom memfailkan kes di Mahkamah Syariah Gombak Timur, kerana mengesyaki isteri ketiga yang dikahwininya pada 19 Ogos 2009 itu, adalah lelaki.
Susulan permohonan yang dibuat pada 17 Januari 2011 itu, mahkamah memerintahkan pasangan itu berpisah sementara sebelum prosiding selesai atas alasan perkahwinan diragui.
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pula menetapkan 23 April ini untuk memutuskan Sri sama ada dia perlu jalani ujian penentuan jantina atau tidak.
-----------------
Suami Sri Wani serah pada mahkamah
“Beliau minta diberi ruang tidak diganggu mengenai isu ini. Selepas cerita ini tersebar, pelbagai spekulasi dan komen diterima.
“Beliau tidak dapat terima pandangan masyarakat terhadap dirinya sekarang.
“Kalau lihat di blog, semua melemparkan tuduhan tidak adil kepadanya. Biarlah perkara ini selesai di mahkamah dahulu,”
kata Muhammad Hafiz Ab Rashid peguam kepada Bahrom Sanugi, 61 suami kepada Sri Wani Choo Abdullah, 37
Tiada ulasan:
Catat Ulasan