Sabtu, April 21, 2012

DATA INFRASTRUKTUR SEKOLAH AKAN DIWUJUDKAN - MUHYIDDIN

Data Infrastruktur Sekolah Akan Diwujudkan - Muhyiddin

KUALA LUMPUR April 21, 2012: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan satu sistem data yang mengandungi maklumat berhubung keperluan infrastruktur di sekolah di seluruh negara tidak lama lagi untuk mewujudkan suasana kondusif bagi pelajar dan guru.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian akan menggunakan data itu untuk memastikan aset yang dimiliki termasuk bangunan dan infrastruktur di sekolah sentiasa dipelihara (maintenance) dan untuk menilai kekurangan yang dihadapi oleh sekolah.

"Dengan cara ini kita boleh menilai kekurangan di sekolah dan kita akan tahu keadaan di sekolah berkenaan tanpa PIBG perlu mohon (untuk penambahbaikan infrastruktur) kerana data mengenai sekolah itu sudah ada di kementerian.

"Kita juga hendak tentukan ada suasana kondusif di sekolah bukan sahaja untuk kemudahan pelajar, tetapi juga guru. Saya sedia maklum ada sekolah yang bilik gurunya terhad tetapi kita akan perbaiki masalah ini," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Wilayah Persekutuan di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata, apabila perkara itu dipersetujui, Guru Besar dan Pengetuaakan diminta menyediakan laporan tahunan dalam bentuk format mengenai keadaansekolah masing-masing.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 10,000 buah sekolah di seluruh negaradengan 318 daripadanya di Wilayah Persekutuan sahaja.

"Berdasarkan angka itu, dianggarkan terdapat 20,000 bangunan yang merupakanaset kementerian perlu dijaga dan untuk menjaganya perlu ditingkatkan budaya'maintenance' kerana jika tidak segala aset ini akan merosot," katanya.

Muhyiddin berkata, langkah itu selaras dengan tuntutan untuk membangunkan sistem pendidikan negara menerusi pelaksanaan semakan semula sistem pendidikan kebangsaan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha memantapkan kualiti sistem pendidikanbukan sekadar slogan semata-mata tetapi merupakan komitmen yang perlu dilaksanakan kerana ia bakal menentukan sama ada negara ini akan mampu untuk mencapai Wawasan 2020.

"Penentuan sama ada kita menjadi sebuah negara membangun yang berpendapatan tinggi atau terus terperangkap dalam kelompok negara membangun yang berpendapatan sederhana, bergantung kepada sejauh mana sistem pendidikan kita dapat melahirkan modal insan yang diperlukan untuk memacu kemajuan negara ke tahap seterusnya," kata Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, bagi memastikan semakan sistem pendidikan negara itu dijalankan secara menyeluruh, Kementerian Pelajaran buat julung kalinya akan melancarkan siri jelajah Dialog Pendidikan Nasional yang akan bermula hujung bulan ini.

Siri jelajah itu untuk memberi peluang kepada anggota masyarakat menyampaikan pandangan secara langsung kepada kerajaan mengenai isu pendidikan yang menyentuh kepentingan setiap individu di negara ini.

Katanya, siri jelajah Dialog Pendidikan Nasional itu akan diadakan di seluruh negara dan akan dilancarkan secara rasmi pada 29 April ini di peringkat WilayahPersekutuan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada masyarakat awam, beliau berkata, satu pelan induk pendidikan nasional yang menggariskan haluan transformasi pendidikan negara secara menyeluruh akan disediakan.

"Pelan induk ini akan menjadi panduan kepada Kementerian Pelajaran untuk mentransformasi pendidikan negara selaras dengan hasrat rakyat untuk menjadikanpendidikan di Malaysia sebagai pendidikan yang bertaraf dunia.

"Jadi saya harap anggota masyarakat, khususnya PIBG akan mengambil bahagian,bukan sahaja hadir pada sesi dialog itu, tetapi turut memberi pandangan. Apa sahaja bentuk pandangan, hendak kritik pun tidak apa, asalkan untuk kebaikan semua pihak," katanya.

Muhyiddin berkata, Dialog Pendidikan Nasional adalah satu pendekatan baruyang diambil oleh kerajaan untuk mendengar pandangan daripada rakyat sendiri mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk memantapkan kualitipendidikan kebangsaan.

37 ulasan:

  1. Kementerian Pendidikan perlulah bertindak menambah baik infrastruktur sekolah dalam negeri Sabah. Bagunan yang tidak selamat perlulah dibaiki ataupun dikosongkan mengikuti kesesuaian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diharapkan kementerian pendidikan akan meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bangunan yang tidak selamat digunakan.

      Padam
  2. Semoga Kementerian Pendidikan, PIBG dan pihak sekolah akan bersama-sama mewujudkan satu persekitaran sekolah yang selesa untuk para pelajar dan tenaga pengajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sistem pendidikan harus diupgrade untuk pelajar2 supaya sistem pendidikan negara lebih mantap.

      Padam
    2. Pendidikan adalah sangat penting untuk masa depan Malaysia. Adalah wajar kita meletakkan keutamaan pada pendidikan anak-anak muda.

      Padam
  3. Rekod untuk keperluan infastruktur semua sekolah di M'sia adalah idea bagus. Mudah2an dengan adanya sistem data tu boleh menambahbaik struktur sekolah2.

    BalasPadam
  4. Memang sesuailah data infrastruktur sekolah ini diwujudkan. Pastikan semua sekolah berada dalam keadaan yang baik dan tidak ketinggalan dalam menerima apa2 kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. tidak mahu lagi ada sekolah yang mundur dari pelbagai aspek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diharapkan data-data ini akan dikumpulkan dan disenaraikan supaya pemantauan yang menyeluruh dapat dilakukan.

      Padam
  5. Sekolah2 yang berada di pedalaman terutamanya pasti akan memperlihatkan perubahan yang besar jika sistem ini diwujudkan.

    BalasPadam
  6. Bila data sudah ada, diharap tindakan segera pun dapat diambil.

    BalasPadam
  7. KPM, guru2 dan PIBG perlu sentiasa bekerjasama dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi dan langkah2 yang boleh diambil untuk atasinya.

    BalasPadam
  8. data2 ini mmg perlu ada agar setiap sekolah mendpat kemudahan yang lengkap.

    BalasPadam
  9. Semua perkara ini akan dilaksanakan secepat yang boleh. Ini bagi kemudahan setiap sekolah yang ada.

    BalasPadam
  10. Teruskan memberikan kemudahan yang selesa kepada sekolah-sekolah terutama sekali sekolah yang berada dikawasan pendalaman.

    BalasPadam
  11. Semoga ini memberi manfaat kepada pelajar sekolah.

    BalasPadam
  12. Harap sistem pendidikan kita akan bertambah maju.

    BalasPadam
  13. walaupun kementerian pelajaran bekal menggunakan sistem data itu, pihak kementerian perlu juga mendengar aduan dari pihak PIBG sekolah.. sistem data belum tentu tepat mengambarkan situasi sebenar yang sedang dihadapi oleh mana2 sekolah di negara ini..

    BalasPadam
  14. The state education department should be given power on decision-making and the implementation of development projects, especially maintenance, training and recruitment of teachers.

    BalasPadam
  15. This will allow the department to manage their own allocations based on the concept ‘Let managers manage’ and son on, as mentioned by the State Education Director Datuk Dr Muhiddin Yusin

    BalasPadam
  16. Currently the department is not empowered to manage any allocation for development even if it is for projects costing below RM500,000.

    BalasPadam
  17. He said this is despite present regulations which state the department can decide on projects worth below RM500,000.

    BalasPadam
  18. “This regulation has been stated in the Arahan Perbendaharaan (Treasury directive) more than 10 years ago,” he said.

    BalasPadam
  19. He was commenting on the recent suggestion by State Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Tun Said that the Sabah Education Department be given more power and autonomy.

    BalasPadam
  20. According to Salleh, many school buildings in the Sabah are in need of repair and educational projects are not carried out systematically due to having to refer simple matters to Putrajaya, which jeopardises the Government efforts in developing education in Sabah.

    BalasPadam
  21. Salleh acknowledged the capability of Muhiddin as head of the education department, in that he well versed in the context of local needs, hence felt it unnecessary, or alternatively, to minimise the requirement for local education officers to attend meetings held in Kuala Lumpur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It will take another 10 to 15 years for the country’s education system to be on par or better than that of developed nations.

      Padam
    2. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the realistic target was set so that the existing education system could be reviewed and benchmarked against the developed countries.

      Padam
    3. We want to benchmark ourselves against the developed nations and not with the countries which are lagging behind.

      Padam
  22. The people have high expectations of the standard of the education system in the country. Our benchmark is not just to be excellent but par excellence in comparison with the developed countries.

    BalasPadam
  23. Muhyiddin, who is also Education Minister, added that although the present benchmark was good, it was still not up to international standards.

    BalasPadam
  24. “We want to benchmark ourselves against the developed nations and not with the countries which are lagging behind in their development,” he added.

    BalasPadam
  25. “The quality of teachers is the first issue that will be addressed in our effort to boost the education system. We will look into teacher training and the roles played by teachers inside and outside of the classroom in the review,” he added.

    BalasPadam
  26. The Government had formed a panel last year comprising educationists and corporate leaders to review the education system in nine priority areas.

    BalasPadam
  27. The priorities include teachers, school leaders, school quality, curriculum and evaluation and multi-lingual proficiency.

    BalasPadam
  28. The blueprint for education reforms would be ready by August after taking into account all findings and feedback from the ongoing series of dialogues with the public and interested parties from now till July.

    BalasPadam
  29. Muhyiddin also said the low poverty rate of 2% was the result of the education system in the country.

    BalasPadam
  30. “No one can deny that our education system has contributed to the success that we enjoy today,” he said.

    BalasPadam