Selasa, April 03, 2012

“CUKUPLAH KALAU JAMBATAN GANTUNG … KALAU JAMBATAN UNTUK KENDERAAN TIDAK DAPAT DIBINA”

20 murid redah Sungai Balaron ke sekolah

NABAWAN 3rd April, 2012: Lebih kurang 20 murid dari Kg. Pulungan Sepulut terpaksa meredah Sungai Balaron ke sekolah kerana tiada jambatan.

Keadaan itu membimbangkan ibu bapa kerana pada musim hujan sungai itu sering banjir dan berarus deras.

Jurucakap penduduk Sanreco Ansusuok 37, berkata, ketiadaan jambatan di sungai sejak tahun 2000 yang lalu sudah pernah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan pada tahun 2008 tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil.

“Pada setiap hari terutama pada musim banjir kami terpaksa membantu anak-anak kami menyeberangi sungai itu untuk kes sekolah kerana bimbang keselamatan mereka,” kata Sanreco kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Katanya, kalau hujan berterusan dan sungai itu banjir besar anak-anak mereka yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lotong terpaksa ponteng sekolah kerana tidak dapat menyeberang.

Ini katanya, menyebabkan persekolahan anak-anak mereka terjejas kerana terpaksa ponteng dua tiga hari dalam seminggu jika sungai itu banjir.

Justeru itu katanya, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah “Cukuplah kalau jambatan gantung yang dibina kalau jambatan untuk kenderaan tidak dapat dibina,” jelasnya.

Sanreco berkata, ibu bukan sahaja bimbang dengan pembelajaran anak- anak mereka yang tidak dapat hadir ke sekolah semasa banjir tetapi yang lebih membimbangkan adalah keselamatan anak-anak yang meredah sungai itu pada setiap hari persekolahan.

19 ulasan:

  1. Masalah pengangkutan di Sabah ni masih teruk oo. huhu

    BalasPadam
  2. Kerajaan harus beri perhatian terhadap perkara ini. Jangan biarkan rakyat menderita disebabkan masalah pengangkutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah ini harus mendapat perhatian yang wajar.

      Padam
  3. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya.

    BalasPadam
  4. Klaau saya tidak silap, hubungan Sabah dengan persekutuan baik kan jadi apa masalah hal sebegini masih lagi timbul??? Takda peruntukan ka??

    BalasPadam
  5. Tanggani hal ini sebelum masalah yang lebih teruk lagi berlaku.

    BalasPadam
  6. sebaiknya binalah jambatan untuk memudahkan pelajar ke sekolah.

    BalasPadam
  7. Diharapkan satu jambatan serbaguna boleh dibina oleh kerajaan untuk menghubungkan Sepulut ke seberang untuk memudahkan penduduk.

    BalasPadam
  8. kerajaan harus membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah untuk kemudahan semua pihak.

    BalasPadam
  9. Suara rakyat harus didengari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini juga kelemahan kerajaan BN yang pinggiri masalah rakyat.

      Padam
  10. Keadaan itu membimbangkan ibu bapa kerana pada musim hujan sungai itu sering banjir dan berarus deras.

    Demi keselamatan kanak-kanak dan pengguna lain, tindakan wajar harus diambil.

    BalasPadam
  11. Kerajaan pasti menjalakan yang terbaik untuk menjamin keselamatan.

    BalasPadam
  12. Keselamatan harus diutamakan.

    BalasPadam
  13. Lets wait the government for prompt action.

    BalasPadam
  14. Aduan dan rintihan penduduk ini perlu diambil perhatian.

    BalasPadam
  15. Keadaan seperti tu menjejaskan pembelajaran anak2

    BalasPadam
  16. kalau tidak silap, awal tahun ini kerajaan ada mengumumkan peruntukkan untuk pembinaan jambatan gantung di kawasan2 pedalaman di Sabah.. sudah jalan ka projek tu atau masih tunggu peruntukkan??

    BalasPadam