Ahad, April 01, 2012

ANWAR SEDIA MAAFKAN PEMIMPIN BN, RAKYAT?

Jaminan Anwar, tidak akan balas dendam

Anwar ketika berceramah

KOTA BHARU 1 April 2012- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan­ pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.

“Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pelbagai benda, namun selepas keluar saya tidak me­ngam­bil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya,” kata ketika berucap depan 10,000 penyokong di Padang Perdana di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Terdahulu, program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mohamad Mustafa diikuti kuliah Maghrib dan Isyak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pendekatan pihak lawan yang sentiasa melakukan tindakan kontroversi, termasuk menuduhnya melakukan perkara yang tidak senonoh tidak sesekali akan melunturkan semangatnya untuk menukar Putrajaya.

7 ulasan:

  1. Kita tengoklah sama ada Anwar akan mengotai kata-kata beliau jika PR betul-betul berjaya menawan Putrajaya bila PRU-13.

    BalasPadam
  2. PRU-13 dijangka akan diadakan seawal-awalnya bulan Jun, jika ramalan ini betul saya rasa kita bakal melihat parti yang mana akan menjadi pilihan rakyat tidak lama lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak mungkinlah PR akan menang PRU nanti. sekarang pun sudah menampakkan banyak kelemahan di kalangan parti sekomponen.

      Padam
  3. Anwar kalau bercakap mmg hebat, tapi entah boleh percaya ke tidak.

    BalasPadam
  4. Tengoklah samada PR dapat menawan putrajaya atau sebaliknya.

    BalasPadam
  5. Kenapa pula Anwar cakap macam itu. Macam yakin pula sendiri akan menang. Rasanya BN yang sedia memaafkan Anwar atas pelbagai fitnah yang dibuat oleh Anwar.

    BalasPadam
  6. persoalannya, betulkah pemimpin2 BN melakukan kezaliman terhadap dirinya?? yang tarik dia ke mahkamah, bukannya pemimpin2 BN, sebaliknya rakyat biasa(saiful)..

    BalasPadam