Ahad, April 01, 2012

WARGA ASING MERUSUH; AKIBAT RAKAN MEREKA DIPUKUL HINGGA MATI KERANA CABUL WANITA TEMPATAN

Si hitam lagak samseng

imageLAWAN... warga Afrika bertekak dengan anggota polis.

KAJANG 01 April 2012: Berlagak samseng seolah-olah berada di negara sendiri, kira-kira 100 ‘Awang Hitam’ merusuh dengan memecahkan pondok keselamatan di Kondominium Venice Hill, Batu 9, di sini, tengah hari semalam, selepas marah seorang daripada rakan mereka mati dipercayai dibelasah anggota Rela.

Warga Afrika yang menghuni kawasan kediaman berkenaan bukan saja memecahkan pondok pengawal, malah merosakkan pejabat pengurusan serta mencederakan empat pengawal keselamatan.

Lelaki Nigeria yang mati itu, dipercayai dibelasah anggota Rela selepas seorang tukang cuci wanita yang membersihkan satu daripada blok kondominium, mengadu diganggu dan dicabul lelaki berkenaan.

Difahamkan, kondominium berkenaan layak digelar ‘Mini Afrika’ berikutan hampir ratusan warga dari benua itu menyewa di premis terbabit.

Menurut tukang cuci warga tempatan berusia 40-an itu, lelaki Nigeria terbabit beberapa kali mengganggunya.

Semalam dia tidak dapat tahan lagi selepas lelaki berkenaan bertindak melampau dengan menunjukkan kemaluan.

“Sudah beberapa kali lelaki warga asing itu mengganggu saya ketika saya bekerja dan jam 11 pagi tadi (semalam), tiba-tiba saya dipeluk dari belakang.

“Saya cuba melepaskan diri dengan meronta dan menyiku lelaki berkenaan, sebaik dapat melepaskan diri daripada pelukan, saya memarahinya, tetapi terkejut apabila lelaki berkenaan membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya.

“Saya lari dan mengadu kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas mengawal kawasan kondominium,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Katanya, anggota Rela terbabit kemudian mencari lelaki Nigeria berkenaan, namun dia tidak pasti berapa ramai anggota Rela pergi mencari lelaki itu.

“Tak sangka perkara macam ini yang terjadi pula, saya difahamkan warga Nigeria terbabit dibelasah hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan anggota Rela. Saya kini bimbangkan keselamatan diri serta takut rakan lelaki itu mencari saya pula,” katanya.

imageBANTAH... sebahagian warga Afrika berkumpul kerana tidak berpuas hati berikutan kematian seorang rakan mereka.

image SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.

Sehubungan kejadian itu, lebih 100 penghuni kulit hitam kemudian bertindak merusuh kerana marah dan bilangan mereka semakin ramai selepas polis tiba serta turut cuba menyerang polis yang ingin menyuraikan mereka.

Kira-kira jam 6 petang, selepas bilangan polis ditambah barulah kumpulan yang merusuh itu bersurai.

Difahamkan, warga Nigeria yang dipercayai dibelasah itu maut di tempat kejadian di kaki lima berhampiran lif Blok 3 kondominium terbabit dan anggota Rela yang terbabit dalam kejadian berkenaan turut ditahan polis.

----------------

15 women arrested at reflexology, fun outlets

KOTA KINABALU: Sixteen foreigners, including 15 women, were arrested by the State Immigration Department for failing to produce any valid documents at a reflexology center and an entertainment outlet here on Friday night.

Aged 19 to 45, they comprised a 45-year-old Filipino, 13 Filipinas, and two women each from China and Vietnam.

State Immigration Department director Mohammad Mentek said the operation, dubbed ‘Ops Sayang’, was carried out at the two separate locations on Friday between 9pm till midnight.

“A total of 16 people were detained for numerous offences under the Immigration Act 1959/63.

15 ulasan:

  1. Pelbagai masalah yang timbul di negara kita disebabkan oleh warga asing yang bekerja di sini, mereka haruslah mematuhi undang-undang kita ketika berada di tempat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hukuman yang berat harus dikenakan terhadap warga asing yang melanggar undang-undang di negara ini.

      Padam
  2. Malaysia tidak patut bergantung pada warga asing untuk bekerja di negara kita, kurangkan kuota untuk pengambillan warga asing dan cubalah guna rakyat tempatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. usaha untuk mengurangkan pekerja warga asing di negara kita harus dibuat.

      Padam
  3. Send those who participate in the riot & barred them from entering Malaysia for certain amount of time...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..warga asing yang bermasalah harus dihantar pulang dan dilarang masuk lagi ke negara ini.

      Padam
  4. warga asing ni bila dan datang ke negara orang berlagak pula.

    BalasPadam
  5. Menakutkan. Berada di negara oang perlulah ikut budaya ketimuran M'sia.

    BalasPadam
  6. Kemasukan mereka tu sah atau tidak. Sesiapa yang buat rusuhan tangkap dan hantar balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau diperiksa satu persatu rasanya ramai juga antara mereka ni yang buat kesalahan imigresen.

      Padam
    2. ya..mana-mana yang melanggar peraturan harus dihantar balik.

      Padam
  7. SM pula kebanjiran warga Afrika. kelakuan sama saja dengan warga asing di Sabah ni. hidup berpuak2 dan sanggup lakukan apa saja untuk membela rakan sebangsa.

    BalasPadam
  8. merekayang terlibat dengan rusuhan tersebut perlu dikenakan tindakan.

    BalasPadam
  9. Siapa suruh melakukan perkara yang tidak senonoh di Negara orang lain. Tapi sebaiknya apa-apa perkara perlulah dibawa ke pihak yang berkuasa dan bukannya kita yang adili sendiri.

    BalasPadam
  10. semakin naik kepala pula warga asing di negara ini.. berani mancabul, berani merusuh,, dsbnya.. baik hantar mereka balik ke negara asal..

    BalasPadam