Isnin, Mac 12, 2012

SUAMI KETUA WANITA UMNO DIDAKWA PECAH AMANAH MEMBABITKAN RM49 JUTA

Pengerusi NFCorp didakwa

Shahrizat Abdul JalilKUALA LUMPUR 2012/03/12: Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebentar tadi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini atas empat kes pecah amanah membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta di sini, sebentar tadi.

Turut hadir ialah isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kelihatan berbaju kurung dan bertudung serba putih yang mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator), namun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO.

Isu NFC yang mengaitkan Shahrizat berikutan syarikat berkenaan dimiliki keluarganya, timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.

7 ulasan:

  1. Hope that the case will be get a fair hearing, we'll wait and see about it.

    BalasPadam
  2. I'm sure the country's jurisdiction will judge this case accordingly.

    BalasPadam
  3. Kalau tidak rasuah/pecah amanah, susah nak cepat jadi kaya kan? kan?

    BalasPadam
  4. Hukuman biarlah setimpal dengan kesalahan. Jangan sebab dia orang berpengaruh, maka diberi layanan 1st class pula.

    BalasPadam
  5. kes ini makin hangat, kendalikan ia dgn adil dan telus.

    BalasPadam
  6. Harus dihormati keputusan mahkamah

    BalasPadam
  7. inilah masanya kerajaan membuktikan ketelusan dan kesungguhan pihak kerajaan dalam menangani gejala rasuah di negara ini..

    BalasPadam