Isnin, Mac 19, 2012

OPS GEMBLENG @ PROJEK IC, TEROWONG KERAKYATAN SONGSANG

OPS GEMBLENG, TEROWONG KERAKYATAN SONGSANG

image

Oleh : MUTALIB M.D

PERIBAHASA Melayu ada menyebut, “Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam”, yang bermaksud berita buruk tidak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

Begitulah juga dengan X-Files yang cuba disorokkan oleh pemimpin tertinggi kerajaan berhubung OPS Gembleng, iaitu tugas 'HARAM' lagi 'LAKNAT', 'MENGHALALKAN' pendatang haram yang lebih haram daripada najis Mughalazah iaitu daging anjing dan babi yang menjadi kegemaran sesetengah spesis makhluk sehingga terkena Japanese Encephalitis @ JE.

(Maaf kepada saudara yang bukan beragama Islam, bukan menghina makanan saudara, tetapi bagi Umat Islam telah diharamkan memakan khinzir sejak zaman Nabi Nuh lagi, iaitu selepas peristiwa banjir besar yang menenggelamkan seluruh daratan; sehingga khinzir yang sebelumnya boleh dimakan telah diharamkan kerana menjadi Majlis Kota Raya membersihkan bertan najis binatang di dalam Bahtera Nuh yang maha besar itu.)

Bak kata Socrates, (Ahli Falsafah Yunani); “Hakim harus mempunyai empat sifat: mendengar dengan teliti, menjawab dengan bijaksana, mempertimbang dengan tenang dan membuat keputusan secara saksama.” (maka gunakanlah kiasan ini untuk menilai apa yang dimaksudkan dengan Ops Gembleng!)

OPS Gembleng ini melibatkan personel peringkat tertinggi termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Pengarah Pendaftaran Negara dan ramai pihak seperti yang didedahkan di dalam bab lain buku ini.

Walaupun operasi haram tersebut berjaya disembunyikan buat beberapa ketika, namun bangkai gajah tidak mungkin boleh tertutup dengan sehelai daun lalang melainkan dianyam rapi; maka rahsia yang selama ini tersembunyi meletus bagaikan Gunung Berapi Mayon, Filipina yang baru memuntahkan laharnya.

Bagi menutup malu, Kerajaan Persekutuan bertindak menangkap tidak kurang daripada 15 orang Pegawai Pendaftaran dan lebih 26 orang awam yang terlibat dalam sindiket KHINZIR berkenaan.

Saya namakan sindiket haram ini sebagai sindiket Khinzir kerana dahulunya dihalalkan oleh Kerajaan Persekutuan ibarat udang yang bersembunyi di sebalik batu di dalam akuarium kaca yang jelas kelihatan dari segenap sudut, apatah lagi janggutnya yang panjang tidak akan dapat disorok.

Mungkin memikirkan kerana khinzir yang juga digelar ‘Celleng’ di Jawa Tengah boleh dimakan oleh umat Islam dalam keadaan darurat; sekiranya tidak ada lagi makanan yang boleh diperolehi selain selipar jepun, perodua Kancil dan Rusa; namun tidaklah sampai mengenyangkan, sekadar mengalas perut.

Tetapi kita yang hidup di Malaysia yang makmur dan serba kaya ini tidak mungkin akan kebulur melainkan kalau terlempar ke Padang Pasir atau negara kita menjadi Padang Jarak Padang Tekukur sekali lagi akibat PATI dan PADI.

Tindakan beberapa pihak yang cuba membongkar OPS Gembleng atau Sindiket Khinzir ini termasuk Bekas Ahli Parlimen Tenom (Adun Melalap) Raden Malleh dan saya sendiri umpama menjemur matahari yang sedia panas akan membakar atau merentungkan diri sendiri, terutama kerana mendedahkan rahsia kerajaan kepada umum.

Namun kerajaan umpama seorang budak lelaki yang memegang seekor burung pipit. Raden atau saya tidak dapat menebak sama ada burung tersebut mati atau hidup; kerana kalau kami kata burung tersebut mati, budak lelaki itu akan membuka genggaman tangannya dan membiarkan burung tersebut terbang.

Kalau kami kata burung itu hidup, budak lelaki akan menggenggam erat tangannya sehingga nyawa bercerai daripada badan burung pipit tersebut.

Kerajaan mengakui wujudnya sindiket tersebut setelah tidak mampu lagi berdalih kerana bukti telah terdedah dan mengambil keputusan seperti kucing menimbus tahinya dengan tanah selepas melepaskan 'shit'. Walaupun shitnya tertimbus, namun baunya menusuk hidung dan boleh dikenal dengan mudah yang tertimbus itu tahi kucing dan bukannya kuih tahi itik yang popular di Trengganu dan Kelantan.

Alangkah kejamnya meniru resmi kucing menimbus tahi, umpama tentera Amerika menembak kanak-kanak Vietnam yang bersenjata lastik tanpa memusnahkan periuk api yang ditanam di kawasan strategik sehingga bahangnya terasa kini.

Tindakan kerajaan menangkap ‘petualang’ negara atau saya gelarkan mereka dalam buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah sebagai 'Ibu Ayam' lebih kejam daripada tentera Amerika yang meninggalkan bumi Vietnam penuh dengan jerangkap samar dan periuk api yang tidak pandai tumbuh walaupun telah tertanam sejak perang dunia kedua lagi.

Tentera Amerika lari meninggalkan bumi Vietnam sebelum sempat memusnahkan seluruh bumi Vietnam yang mereka cuba tawan, hanya membahayakan rakyat Vietnam jika mereka terpijak kawasan yang ditanam periuk api, namun KERAJAAN MAHATHIR kita telah meletakkan bom jangka di setiap inci tanah Sabah yang bergerak ke sana ke mari di dalam tubuh para pendatang Indonesia, Filipina, India dan Pakistan sehingga rakyat Sabah merasakan nyawa mereka berada di hujung nafas kerana alat peledaknya dipegang kerajaan dan meletup sendiri jika masanya tiba.

Alangkah bermaruahnya kerajaan jika turut menangkap para pendatang asing yang telah mendapat kad pengenalan dan melupuskan kad pengenalan projek yang telah diserahkan kepada mereka oleh sindiket berkenaan; terutama ketika zaman Pemerintahan Berjaya dan UMNO. Tidaklah seburuk sekarang, pandangan rakyat Sabah terhadap kerajaan Persekutuan yang dituduh menjadi dalang untuk menghancurkan kuasa politik rakyat Sabah.

image WARGANEGARA...Patawi @ Patui (kanan) dan Jawas Imbih merupakan dua orang Warga Filipina yang mendapat Kewarganegaraan Malaysia melalui jalan yang sah. Mereka menjadi penjamin kepada ribuan rakyat Filipina yang berstatus pelarian tetapi kini sudah memiliki Mykad.

Seperti kata tokoh veteran UMNO yang telah meninggalkan perjuangan kerana bertanding sebagai Calon Bebas pada pilihanraya lalu setelah beberapa kali bertukar parti, Patawi Wapijo @ Patui, bukan susah untuk mengenali mana satu rakyat Indonesia atau Filipina.

Tunjukkan seekor ikan dan sebiji telur dan tanyakan kepada para pendatang asing tersebut yang disyaki memiliki kad pengenalan projek.

“Kalau dia bilang ‘ikang’ memang sah Bugis dan kalau dia cakap ‘Tollol’ itu mesti Suluk atau Bajau Filipina,” seloroh Patawi.

Tetapi Patawi jangan lupa, Juara AF4, Faizal yang berasal dari Trengganu juga ‘makang ikang’ dan ‘jalang-jalang pegi pekang’. Mereka ‘bukang’ Bugis Indonesia tetapi Melayu Trengganu. Apatah lagi ramai warga Filipina di Tuaran, Keningau dan Kudat lebih fasih berbahasa Kadazandusun daripada Tan Sri Joseph Kurup sendiri!

image ”Mari-mari UMNO SILANG, kita jalang-jalang gi Trengganu kite, makang ikang tongkol, rasa nasi ayang, minung plang siang. Senyum sokmo...” (Mari-Mari UMNO Silam, kita jalan-jalan pergi Trengganu Kita, makan ikan tuna, rasa nasi ayam, minum mangga Siam. Senyum selalu..) FAIZAL, Juara Akademi Fantasia 4 (AF4)

Cara paling mudah, tanya ‘ibu-ibu ayam’ (ada juga yang marah sehingga membuat laporan polis kerana saya gelarkan mereka ibu ayam walaupun perangai dan sifat mereka lebih hina daripada jalang) yang sudah jumpa DR ISA (maklumlah ibu ayam atau ayam mesti selalu jumpa doktor, kalau tidak palis-palis…) berapa banyak telur yang telah ditelurkan dan ‘diberanakkan.’

Kemudian daripada telur itu berapa yang menetas dan berapa yang tembelang. Kalau sudah tembelang jangan dibuang, tetapi digunakan untuk dilemparkan kepada Megat Junid yang pandai lempar batu sembunyi tangan.

Bukankah anggota polis kita merupakan yang terbaik di Asia dalam soal-siasat sehingga membuatkan Sukma Darmawan Sasmitatmadja dan Nalla Karuppan angkat tangan dan mengaku kalah! Syabas!.

Memandangkan kerajaan enggan bertindak menangkap mereka yang telah mendapat kad pengenalan projek, maka saya membuat keputusan untuk mendedahkan X-Files OPS Gembleng di dalam bab ini.

Semoga para pembaca mendapat gambaran sebenar dan mereka yang terlibat segera insaf dan meninggalkan negara ini sebelum Allah menjatuhkan bala kepada mereka. Ingatlah pembalasan Tuhan akan terus berjalan, kalau terlepas di dunia, tidak akan terlepas azab kubur kerana Mungkar dan Nakir paling cekap menjalankan tugas dan telah diberi lesen 'PENYIKSAAN' atau 'LICENSE TO KILL' oleh Allah Subhanawataala, walaupun yang disiksa itu mayat yang telah mereput.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w seperti yang diriwayatlah oleh Muslim, “Tiada seorangpun yang boleh mengambil susu daripada binatang milik seseorang tanpa kebenarannya. Adakah kamu suka bilik kamu dimasuki, tempat simpanan harta kamu dicerobohi, dan makanan kamu dicuri?.”

Dalam hal ini walaupun bukan susu yang dicuri, namun hak kerakyatan yang dirampas dan perlembagaan yang dinoda lebih hina daripada melakukan pembunuhan secara terpaksa.

Apatah lagi, mereka bukan sahaja merampas kerakyatan malah menceroboh dan merampas tanah rakyat Sabah dan menjadikan tanah tersebut sebagai hak milik mereka sendiri dan bercucuk tanam sesuka hati.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Jika seseorang mengambil sekeping tanah secara salah, Allah Maha Besar lagi Maha Kuasa akan menyuruh beliau menggali tanah hingga ke lapisan yang ketujuh dan kemudian dililitkannya di sekeliling lehernya sehingga Kiamat apabila semua manusia akan diadili.”

image SAH...Sahkan Persidangan UMNO Silam jika PATI yang tidak mempunyai dokumen menjadi Perwakilan dan menjadi salah seorang menjadi AJK Bahagian yang pernah dipenjarakan kerana dokumen palsu!

Saya paparkan surat sahabat karib saya, Datuk Radin Malleh berhubung OPS Gembleng untuk tatapan bersama.

PARLIMEN

Ahli Dewan Rakyat Malaysia

Pejabat Perhubungan

Ahli Parlimen Kawasan

P. 158 Tenom,

W.D.T. 31,

Tenom, Sabah.

Telefon: 087-736332

Bil. Kami : PPAP/TENOM/SP/(B)/2(95)

Tarikh: 14 hb November 1995

Yang Berhormat,

Encik Ong Ka Ting,

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalm Negeri,

KUALA LUMPUR.

Yang Berhormat,

PER: ‘OPS GEMBELING’

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada ucapan saya di Dewan Parlimen pada 7hb November 1995 semasa membahas Belanjawan 1996 berhubung dengan perkara tersebut di atas.

2. Bersama ini saya kemukakan senarai nama-nama yang disyaki terlibat di dalam pemalsuan dan pengeluaran Kad Pengenalan di Sabah untuk tindakan Yang Berhormat sewajarnya.

3. Di atas kerjasama dan keprihatinan Yang Berhormat terhadap perkara ini demi kepentingan negara, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,

Yang Ikhlas,

t.t.

(RADIN MALLEH)

Ahli Parlimen P 158 Tenom

image OPS GEMBELING

URUSETIA/ PENYELARAS (Jabatan Pendaftaran Negara)

Ketua Penyelaras: MOHD NASIR BIN SUNGIP

Penyelaras I : AZMI BIN ABDUL KARIM

Penyeleras II : JUMAHAT TARIPIN

Penyelaras III : ASLIE SIDUP

PEMBAHAGIAN TUGAS MENGIKUT ZON

1) Zon Pantai Barat Utara- JUMAHAT TARIPIN

N1, N2. N3, N4, N5, N7, N8, N11, N13, N14 dan N31

2) Zon Pantai Barat Selatan- ASLIE SIDUP

N32, N33, N34, N36, N37 dan N38

3) Zon Sandakan- MOHD NASIR BIN SUNGIP

N15, N17, N28, N22 dan N23

4) Zon Tawau- AZMI BIN ABDUL KARIM

N43, N45, N47 dan N48

Penyelia Dan Ketua (Kepala Besar)

Banggi, Kudat;

Ketua: AG. MOHD YACOB BIN DAMIT YAHYA (JPN Kudat)

Penyelia : OSHING BIN HAMAD (Kg. Tg. Kapor, Kudat)

Bengkoka;

Ketua: AHMAD BIN PG HASHIM (JPN Pitas)

Penyelia : PILIH BIN HJ HASSAN @ PILIK (Pulau Gaya, Kota Kinabalu).

Tandek;

Ketua: KEE DZULKIFLY BIN KEE ABD JALIL (JPN Kota Kinabalu)

Penyelia : KEE MAIDIN BIN KEE ABDUL JALIL

Tempasuk;

Ketua: MALJIB BIN HJ SALLEH (JPN Kota Belud)

Penyelia : SAMSI BIN MUKRAN (Kg. Tempasuk, Kota Belud)

Usukan;

Ketua: HASSAN BIN AWANG (JPN Kota Belud)

Penyelia : ABD GHANI MAYDIN (Pekan Kota Belud)

image BEBAS....Hj Norzain (kiri) dan Bahrin tidak ditahan ISA sekalipun turut dinamakan Raden, malah masih bekerja sehingga kini.

Sulaman;

Ketua: HJ NOOR ZAIN HJ TAWI (JPN Kota Kinabalu)

Penyelia : HJ IBRAHIM BATIHI (Kg. Likas, Kota Kinabalu)

Kundasang;

Ketua : SERUNAI BIN SAMIN (JPN Kota Kinabalu)

Sugut, Labuk, Sungai Sibuga, Elopura, Sekong;

Ketua: ISHAK BIN YUSOF APOK (JPN Sandakan)

Penyelia : MOHD NUR YUSOP BIN SAHIDJAN (Kg. Bahagia)

Sukau, Kuamut;

Ketua: MOHAMAD BIN ESAH & HJ KUMIN SAGILIT (JPN Bukit Garam)

Penyelia : ARSYAD BIN MAPONG (Kinabatangan)

Petagas;

Ketua: AHMAD BIN NUD @ AMIR (JPN Kota Kinabalu)

Penyelia : HASAMUDIN BIN MUNIR (Kg. Petagas, Kota Kinabalu)

Buang Sayang;

Ketua: BAHRIN MOJITAR (JPN Kota Kinabalu)

Penyelia : NAIN BIN HUSSIN (Pulau Gaya, Kota Kinabalu)

Bongawan;

Ketua: MILKUSIN ABDILLAH (JPN Kota Kinabalu)

Penyelia : MOHD YASSIN BIN HUSSIN (Kg. Linsuk, Putatan).

Kuala Penyu, Klias, Lumadan, Beaufort;

Ketua: ABD. RANI BIN ISMAIL (JPN Kuala Penyu)

Penyelia : ARIFF BEDDU (Kota Klias, Beaufort)

Sipitang;

Ketua : HJ ALI ZAMAN BIN ABD RAHIM (JPN Sipitang)

Wilayah Persekutuan Labuan;

Ketua: AZIZIAN BIN ARIFFIN (JPN Labuan)

Penyelia :ABD HARRIS TOLAWI (Kg. Muslim, Labuan)

Merotai, Balung;

Ketua: SAMAT BIN AKUI (JPN Tawau)

Penyelia : SUCIPTO SELAMAT

AJK : GIASON BIN MUSI @ MOHD.BON;

Penyelaras : UDIN MAPIARRA; PRAKTINO SUPRAPTO; SALIURI MATTA; MOHD. AMIN NORDIN

Lahad Datu;

Ketua: PAIMIN BIN PAIMAN (JPN Lahad Datu)

Penyelia : SHAMSUL BIN NANRING

Kunak;

Ketua: MARASUN BIN ABTAHI (JPN Kunak)

Penyelia : ABD.LATIFF BIN KABANG (Kg. Kunak)

Sulabayan;

Ketua: ALDANI BIN LANDI (JPN Semporna)

Penyelia : AZIZ BIN LOTONG (Semporna)

Jumlah keseluruhan yang dilantik ialah 50 orang iaitu masing-masing Penyelaras (4 orang) Penyelia (21 orang) dan Ketua/ Kepala Besar (25 orang)

Berikutan daripada itu, saya telah menjalankan siasatan rapi dan mendapati sebahagian nama yang disebutkan oleh Radin Malleh sebagai 'Dalang' OPS Gembleng telah ditangkap di bawah ISA.

Butir-butir pengenalan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) yang pernah berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah seperti berikut;

Nama: HAMZAH BIN TIM

No. KP: 540111-12-5197

Tarikh Lahir: 11 JANUARI 1954

Alamat: Kg. Karangbunci, Kota Belud, Sabah

Pekerjaan: Pegawai JPN Sabah

Nama: ASLI BIN SIDUP

No. KP: 641013-12-5049

Tarikh Lahir: 13 OKTOBER 1964

Alamat: No. 560, Tmn. Jumbo, Petagas, K.Kinabalu.

Pekerjaan: Pegawai JPN Sabah

Nama: BALASIUS BIAJIN

No. KP: H 0213470

Tarikh Lahir: 10 JANUARI 1951

Alamat: Kg Kadazan, Penampang, Sabah.

Pekerjaan: Pegawai JPN Sabah

Nama: MOHD TOHID B MOHAMAD

No. KP: 531105-01-5261

Tarikh Lahir: 5 NOVEMBER 1953

Alamat: No. 67, Jalan 2, Taman Guar Perahu,

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Pekerjaan: Penolong Pegawai Daerah Seberang Prai Utara, Butterworth, Pulau Pinang. (Jawatan Semasa ditangkap)

Nama: MOHD NASIR B SUNGIP

No. KP: 560718-01-5443

Tarikh Lahir: 18 JULAI 1956

Alamat: No. 20, Jalan SS 7/14/ Kelana Jaya,

Petaling Jaya, Selangor.

Pekerjaan: Penolong Setiausaha Sub Kementerian Dalam Negeri.(Jawatan Semasa ditangkap)

Nama: IBNU HAM BIN TAJUR ARIFIN @ IBUNUHAM

No. KP: H 0623810

Tarikh Lahir: 12 JUN 1964

Alamat: No. 172, Kg. Balong, Jalan Hj. Ahmad, Tuaran, Sabah.

Pekerjaan: Pembantu Pendaftaran JPN Sabah

Nama: ISHAK BIN YUSUF APOK

No. KP: 620121-12-5289

Tarikh Lahir: 21 JANUARI 1962

Alamat: Lot 564, Taman Fajar Fasa 3, Batu 7,

Jalan Airport, Sandakan.

Pekerjaan: Pembantu Pendaftaran Kanan JPN Sabah

Nama: AZMI BIN KARIM

No. KP: 7206157 (B)

Tarikh Lahir: 25 OKTOBER 1963

Alamat: No. 159, T.Jumbo, Petagas.

Pekerjaan Dulu: Pegawai JPN Sabah

Pekerjaan Kini : Tiada

Ulasan: Menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Penampang.

Nama: JULIAH BINTI DAMSAH

No. KP: 550512-12-5218

Tarikh Lahir: 12 MEI 1955

Alamat: Bt 12, Kg. Lok Kawi, Penampang.

Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran Kanan JPN Sabah

Pekerjaan Kini: Tiada

image Nama: YAKUP DAMSAH (gambar)

No. KP: H 0194194

Tarikh Lahir: 16 MEI 1953

Alamat: Kg. Torong, Tuaran, Sabah

Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran Rendah JPN Sabah

Pekerjaan Kini: Tiada

Ulasan : Menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Polis Tuaran

Nama: MOHAMMAD RAZALI B SAMIN

No. KP: H 0579766 (B)

Tarikh Lahir: 15 OGOS 1957

Alamat: Kg Tambalugu Tuaran, Sabah

Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran JPN Sabah

Pekerjaan Kini: Tiada

Ulasan : Menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Polis Tuaran

Nama: JUMAHAT BIN TARIPAN

No. KP: 520810-12-5059

Tarikh Lahir: 10 OGOS 1952

Alamat: Kg. Serigai Putatan, Penampang, Sabah.

Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran Kanan JPN Sabah

Pekerjaan Kini: Tiada

Ulasan : Masih menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Penampang

Nama: ABDUL RAUF BIN SANI

No. KP: 3486637 (B)

Tarikh Lahir: 1 JULAI 1948

Alamat: No. 36, Jalan SS 1/21, Kg. Tengku, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Pekerjaan Dulu: KPSU Bahagian Pentadbiran Unit Kawalan Perjudian Kementerian Kewangan (Jawatan Semasa ditangkap)

Pekerjaan Kini: Berniaga

Nama: ZAKARIA BIN AHMAD

No. KP: 570414-08-5863

Tarikh Lahir: 14 APRIL 1957

Alamat: No. 33, Lorong Setia Bistari 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Pekerjaan Dulu: Penolong Pengarah Perdagangan Dalam Negeri (Jawatan Semasa ditangkap)

Pekerjaan Kini: Tiada

Ulasan : Menjalani Perintah Sekatan Sek 8 (5) AKDN di Daerah Polis Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

Nama: KEE DZULKIFLY HJ KEE ABD JALIL

No. KP: H 0653891

Tarikh Lahir: 21 FEBRUARI 1965

Alamat: Lot 15, No. 20, Taman Damai, Kota Kinabalu, Sabah

Pekerjaan Dulu: Pembantu Pendaftaran JPN Sabah

Pekerjaan Kini: Tiada

Ulasan: Menjalani Penggantungan Perintah Tahanan Sek 10 AKDN di Daerah Polis Kota Kinabalu.

Selain daripada 15 orang Pegawai Pendaftaran yang telah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, 25 orang lagi ditangkap di bawah akta yang sama.

Penangkapan ini meredakan keluhan dan kebimbangan orang awam, namun membimbangkan para pemimpin Sabah yang benar-benar memikirkan nasib dan masa hadapan rakyat kerana penangkapan itu seperti menaruh perisa dalam makanan yang akan melazatkan lagi masakan.

Alangkah bermaruahnya kerajaan jika mereka ini dihadapkan ke mahkamah? Tetapi mampukah mereka menutup ‘kemaluan’ apabila ‘ditelanjangkan’ di mahkamah dalam keadaan tangan yang bergari?

Tarikh Tangkapan : 17 September 1995

01. Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat (50) -Pengerusi SAFMA

02. Andy Bandy Pilo (45) -Ahli Politik

03. Sherdali Mohamad Ali (45) -Peniaga

04. Jibul Jungay (65) -Kerja Sendiri

Tarikh Tangkapan : 22 September 1995

01. Noortaip Suhaili (43)-Peniaga

02. Abu Ali Ganturon (53)-Peniaga

03. Tanis Mansur (37)-Kerja Sendiri

04. Tasit @ Amir Kadatuan (49)-Kerja Sendiri

Tarikh Tangkapan : 2 Oktober 1995

01. Said Ungah (41)-Peniaga

02. Muhamadiah Bago (35)-Jurujual

Tarikh Tangkapan : 3 Oktober 1995

01. Andi Radi Syed Mohamed (40)-Peniaga

02. Rain Ladjahia @ Humiah (37)-Sendiri

03. Mohamad Nasir Abdulini (41)-Peniaga

04. Datu Maulana Datu Tambuyung (47)-Nelayan

05. Kardi Diman (30) Penjual Sayur

Tarikh Tangkapan : 6 Oktober 1995

01. Anuar Akbar @ Mohd Tariq Mohd Samar (38)-Peniaga

Tarikh Tangkapan : 13-17 Oktober 1995

01. Datu Akjan Datu Ali Mohamad-Peniaga

02. Awang Ghani @ Awang Rashid-Kerja Sendiri

03. Abdul Salam Mohammad Ibrahim-Kerja Sendiri

Tarikh Tangkapan : 16 Oktober 1995

01. Samsul Alang Hamsah (42)-SETPOL

02. Ahmad Sihu (46)-Imam

03. Giason Musi @ Mohamad (38)-Kerja Sendiri

04. Sucipto Sulamat (40)-Pemandu

05. Abdul Kadir Abir (43)-PeKerja Kilang

06. Marzuki Karim-Peneroka

Tujuan utama OPS Gembleng dilaksanakan ialah untuk memastikan pertambahan pengundi di 31 kawasan sasaran bagi memastikan Barisan Nasional memenangi atau mengurangkan majoriti dan mengekalkan kerusi sasaran sampai bila-bila; dengan apa juga cara.

Analisa saya mendapati daripada 31 kawasan sasaran, BN telah memenangi 27 kerusi sasaran pada pilihanraya 1999 terutama di kawasan yang majoriti pengundi Islam.

Hanya empat kawasan lagi yang terlepas kepada PBS, namun satu daripadanya menjadi milik BN apabila Bekas Timbalan Presiden PBS yang juga Adun Kuamut, Haji Abdul Malek Chua (Allahyarham) menyertai UMNO. Kawasan-kawasan yang terlepas tersebut ialah Tandek, Kundasang dan Labuk yang masih diungguli oleh PBS.

Walaupun BN mengambil masa yang agak lama iaitu hampir sepuluh tahun untuk menembusi kubu kuat PBS dan USNO, namun kejayaan yang dicapai melalui teknik dan taktik menambah pengundi melalui pemberian kad pengenalan projek (OPS Gembleng) mencapai kejayaan gemilang dan wajar dicatatkan di dalam buku Guiness of World Record!

Dalam masa lima tahun selepas itu Tandek, Kundasang, Labuk dan Kuamut telah menjadi milik BN termasuk merampas 14 kerusi lain yang menjadi kubu kuat PBS dengan penyertaan PBS dalam kerabat Barisan Nasional dan berkat kemantapan UPKO dan parti komponen BN yang lain.

Kini, tidak ada lagi parti yang boleh mendakwa mempunyai sebarang kubu kuat kerana kubu tradisi yang dipertahankan Pairin hampir roboh pada pilihanraya parlimen 1999 jika tiga buah bas persiaran dari Sandakan yang membawa 'Pengundi Untuk Disewa' tidak rosak di Jalan Ranau-Tambunan Bypass.

Jika Pairin hampir tersembam di kubunya, apatah lagi kawasan lain yang semakin ramai dibanjiri pengundi hantu dan warga 'Mi Segera' yang dicipta oleh ‘Kerajaan Persekutuan’ sejak 1976 lagi.

Akibat tindakan ‘KAMIKAZE’ pemimpin BN ini, kuasa politik bukan lagi dipegang dan ditentukan oleh rakyat Sabah sebaliknya oleh para pendatang asing yang mula menghambat keluar anak jati Sabah daripada Daftar Pemilih dan menjadi suara majoriti yang sukar digugat kerana dilindungi oleh Kerajaan Persekutuan yang ‘bermukah’ dengan mereka.

Daripada 322,903 kad pengenalan projek yang dikeluarkan kepada PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) melalui jalan yang tidak sah, 71,113 daripadanya terdapat dalam Daftar Pemilih 1998 dan 1999.

Bagaimana pada tahun 2020 kelak? Mungkinkah jumlah mereka mencapai angka 6 juta dan menjadi penduduk asli negara ini dan kita sudah menjadi masyarakat minoriti seperti di Fiji dan Kosovo. Mudah-mudahan perkara ini tidak berlaku di negara kita ini.

Mengikut rekod saya, 322,903 warga asing (Kini semakin ramai dan dianggarkan lebih sejuta orang warga asing telah memiliki KPT. Jumlah ini hanya untuk yang menggunakan kad pengenalan biru) yang memiliki kad pengenalan projek tersebut menggunakan nombor kad pengenalan berikut; H0288001 Sehingga H0384000( 96,000); H0480001 Sehingga H0576000 (96,000); H0536200 Sehingga H0666200 (130,000); H0666201 Sehingga H0666270 (69); H0609601 Sehingga H0609961 (160); H0658001 Sehingga H0658076 (75); H0658400 Sehingga H0658600 (200); H0658801 Sehingga H0659000 (199)

image Daripada jumlah tersebut saya dapati 16,693 daripadanya adalah kad pengenalan yang telah dibatalkan dan diakui 'TIDAK DIIKTIRAF' mengikut surat Ibu Pejabat Pendaftaran Negara bil.JPN.KP (S): H/163/2/1(49) bertarikh 21 Mei 1996, namun masih diterima sebagai dokumen sah oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Jabatan Kerajaan.

Nombor Siri 16,693 Kad Pengenalan Biru yang telah ditarik balik seperti berikut; H0492001 Sehingga H0494500 (2,499); H0539801 Sehingga H0539999 (198); H0540001 Sehingga H0553999 (13,996)

Untuk mengenalpasti faktor pendatang asing telah memenangkan BN atau dengan kata lain merekrut warga asing yang memiliki kad pengenalan secara tidak sah, saya telah membuat semakan khusus bagi kawasan Pantai Timur Sabah.

Amat menakjubkan saya mendapati terdapat 21,825 pemilih terdiri daripada warga mi segera yang diselenggara, dilindungi dan dikawal selia oleh pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk membanteras pendatang asing di negara ini.

Sebahagian besar nama mereka boleh dilihat di dalam buku 'Pengundi Untuk' Disewa'. Sejumlah 21,825 Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) tersebut telah diagehkan ke N41-Kunak (2,405); N42-Lahad Datu (4,349); N43-Sulabayan (330); N44-Senalang (1,735); N45-Balung (2,964); N46-Merotai (4,318); N47-Kalabakan (1,685); N48-Sri Tanjung (4,039) telah turun membuang undi sehingga kini.

Saya paparkan semakan menyeluruh terhadap daftar pemilih yang mencatatkan seramai 71,113 orang pemilih adalah warga asing, manakala 490 lagi adalah pendatang haram yang memiliki kad pengenalan palsu masing-masing;

H0288000 Sehingga H0288008 (8); H0290001 Sehingga H0299987 (5,047); H0300007 Sehingga H0309998 (3,954); H0310050 Sehingga H0319918 (1,531); H0320023 Sehingga H0329997 (4,381); H0330001 Sehingga H0339877 (1,526); H0340065 Sehingga H0349997 (1,430); H0350000 Sehingga H0359950 (1,704); H0360041 Sehingga H0369995 (512); H0370117 Sehingga H0379998 (618); H0380001 Sehingga H0383999 (2,807); H0480001 Sehingga H0489999 (6,495); H0500000 Sehingga H0509999 (6,598); H0510000 Sehingga H0519998 (6,781) H0520001 Sehingga H0529999 (6,759); H0530001 Sehingga H0539960 (6,359); H0550167 Sehingga H0559998 (3,968); H0560000 Sehingga H0569999 (6,660); H0570000 Sehingga H0575999 (3,410); H0609603 Sehingga H0609618 (15); H0609801 Sehingga H0609861 (54); H0658001 Sehingga H0658076 (61); H0658601 Sehingga H0658782 (131); H0658801 Sehingga H0658899 (83); H0658400 Sehingga H0658599 (162); dan H0666203 Sehingga H0666269 (59)

Manakala 490 Kad pengenalan yang tidak ada dalam rekod JPN, tetapi tersenarai di dalam Daftar Pemilih yang digunakan untuk Pilihanraya DUN Sabah dan Parlimen pada 1999 ialah H0492001 Sehingga H0494500 (42); H0539801 Sehingga H0539999 (6); dan H0540001 Sehingga H0553999 (442)

Agak sukar untuk menerangkan modus operandi OPS Gembleng melainkan melalui analisa carta berikut yang saya sediakan berdasarkan maklumat sahih yang diperolehi daripada mereka yang terlibat dan dokumen penting yang diserahkan kepada saya oleh orang awam dan pihak terbabit.

image ISTANA...PATI bukan sahaja berjaya tembus ke Istana Negeri, malah turut dikurniakan pingat kebesaran negeri.

Bersambung di Episod 2

36 ulasan:

  1. Diharapkan mereka yang mendapat status kerakyatan secara songsang akan ditarik balik status mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju fizal..jika apa yang didakwakan benar, tindakan tersbut memang wajar.

      Padam
  2. Nombor Kad Pengenalan yang tidak ada dalam senarai JPN secara automatiknya patut dibersihkan daripada Senarai pengundi kerana mereka bukannya rakyat yang didaftarkan dengan sah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan mereka inilah yang termasuk dalam 13,000 nama yang belum dibersihkan dalam senarai pemilih..SPR harus membersihkan senarai pemilih di sabah sebelum pru13..

      Padam
    2. Hopefully these doubtful names in the voter registration can be cleared out before the next GE so that only real voters are allowed to vote.

      Padam
    3. Senarai yang diragui harus disiasat dan dilucutkan dari senarai.

      Padam
    4. Senarai pengundi harus dikemas kinikan.

      Padam
  3. RCI harus ditubuhkan segera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. The RCI will only be announced until the Federal Government has finalized the terms of reference for the implementation. Hope to hear good news from the PM soon.

      Padam
    2. memang diharapkan RCI ditubuhkan secepat yang boleh.

      Padam
  4. I hope the EC will be more smart in dealing with this.

    BalasPadam
  5. Jangan persiakan usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. usaha brterusan perlu dibuat untuk selesaikan maslah pati.

      Padam
  6. Usaha berterusan pasti membuahkan hasil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain menunggu pengumuman dr PM, kerajaan negeri mempunyai inisiatif untuk mengawal pertambahan PATI dan mengesan PATI. Pada 2011 seramai 17,728 PATI dihantar balik berbanding 15,450 pada tahun 2010.

      Padam
    2. ya. program 6P berjaya mendaftar dan menghantar pulang PATI, hingga kini ia masih diteruskan dalam mengesan PATI.

      Padam
    3. ya..kesungguha yang tidak pernah henti pasti akan membuahkan hasil.

      Padam
  7. Unfortunately there are still around 312,000 eligible voters who still haven't register themselves as voter. Hope that they will do so before the month of May to enable themselves to vote in the next GE.

    BalasPadam
  8. Cabinet had decided that the Prime Minister will be the one to talk about RCI

    BalasPadam
  9. Perbincangan terhadap pertubuhan RCI masih tiada perkembangan?

    BalasPadam
  10. Masih menunggu pengumuman dari persekutuan berkenaan pertubuhan RCI.

    BalasPadam
  11. JPN juga harus memastikan pendaftaran cuma diberi kepada yang sah.

    BalasPadam
  12. SPR harus mengemaskini senarai pengundi.

    BalasPadam
  13. THis is why RCI should be set up in sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. How long must we wait till RCI is finally set up in sabah??? This is taking too long. Till now the pm has not given us an official announcement.

      Padam
  14. RCI( masih dalam perbincangan, tetapi sehingga bila perbincangan ini mengambil masa?

    BalasPadam
  15. Kerajaan persekutuan harus membuat keputusan yang bijak dan serta merta.

    BalasPadam
  16. Investigate the doubt list and eliminate if founded they are illegal.

    BalasPadam
  17. Pastikan senarai pengundi bersih sebelum PRU13 dilaksanakan. Kami memerlukan PRU yang adil dan amanah.

    BalasPadam
  18. RCI diperlukan bagi atasi masalah PATI dan projek IC.

    BalasPadam
  19. Usaha penubuhan RCI adalah cara yang terbaik untuk memastikan masalah projek IC ini akan dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  20. teruskan usaha untuk selesaikan masalah pati yang berlaku.

    BalasPadam
  21. ""'MENGHALALKAN' pendatang haram yang lebih haram daripada najis Mughalazah iaitu daging anjing dan babi yang menjadi kegemaran sesetengah spesis makhluk sehingga terkena Japanese Encephalitis @ JE.""

    apa maksud dan apa yang bermain difikiran penulis ketika menulis artikel ini??? jangan cuba2 menimbulkan perkara yang sensitif atau bersifat provocatif..

    BalasPadam
  22. terdapat pemimpin2 dalam PR yang menggunakan Mykad berstatus PR.. bagaimana pula dengan kes itu?? wajarkah negara ini dipimpin oleh warga asing yang jelas tertera status PR??

    BalasPadam