Ghapur gesa Petronas bantu anak-anak tempatan bayar PTPTN
TAWAU 27th March, 2012: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyeru Petronas supaya membantu anak-anak tempatan di negeri ini membayar baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka.
Katanya, langkah itu akan dapat membantu para graduan terlibat, yang ramai di antara mereka hari ini masih lagi belum bekerja ataupun hanya berpendapatan kecil tetapi mempunyai tanggungan yang ramai.
Tambahnya, saranan itu diberikannya kepada Petronas memandangkan syarikat itu mengaut keuntungan yang besar setiap tahun hasil dari operasinya di negeri ini.
“Kita berharap Petronas dapat melakukan hal ini sebagai satu lagi khidmat baktinya kepada anak-anak tempatan kita di negeri Sabah, yang sebelum ini melanjutkan pelajaran mereka dengan menggunakan pinjaman PTPTN.”
“Dengan langkah ini, kita berharap graduan tempatan kita dapat menarik nafas lega, apatah lagi bagi graduan yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi dan mempunyai tanggungan yang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang usul-usul yang dibangkitkannya di dalam Persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Selain berkaitan hutang PTPTN, Ghapur juga memberitahu bahawa di dalam usulnya minggu lalu beliau turut membangkitkan mengenai isu geran tanah yang dihadapi oleh para peneroka Felda di negeri ini.
Selepas kira-kira 30 tahun tanah mereka dibangunkan oleh Felda katanya, para peneroka terlibat masih ternanti-nanti pengeluaran geran tanah mereka dan isu itu menjadi antara keresahan utama golongan berkenaan.
“Oleh itu, kita meminta kerajaan dan Felda sendiri supaya mempercepatkan proses pengeluaran geran tanah kepada para peneroka di negeri ini termasuklah kepada para peneroka di Rancangan Felda Umas.”
“Ini akan dapat mempermudahkan mereka menguruskan tanah mereka seperti hal-hal yang berkaitan dengan pertukaran nama pewaris dan sebagainya,” katanya.
Menyentuh usul seterusnya, Ghapur berkata, beliau meminta supaya para pengguna dan para peniaga di negeri ini diberikan ganti rugi oleh syarikat pembekal elektrik berikutan masalah gangguan elektrik yang sering berlaku.
Katanya, gangguan bekalan menyebabkan ramai peniaga seperti mereka yang menjalakan perniagaan sejuk beku mengalami kerugian yang besar, selain ia benar-benar menyusahkan rakyat.
“Apa yang kita lihat, kalau masalah bekalan terputus berlaku di Semenanjung, para pengguna termasuk peniaga diberikan pampasan. Kita mahu langkah sama dilaksanakan di negeri ini.”
“Kalau masalah ini berterusan, cuba bayangkan berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para peniaga yang perniagaan mereka memerlukan penggunaan bekalan elektrik?,” katanya.
Mengakhiri temubual, Ghapur berharap setiap usul yang dibangkitkannya akan diberikan perhatian oleh kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat, demi kebaikan rakyat Sabah, khususnya yang berada di kawasan yang diwakilinya.
Jadi bagaimana dengan mereka yang telah melangsaikan hutang PTPTN? Petronas juga perlu bersikap adil dalam mengambil pekerja yang menerima biasiswa Petronas sebelum ini. Nampak sangat golongan tertentu saja yang diambil.
BalasPadamRasanya hal ini akan dipertimbangkan juga nanti. belum tentu pun diluluskan.
PadamMany of the previous PTPTN borrowers have successfully found jobs and repaid their loans, if they can do it, why couldn't the current generation of borrowers do it? Are we really that weak that we could not even repay what we have borrowed? I think this is not right, everyone have their responsibility. The moment they apply for the loans, they have the expectation to repay it.
PadamKalau cadanagan ini diterima, rugilah siapa yang sudag bayar habis ptptn!
BalasPadamTapi kalau diterima juga patut ada terma dan syarat lah.
BalasPadamSaya sokong apa saja cadangan asalkan ia bawa kebaikan kepada ramai pihak.
BalasPadamApapun, sebelum melaksanakan sesuatu cadangan, kaji dulu bagi memastikan ia tak menimbulkan masalah dikemudian hari pula.
BalasPadamKajian yang teliti diperlukan untuk memastikan tiada sebarang masalah yang akan wujud.
PadamI guess this is the least the Petronas could do which is to pay for the students' ptptn loans.
BalasPadamIf Petronas repay the loans for the current batch of borrowers, it would be really unfair to the rest who has already repaid their loans. Other people can do it, but they couldn't, what is the problem?
PadamI don't agree that the loans are completely written off, but I have a suggestion that could make this a win-win situation. If PTPTN is willing to loan out the money to students at zero interests and reduce the administration fees, it will reduce the burden of the students and make it easier for them to repay their loans.
BalasPadamHowever the failure to look for a job lies on the graduates themselves, if they couldn't find a job after many years of graduating, there is something wrong with them. Job opportunities are everywhere, its up to them to grab it. Don't say you can't before you even tried.
Hope that the Sabah government will make due consideration to the best solution for this issue.
lebih baik Petronas memberi peluang pekerjaan kepada anak2 tempatan Sabah. hutang PTPTN harus dibayar sendiri.
BalasPadamUsul tu haruslah dibawa ke meja bulat untuk membincangkan isu tu.
BalasPadambagus juga cadangan itu... Ini mungkin dapat meringankan beban para anak-akan tempatan membayar hutang PTPTN.
BalasPadamMungkin ini untuk kebaikkan kita juga. Tapi kita tunggu saja apa yang akan diputuskan mengenai cadangan ini.
BalasPadamSaya sokong usul ini. PTPTN perlu berbincang dengan petronas mengenai pinjaman dan bantuan dari petronas kepada penduduk Sabah.
BalasPadamcadangan ini sememangnya baik dan wajar dilaksanakan jika semua peminjam yang telah melangsaikan hutang mereka turut mendapat semula wang yang telah mereka bayar kepada PTPTN.. jika pihak yang telah melangsaikan hutang mereka dikecualikan daripada bantuan ini, baik cadangan ini tidak payah dilaksanakan kerana ianya bersifat berat sebelah atau tidak adil..
BalasPadam