Selasa, Februari 21, 2012

AZIZAH: KUASA BELI PENGGUNA KINI SEMAKIN MENGECIL

Azizah: Kuasa beli pengguna kini semakin mengecil

KOTA KINABALU 21st Feb 2012: Pengguna tidak menyedari hakikat bahawa kuasa beli mereka sebenarnya semakin mengecil dan mereka perlu melakukan sesuatu.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun menyarankan supaya mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang konsep kepenggunaan untuk lebih dekat dengan masyarakat pengguna.

“Ini bagi memberi kesedaran kepentingan dan kehendak pengguna dalam senario semasa,”

katanya pada ucapannya perasmian Seminar Kesedaran Kepenggunaan Lestari dan Cabaran Masa Kini yang diadakan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Asnimar Sukardi.

Sehubungan dengan itu, katanya, sudah sampai masanya kita perlu melihat bahawa diri kita bukanlah sebagai pakar, malah sebagai individu yang bertanggungjawab untuk membantu dan dibantu.

Dengan itu, katanya, barulah ianya boleh menjadi satu usaha yang digerakkan oleh kita bersama dan bukan hanya digerakkan semata-mata oleh pihak kerajaan.

Azizah berkata, berapa ramai daripada kita yang terlibat dalam rantaian bekalan barangan dan berapa ramai yang hanya menerimanya.

“Kita gagal untuk melihat bahawa pengguna sebenarnya menguasai pasaran tetapi pada hakikatnya, industri masih mengawal harga pasaran,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi satu kemestian apabila membeli barangan, ianya membaca label secara terperinci.

“Label mengandungi maklumat asas seperti kandungan pemakanan, tarikh luput, logo-logo berkaitan alam sekitar seperti persijilan ISO 14001 (Sistem pengurusan alam sekitar) dan sama ada ia dihasil daripada bahan kitar semula,” katanya.

Menurutnya, pada lazimnya dalam memilih barangan, pengguna hanya fokus kepada kemampuan, cara pembungkusan dan gimik jualan mega dan potongan harga.

Katanya, hanya segelintir sahaja yang membaca label dan simbol yang tercetak, tidak ramai pengguna yang menghubungi pihak SIRIM untuk memastikan sesuatu logo yang digunakan itu sama ada asli atau sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kita sebenarnya memerlukan satu mekanisme perkong-sian CIG iaitu perkongsian antara Pengguna©, Industri (I) dan Kerajaan (G) yang sangat penting.

Azizah berkata, kerajaan memainkan peranan dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan juga pendidikan yang berterusan.

“Melalui pelaksanaan dan pendidikan yang efisyen, kita dapat mengujudkan kesedaran dan etika di kalangan industri dan pengguna,” katanya.

Menurutnya,pihak industri pula memainkan peranan dalam komplemen usaha kerajaan dengan memastikan prosedur dan peraturan diikuti untuk memastikan produk atau perkhidmatan yang lebih mesra alam diberikan kepada pengguna.

“Pengguna juga dapat manfaat daripada tindakan oleh kerajaan dan industri, ini merupakan perkongsian bijak dan merupakan satu proses pencerahan kepada pengguna,” katanya.

20 ulasan:

  1. The purchasing power will become limited if the price of goods increase while their income does not.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang benar. harap2 pelaksanaan gaji minimum akan dibuat dan harga barang2 dikawal agar rakyat tidak terbeban.

      Padam
    2. harga barang haruslah di kawal bagi mengurangkan beban rakyat dengan kos hidup yang semakin tinggi.

      Padam
    3. Memang betul, pendapatan perlulah diselaraskan berasakan inflasi dan kenaikan harga barang supaya rakyat mampu menanggung kos kehidupan.

      Padam
  2. Consumer rights was not yet a norm in the country, many people still does not realize their rights as customers. Awareness is important to enable them to know their rights.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan perlulah memupuk kesedaran rakyat tentang hak mereka sebagai pengguna dalam pelbagai media seperti radio, TV, surat khabar dan juga majalah.

      Padam
  3. "satu usaha yang digerakkan oleh kita bersama dan bukan hanya digerakkan semata-mata oleh pihak kerajaan."

    Harus juga ada kesedaran untuk maju bukan tunggu kerajaan untuk gerakkan kemajuan diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat perlu berdikari dan sentiasa maju kehadapan untuk kehidupan yang lebih aik.

      Padam
    2. Setuju dengan Bibiyana, hanya rakyat sendiri sahaja yang boleh mendorong kemajuan diri dan bukan tunggu orang lain untuk membantu.

      Padam
  4. Sebagai pengguna kita harus bijak dan tahu hak2 sebagai pengguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila peniaga menaikkan sesuatu barangan sesuka hati, pengguna harus tahu apa tindakan yang perlu dibuat. jangan ditindas oleh peniaga.

      Padam
  5. sebagai pengguna, mereka perlu tau akan hak2 dan kuasa mereka sebagai pembeli.

    BalasPadam
  6. jgn biarkan hak2 dan kuasa kita sebagai pengguna hilang.

    BalasPadam
  7. semakin lama semakin mengecil la kuasa beli pengguna jika harga barang semakin naik sementara pendapatan mereka kekal tidak berubah..

    BalasPadam
  8. saya harap KR1M dapat dibuka di semua daerah di negeri ini secepat mungkin..

    BalasPadam
  9. Sebagai pengguna, kita harus tau hak kita.

    BalasPadam
  10. Pengguna perlu sedar dengan keadaan semasa. Jangan hanya tertarik dengan harga yang ditawarkan murah kerana kita perlu juga melihat kelulusan dari pihak yang tertentu.

    BalasPadam
  11. A consumer awareness campaign should be held around Sabah.

    BalasPadam
  12. Some people don't even realize their right as a consumer.

    BalasPadam
  13. The team or people or agencies whom responsible to acknowledge consumers, should put more efforts to give an info to them. They won't be able to know their right if no one brief them about their right.

    BalasPadam