Tiada jaminan peribadi dalam pinjaman kepada NFCorp, kata PAC
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua merupakan salah seorang ahli jawatankuasa PAC. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Tiada jaminan peribadi terlibat dalam pinjaman yang diberikan kerajaaan sebanyak RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp), lantas menimbulkan persoalan siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) gagal, demikian menurut ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Parlimen.
Perkara tersebut dibangkitkan oleh pentadbiran NFCorp pada 27 Januari lepas yang mengatakan pinjaman tersebut harus dibayar atau "kami akan diisytihar bankrup dan disumbat ke dalam penjara."
"Perkara itu tidak melibatkan jaminan peribadi, itu adalah apa yang kami diberitahu. Ia merupakan pinjaman mudah yang diberikan kepada syarikat.
"Berdasarkan pemahaman kami, tiada pihak akan bertanggungjawab," menurut sumber PAC kepada The Malaysian Insider.
"Tiada panduan khusus diberikan, bagaimana caranya untuk mengurus wang tersebut dengan betul ... Itu adalah sebab mengapa sukar untuk mengesahkan berlakunya penyalahgunaan wang," tambah sumber terbabit.
Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh, Jumaat lepas berkata, "berita kami memperolehi wang percuma adalah tidak masuk akal."
"RM250 juta itu jumlah yang sangat besar. Sekiranya kami menggunakannya tanpa arah tujuan, masa depan anak-anak kami akan musnah. Kami akan dibebani hutang sepanjang hayat," katanya yang kelihatan tidak begitu selesa di hadapan pemberita yang menunggunya selama dua jam.
"Perjanjian pinjaman tersebut telah ditandatangani. Sekiranya kami tidak membayarnya, kami akan diisytiharkan muflis atau dipenjarakan. Kami akan membayar setiap sen yang dipinjam termasuk bunganya. Tidak timbul isu penyalahgunaan wang," kata Izmir yang merupakan anak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ahli Jawatankuasa PAC, Tony Pua menjelaskan kepada The Malaysian Insider, isu berkenaan penglibatan jaminan peribadi terhadap pinjaman berkenaan tidak pernah disebut dalam mana-mana mesyuarat PAC, sedangkan setiap dokumen - kenyataan kewangan dan perjanjian pinjaman harus diberikan kepada PAC.
"Saya tidak ingat sekiranya ada sesiapa yang bertanyakan berkenaan jaminan peribadi. Saya tidak rasa pinjaman ini melibatkan jaminan peribadi," kata Setiausaha Publisiti DAP ini.
Salah seorang lagi ahli jawatankuasa PAC, Datuk Kamarul Baharin Abbas turut sependapat dengan Pua, dan menyatakan, "berdasarkan pengetahuan saya, tiada jaminan peribadi."
Tambahnya, PAC akan menerima dokumen-dokumen pinjaman untuk projek penternakan lembu NFC.
NFCorp, yang dimiliki keluarga Shahrizat, telah dibekukan asetnya bagi memudahkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah dalam projek tersebut.
Ianya berikutan pendedahan bersiri yang dibuat PKR yang mendakwa sekurang-kurangnya RM27 juta telah digunakan untuk membeli tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak melibatkan projek tersebut oleh Ketua Wanita Umno itu dan keluarganya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat itu turut menyaman Pengarah Strategik PKR dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana dakwaan itu.
"Jika NFCorp lalai pinjaman, segala aset kepunyaan syarikat, infrastruktur, kondo-kondo akan diambil alih oleh kerajaan," menurut ahli jawatankuasa PAC, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pemimpin Umno ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa masyarakat seharusnya tidak menyerang NFCorp terhadap isu pembelian kondominium berkenaan, kerana pastinya "ada sebab mengapa mereka membeli kondo tersebut."
"Berkemungkinan kondo tersebut mampu menjana pendapatan untuk syarikat, dan kita perlu ingat bahawa syarikat tersebut belum ingkar membayar balik pinjaman. Janganlah membuat tuduhan melulu," tambahnya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan pembangkang supaya mewujudkan Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal tersebut dengan menyatakan bahawa polis dan SPRM mampu menangani isu tersebut.
Projek ternakan lembu yang dibiayai kerajaan ini pada mulanya dilaporkan "bercelaru" oleh media selepas disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Istilah itu kemudiannya kerap digunakan oleh media untuk menjelaskan perihal NFC selepas PKR melancarkan siri-siri pendedahan untuk menunjukkan dana projek tersebut telah disalahgunakan.
NFCorp, yang telah diberikan projek berkenaan pada 2006 berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kerana telah membuat penjelasan bahawa beliau tidak memanggil syarikat tersebut "bercelaru" dalam laporan 2010 itu, dan mereka berpendapat kenyataan beliau itu akan membantu persepsi umum terhadap syarikat itu.
Shahrizat dijangka kembali bertugas pada 6 Febuari selepas bercuti selama tiga minggu untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.
The government should take all measures of precaution when lending out the country's money to projects such as the NFC. This is to prevent the money from being lost if the project failed.
BalasPadamHope that the NFC issue will be able to be resolve as soon as possible and the project have to be reviewed to see if there is any way to improve it.
BalasPadamPerhatikan setiap perkataan dalam perjanjian sebelum melakukan sebarang pinjaman.
BalasPadampinjaman tersebut dibuat atas nama syarikat, jadi jika ia gagal dibayar pasti syarikat akan diambil ali kerajaan. lainlah jika atas nama individu.
Padammereka yang meminjam itulah yang akan dipertanggungjawab jika projek tersebut gagal.
PadamHarap kerajaan dapat melakukan yang terbaik dan tidak menyebabkan seseorng itu dilanda masalah.
BalasPadampinjaman tetap pinjaman dan ia perlu dilangsaikan.
BalasPadamBiar kes disiasat oleh pihak yang berkuasa.
BalasPadamIsu NFC ini masih dalam siastan pihak berkuasa untuk mencari benar atau tidak ada penyelewengan dilakukan dalam projek ini.
BalasPadamIsu NFC ini mengelirukan rakyat saja. Entah siapa yang bercakap benar.
BalasPadamSome people is very good in twisting the facts so that this NFC either looks a failure or a success.
BalasPadamlaporan ketua audit negara tidak ada menyatakan bahawa NFC gagal..
BalasPadamTony Pua ni sudah banyak kali terkantoi.. buat tuduhan/kenyataan tanpa usul periksa.. kalau projek NFC gagal, ambil saja la asset mereka.. nilai asset mereka melebihi jumlah pinjaman yang diberikan kerajaan..
BalasPadamThis matter should be left to take on its course of investigation.
BalasPadamOnce this matter is done, hopefully the PM will reconsider his stance on this matter.
BalasPadamAll eyes will be on the PM, among other issues.
BalasPadam