Isnin, Januari 30, 2012

GERAKAN TUNTUT PERKASA MOHON MAAF KERANA MENGHINA MASYARAKAT CINA DENGAN ANGPOW PUTIH

Angpow Putih: Gerakan Tuntut Perkasa Mohon Maaf

image KUALA LUMPUR: Gerakan meminta PERKASA memohon maaf kerana menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpow dalam sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pertubuhan itu pada Ahad.

Naib presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata pemberian angpow dalam sampul putih pada Tahun Baru Cina - sebagai festival kegembiraan - menunjukkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas.

Putih dianggap sebagai warna yang digunakan dalam upacara kematian dalam adat resam kaum Cina.

"Sebagai ahli Parlimen dan berada dalam politik untuk bebeberapa tahun, Ibrahim masih tidak tahu kebudayaan kaum lain dan sebab itu dia terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata oleh kerana jumlah hadirin yang besar pada majlis itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, pihaknya kehabisan sampul berwarna merah dan terpaksa memberi angpow dengan menggunakan sampul warna putih.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata tindakan PERKASA itu tidak menghormati budaya dan adat resam kaum Cina.

Katanya Ibrahim harus bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat pelbagai budaya dan pantang larang setiap kaum dan agama.

"Tidak dapat diterima bahawa tidak tahu boleh dijadikan sebagai alasan," katanya dalam kenyataan.

17 ulasan:

  1. Perkasa should make an apologies for their action as this is an insult to the Chinese people, giving out money is white packets is not only insincere but considered inauspicious.

    BalasPadam
  2. Ibrahim Ali should at least know a little about the Chinese custom before acting, this is insensitive especially to the more superstitious senior citizens.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Normally the angpow in red color. Does he really don't know or pretended stupid.

      Padam
    2. This is what happened when the person is ignorant.

      Padam
  3. PERKASA harus memohon maaf atas ketelanjuran mereka, seharusnya mereka sensitif dgn adat dan budaya kaum lain.

    BalasPadam
  4. apapun, harap hal ini tak menjadi isu besar.

    BalasPadam
  5. mohon maaf kalau sudah betul2 salah.

    BalasPadam
  6. Jangan raihkan perayaan itu jika tidak ikhlas.

    BalasPadam
  7. Padan muka Ibrahim Ali. Kalau tidak mohon maaf memang dia sengaja la tu.

    BalasPadam
  8. Its hard to believe that this bigot has been so ignorant

    BalasPadam
    Balasan
    1. He should openly apologize for his insensitivity

      Padam
  9. memang nyata IA tidak sensitif dengan adat dan kepercayaan orang Cina. tapi kalau soal membangkit dan mengapi2kan isu perkauman, dia lah yang nombor satu.

    BalasPadam
  10. mohon agar IA akan memohon maaf secara terbuka.

    BalasPadam
  11. Rasanya yang penting sekali ada ke ikhlasan hati seseorang. maka jangan jadikan isu ini hangat.

    BalasPadam
  12. Sampai sekarang tiada kata maaf daripada IA. Bravo. Nampak sangat kesombongannya.

    BalasPadam
  13. dalam ramai2 yang menghadiri rumah terbuka itu, kenapa tidak ada yang menegur beliau?

    BalasPadam
  14. apa2pun Ibarahim Ali memang patut memohon maaf secara terbuka.. jika beliau enggan menghormati budaya kaum lain, baik beliau keluar dari negara ini..

    BalasPadam