Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Ahad
Baucar tunai akan diberi kepada pemohon layak
PUTRAJAYA 2012/01/13: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucar tunai, bermula Ahad ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.
Katanya, baucar itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
“Ia bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar supaya tiada keciciran.
“Dalam tempoh dua bulan itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat penyerahan baucar tunai,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
Katanya, kerajaan turut menyediakan kaunter bergerak khas di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.
Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan.
“Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok (hari ini),” katanya.
Husni berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan tempoh penyerahan borang BR1M itu selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
Katanya, orang ramai boleh terus menghantarnya ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi kerajaan berkaitan sehingga tarikh itu.
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.
Harap pembahagian baucar ini boleh dilakukan dengan tersusun dan lancar pada ahad ini.
BalasPadamUntuk pemohon yang berjaya, datanglah awal-awal untuk mendapatkan baucar anda.
BalasPadambagi yang tidak berpuas hati kerana tidak tersenarai, buatlah rayuan segera. mudah2an dapat tapi jangan pula ada yang menipu.
BalasPadamdengan ini tertunai sudah apa yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2012 berhubung dengan bantuan BR1M. harap rakyat manfaatkan wang tersebut sebaiknya.
BalasPadamThis is a good initiative by the government to ease the plight of the common people.
BalasPadamEven though the amount given is not that big but at least govt has the effort and concern on people's plight.
Padamhopefully the common people will take note of this opportunity.
BalasPadamsemoga semua yang memohon akan mendapat bantuan tersebut.
BalasPadamapa pun kaedahnya, yang penting bantuan tersebut sampai kepada penerima yang layak.
BalasPadamharap semua berjalan lancar dan penerima akan menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya.
BalasPadamPemberian bantuan ini perlu diberi secara sistematik untuk elakkan kekeliruan dan penyelewengan.
BalasPadamHarap2 tiada pihak2 yang cuba membuat penipuan. Semuanya berjalan dengan lancar.
BalasPadamPemohon yang layak saja yang patut terima bantuan tu. mudah2an kemudahan yang diberi akan memudahkan segala urusan.
BalasPadamKita harap bantuan itu akan sampai kepada mereka yang layak.
BalasPadamTerima kasih kepada kerajaan kerana dapat memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3000.
BalasPadamtahniah kepada pemohon yang berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, cuba buat rayuan..
BalasPadam