Ahad, Januari 15, 2012

DUA PROGRAM DIPLOMA BARU DI POLITEKNIK SANDAKAN

Dua Program Diploma Baru Ditawarkan Di Politeknik Sandakan

SANDAKAN 14 JAN 2012 : Politeknik Sandakan menawarkan dua program diploma baru bagi sesi Jun tahun ini.

Pengarah Politeknik Sandakan Mohd Hatta Zainal berkata Diploma itu ialah Diploma Agro Teknologi dan Diploma Akua Kultur di bawah Jabatan Agro Teknologi dan Bio Industri.

Beliau berkata sebelum ini, Politeknik Sandakan yang beroperasi sejak tahun 2008 di kampus sementara di Bandar Labuk Jaya dan kini berpindah ke Kampus tetapnya di Hub Pendidikan Sandakan, hanya menawarkan Diploma Pengurusan Pelancongan.

"Penawaran dua program baru itu selari dengan prasarana lengkap Politeknik Sandakan yang mempunyai kampus tetap di Hub Pendidikan Sandakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada penuntut politeknik itu yang disempurnakan Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Sabtu.

Seramai 70 penuntut menerima baucer itu bagi membantu mereka membeli buku dan peralatan untuk pembelajaran.

15 ulasan:

  1. These two new programs for diploma level are a good addition for the local students, this can help prepare those who are interested in the industry to be more proficient in these areas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It will also create a more diversify specialty within the local agricultural field which in turn will improve the betterment of the state and nation in this field

      Padam
  2. Hope that this will bring more graduates in this field so that they are able to contribute to the local industries.

    BalasPadam
  3. Dua program baru ini sangat baik kerana ini merupakan bidang yang sedang 'hangat' dan menjadi perhatian ramai pada masa kini.

    BalasPadam
  4. In future, graduates will not only be occupied with the knowledge, but also with the skills as well.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thus after they come into the working world in their respective field....they can contribute to the growth of the agricultural sector not only in Sabah, but also for Malaysia

      Padam
  5. memang benar tu lame..pengetahuan melalui teori dan kemahiran akan mempersiapkan lagi pelajar untuk keboleh pasaran yang luas dalam pasaran pekerjaan bila tamat pengajian nanti.

    BalasPadam
  6. kewujudan dua program baru ini pasti menambahkan lagi pilihan mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik.

    BalasPadam
  7. program yang baik, semoga ramai yang berminat untuk mengambl program tersebut.

    BalasPadam
  8. ini memberikan lebih pilihan kepada pelajar untuk memilih program yang ingin diikuti.

    BalasPadam
  9. bagi mereka yang berminat bolehlah memohon untuk program tersebut.

    BalasPadam
  10. Kedua-duanya mantap. Sesuai dengan industri yang semakin berkembang pesat.

    BalasPadam
  11. Nampaknya pelajar yang mengambil pengajian tersebut pasti mendapat pekerjaan. Pelajar hanya perlu memenuhi skill2 yang diperlukan.

    BalasPadam
  12. Baguslah.. Tapi pastikan program tersebut ada kesinambungannya selepas itu.

    BalasPadam
  13. setiap program yang hendak ditawarkan perlu menepati kehendak pasaran kerja.. jangan pula ada kes pelajar tidak mampu mencari pekerjaan selepas tamat belajar..

    BalasPadam