Isu Perbadanan Fidlot Nasional akan diatasi - Muhyiddin
KANGAR 14 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah bagi mengatasi isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) selepas ia dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, tindakan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan rakyat berhubung isu berkenaan yang sering dimanipulasikan oleh pembangkang termasuk melalui media sosial.
"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri, beliau meminta saya melihat perkara ini sehingga ke penghujungnya sebelum langkah tertentu diambil," katanya selepas menghadiri Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan mengenai kemelut yang melanda NFC sehingga menyebabkan asetnya dibekukan.
Isu itu turut 'mengheret' Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila Laporan Audit Negara 2010 pada Oktober lalu mendapati NFC yang diterajui suaminya, Dr. Mohamad Salleh gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Kata Muhyiddin, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, pegawai-pegawai kementerian itu dan penasihat undang-undang untuk melihat sebarang kewajaran terhadap tindakan bakal diambil berhubung isu tersebut.
"Kita melihat apakah tindakan wajar terhadap perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit dari sudut perundangan. Mungkin kalau ada keputusan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau siasatan polis, ia boleh dijadikan panduan untuk kerajaan membuat tindakan," tambah beliau.
Hope that we are able to find the best way to resolve the NFC issue after this. Responsibilities must be taken after what has happened.
BalasPadamPerhaps a public inquiry may resolve this matter. The company is funded by the taxpayer money after all. Therefore the hard working taxpayers deserves to know
PadamWe shall wait and see what are the step that can be taken by the government and the related individuals.
BalasPadamIsu ini telah memberikan persepsi negatif terhadap kerajaan.
BalasPadamGovt should handle this problem wisely.
BalasPadamkalau begitu, kena tunggu keputusan dan siasatan polis dulu lah baru ada panduan kerajaan buat tindakan.
BalasPadamsemoga isu2 seperti ini yang membawa kesan kepada imej kerajaan akan dapat dibersihkan setelah siasatan telah dilakukan.
BalasPadamTrue...not only we can put this disastrous scandal can be put behind, but also serves as a lesson for the betterment of the future generation
Padamisu ini masih dalam siasatan, kita tunggu hasilnya sebelum buat apa2 kesimpulan.
BalasPadamisu NFC ini harus diselesaikan dengan segera agar tidak terus dimainkan oleh sesetengah pihak.
BalasPadamharap isu ini akan diselesaikan dengan sebaiknya.
BalasPadamHarap tindakan wajar diambil mengenail permasalah NFC ni.
BalasPadamdiharap langkah2 yang diambil dapat memberi imej positif terhadap kerajaan.
BalasPadamTeruskan membuat siasatan mengenai perkara ini. Jangan biarkan Pembangkang memainkan isu ini demi kepentingan mereka sendiri. Cari kebenaran dalam dakwaan pembangkang.
BalasPadamkerajaan wajar menyelesaikan isu NFC ini secepat mungkin kerana dikhuatiri isu ini akan dijadikan bahan kempen pada pilihanraya umum nanti..
BalasPadam