Hanya Kerana Terpijak Kasut, Remaja Rakyat Asing Dibunuh Di Tawau
TAWAU, 31 Jan (Bernama) -- Gara- gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan oleh sekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.
"Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan. Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.
"Dua rakan mangsa sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, seorang lelaki rakyat Indonesia berusia 29 tahun mati ditikam, disyaki oleh rakan sebiliknya di sebuah rumah pekerja di Kem Luasong, kira-kira 110 kilometer dari sini.
Kejadian pada pukul 6 pagi Ahad lepas itu dikatakan hanya disebabkan lelaki itu membawa masuk sebuah katil usang ke dalam bilik yang dikongsi dengan seorang rakyat Filipina berusia 39 tahun itu, kata Ibrahim.
Maybe the case is not as simple as that, hope that the police force will investigate deeper into these murder cases.
BalasPadamhnya kerana hal kecil sahaja nak membunuh, mmg teruk punya perangai.
BalasPadamThe culprit definately has anger management issues
BalasPadamHopefully the culprit will receive punishment that fits the crime
BalasPadamgila punya orang tu.
BalasPadamkemarahan boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. rasanya suspek ni panas baran juga, tu la perkara yang kecil boleh menjadi tragedi.
BalasPadamNi PATI saja yang suka bunuh-membunuh. Inilah akibatnya jika tiada tindakan tegas dibuat untuk basmi mereka dari awal.
BalasPadamBanyak kes pembunuhan dan jenayah oleh warga asing.
BalasPadambermakna kita juga perlu berhati2 agar tidak melakukan provokasi terhadap pihak lain.. macam2 perkara boleh berlaku tanpa kita duga..
BalasPadam