Khamis, Disember 08, 2011

PERSEPSI NEGATIF MENGENAI KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM SUKAR DIHAPUSKAN

"Naik Kapal Selam Tak Semestinya Hapuskan Persepsi Negatif Umum" - Guan Eng

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, menerima pelawaan daripada Menteri Pertahanan untuk menyelam bersama kapal selam negara KD Tun Razak tidak bermakna ini akan menghapuskan persepsi negatif mengenainya.

Beliau berkata, langkah ini juga tidak bermakna yang mereka akan melupakan bagaimana Kerajaan Persekutuan gagal menjelaskan isu berkaitan dengan dakwaan terdapatnya kecacatan teknikal pada pembinaannya dan juga harganya yang begitu tinggi.

Lim juga berkata yang beliau sebenarnya mencabar Zahid untuk menjawab segala persoalan yang menyelubungi isu mengenai kapal selam itu Mac tahun lalu dan kenapa hanya selepas 21 bulan barulah beliau dipelawa untuk menaiki KD Tun Razak.

“Adakah ini bermakna, mereka mengambil masa yang begitu lama untuk membetulkan apa juga kecacatan teknikal yang menghalang kapal selam itu daripada boleh menyelam?,” tanya Lim.

Penangguhan yang begitu lama katanya hanya mencetuskan lebih banyak keraguan mengenai kos yang terpaksa dikeluarkan untuk menyelenggara kapal selam itu.

“Memang saya akan pergi ke LIMA dan menyahut cabaran yang dibuat oleh Zahid itu tetapi umum masih lagi menunggu jawapan yang menyakinkan tentang mengapa kos kapal selam ini terlalu tinggi dan juga kos penyelenggaraannya yang juga terlalu tinggi,” kata Lim.

Menurut beliau, sekiranya terdapat kecacatan teknikal, kapal selam itu wajar diserah balik kepada pembuatnya sebagaimana amalan antara pembeli dan penjual.

13 ulasan:

  1. Harap kerajaan akan menjelaskan tentang kos pembelian dan pembaikian yang dilaburkan ke atas Kapal Selam ini.

    BalasPadam
  2. Harap lawatan dan tindakan menyelam bersama ini boleh mengubah persepsi orang ramai bahawa kapal selam ini tidak boleh menyelam.

    BalasPadam
  3. kalau pembangkang, kerajaan buat mcm mana pun tetap mereka tak puas hati dan nak juga cari kesalahan.

    BalasPadam
  4. jika kalau tersebut dapat menyelam, ini bererti kapal tersbut mmg tiada masalah.

    BalasPadam
  5. apa pun yang dibuat atau penjelasan yang diberikan pasti juga ada yang mengkritik.

    BalasPadam
  6. bagaimana LGE tahu tentang kecacatan teknikal kapal selam itu sedangkan beliau tidak pernah datang melihat sendiri dengan lebih dekat keadaan sebenar kapal selam tersebut?

    BalasPadam
  7. ada saja isu yang ditimbulkan, entah daripada mana mereka mengetahui terdapat kecacatan sedangkan mereka sendiri tidak pernah melihat kapal selam tersebut.

    BalasPadam
  8. baik semua pemimpin pakatan yang dijemput untuk menyelam bersama kapal selam itu menerima jemputan itu dan lihat la sendiri keadaan kapal selam itu.. sekiranya masih ada kecacatan, boleh juga sebarkan kepada media pakatan..

    BalasPadam
  9. Jemputan sudah diberikan maka jangan jual mahal lagi.

    BalasPadam
  10. Kalau saya dijemput tetamu khas saya datang oo..

    BalasPadam
  11. ngamlah tu LGE terima pelawaan untuk menyelam bersama kapal selam. dapat juga dia tengok2 keadaan dan rupa sebenar kapal yang banyak kontroversi tu.

    BalasPadam
  12. apa sudah perkembangan kes tersebut di Perancis?

    BalasPadam
  13. sudah dijemput, harus la pergi. Lepas tu mesti ada isu lain lagi dibangkitkan.

    BalasPadam