Tragedi Bas Ekspres Brunei Jadi Penyudah Yang Dahsyat Bagi Sabah Pada 2011
KOTA KINABALU, 30 Dis (Bernama) -- Tragedi bas Ekspres Brunei di Tuaran yang mengorbankan banyak nyawa menjadi penyudah yang dahsyat bagi Sabah pada tahun 2011.
Kemalangan bas itu yang mengorbankan tujuh penumpang manakala beberapa penumpang lagi cedera parah, berlaku di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli di Tuaran pada 20 Dis. Penumpang lain yang cedera parah kemudiannya dihantar pulang menerusi penerbangan ke Brunei.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang dipetik sebagai berkata mangsa kemalangan dikenal pasti sebagai Hasnah Yusof, 62, Noor Faridah Husin, 62, dan Abdul Ghani Muhamad, 66.
Empat lagi mangsa ialah Abdul Manan Ishak, 50, Pangiran Zaharah Pengiran Zainal, 61, dan Dayang Norhayati Abd Hadi, 61, serta ketua kumpulan pelancong itu, Awang Tarsad Damit, 58.
Laporan menyebut bahawa bas yang didaftarkan di Brunei itu membawa 33 orang, termasuk dua kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun, dengan penumpang paling tua berumur 78 tahun, dan mereka berada di Sabah untuk bercuti.
Apa yang sepatutnya menjadi percutian yang menyeronokkan bagi mereka bertukar tragedi apabila bas itu gagal dikawal lalu terbalik di sebuah selekoh tajam dan melanggar pokok berhampiran Kampung Koporingan di Tuaran pada 3.05 petang ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu dari Tawau.
Kira-kira dua bulan sebelum itu, Sabah digegarkan dengan letupan kuat akibat perlanggaran antara sebuah kereta api dan lori tangki membawa bahan api, dan letupan itu menjadi tajuk muka hadapan akhbar di negara ini.
Ajaibnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden pada Hari Halloween yang berlaku di stesen minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 31 Okt kira-kira 5.30 petang.
Hanya 12 orang yang cedera, termasuk pemandu kereta api, manakala pemandu lori tangki tidak mengalami kecederaan.
Dalam satu lagi kejadian malang, seekor gajah kerdil jantan menyerang seorang pelancong Australia sehingga mati di Rizab Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu pada 7 Dis.
Jenna O'Grady Donley, 25, dipercayai berada dalam lingkungan 10 meter dari gajah itu yang mungkin telah mencemaskan haiwan berkenaan, dan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Negeri Laurentius Ambu berkata gajah kerdil, spesies gajah daripada jenis yang lebih kecil dan kurang agresif berbanding gajah normal Asia, dianggap sebagai terancam dengan hanya tinggal kira-kira 2,000 ekor di Sabah.
Dalam perkembangan berasingan, dakwaan pertabalan 'Sultan Sulu' di sini memeranjatkan seluruh penduduk tempatan di Sabah awal tahun ini.
Banyak pihak, termasuk pemimpin negeri, terkejut dengan kisah ini yang menarik minat hampir semua lapisan masyarakat.
Pertabalan ahli perniagaan itu menimbulkan perasaan ingin tahu penduduk Sabah, sehinggakan banyak pihak, termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri mendesak penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap pendatang tanpa izin dan penipuan 'Projek IC'.
Pihak akhbar menjadi sibuk apabila Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad menabalkan dirinya sendiri sebagai apa yang dipanggil sultan ke-33 yang memerintah kesultanan Sulu pada 2 Feb dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Kampung Likas di sini.
Bagaimanapun, peristiwa itu membangkitkan kebimbangan masyarakat bahawa pertabalan yang diadakan di bumi Malaysia ini akan mengakibatkan implikasi keselamatan yang serius dan akan menjadikan warga asing, terutamanya dari Filipina, menyalahtafsirkannya sebagai galakan kepada mereka untuk memasuki Sabah secara tidak sah.
Menyuarakan kebimbangan berhubung kisah pertabalan itu, hampir kesemua parti politik di Sabah termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu Sabah (Upko), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Maju Sabah (SAPP) 'bersepakat' untuk mendesak penubuhan RCI.
Dalam apa yang dilihat sebagai petanda positif, Parlimen telah menerima cadangan awal daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya supaya RCI ditubuhkan selepas jawatankuasa itu mengadakan pendengaran awam di Sabah, yang diselubungi masalah pendatang asing, dan disambut dengan gembira oleh penduduk negeri ini.
Ironiknya, pada 19 Dis, Mohd Akjan, individu yang menabalkan diri sendiri sebagai Sultan Sulu awal tahun ini, muncul semula untuk membantah gesaan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung dakwaan bahawa warga asing diberi taraf warganegara untuk mendapatkan undi mereka.
Akjan, yang kini pengerusi Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) cawangan Sabah, berkata gesaan 'berulang kali' seperti itu supaya ditubuhkan RCI akan hanya menimbulkan salah faham, 'menyemai kebencian' dan mewujudkan perpecahan dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik di Sabah.
Kenyataan Mohd Akjan ini yang tidak kena pada masanya nampaknya mencetuskan dan menyemarakkan kemarahan penduduk setempat yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung masalah pendatang tanpa izin dan Projek IC sejak sekian lama, sehinggakan mereka mendesak kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan RCI demi manfaat semua pihak.
Memandangkan pilihan raya umum semakin hampir, Presiden Barisan Borneo Bersatu (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, iaitu bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, menghangatkan suasana dengan mengumumkan pembentukan gabungan dengan parti yang berpusat di Sabah dan Sarawak yang akan memberi saingan kepada parti pemerintah Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau membuat pengumuman itu pada sambutan ulang tahun pertama UBF pada 16 Dis di sini, yang dihadiri Presiden Parti Reformasi Negeri (Star) Dr Dripin Anak Sakoi, sebuah parti yang berpusat di Sarawak, Timbalan Presiden SAPP Amde Sidik dan presiden penaja parti Usno yang baru diaktifkan kembali, Datuk Badaruddin Tun Datu Mustapha.
Dr Jeffrey, bagaimanapun, tidak menamakan platform bagi beliau dan penyokongnya untuk meneruskan kerjaya politiknya di tengah-tengah spekulasi yang memuncak bahawa beliau akan menubuhkan bahagian Sabah bagi sebuah parti yang berpusat di Sarawak.
Many things happened this year, hope that 2012 will bring better things for us.
BalasPadamCondolence to the victims families who passed on in Sabah.
BalasPadamHopefully 2012 will be prosperous year.
BalasPadamWondering if the political scenario will be changed after the GE.
BalasPadamisu si Akjan tu tidak payah la disensasikan.. yang penting pertabalan beliau sebagai sultan sulu tidak diterima pakai di Malaysia/Sabah dan keyataan beliau menolak penubuhan RCI tidak cukup untuk menutup suara majoriti Sabahan yang mahukan RCI ditubuhkan..
BalasPadamkemalangan bas, keretapi dan serangan gajah adalah disebabkan oleh kecuaian.. amalkan sikap berhati2 dalam setiap pergerakan.. namun kerajaan boleh mengurangkan risiko itu dengan menaiktaraf jalan raya, menambah ciri2 keselamatan disepanjang laluan keretapi dan meletakkan papan tanda amaran sebagai panduan pelancong ketika berada dikawasan hidupan liar..
BalasPadambyk peristiwa berlaku sepanjang tahun 2011, pasti lebih byk peristiwa akan berlaku pada tahun 2012.
BalasPadamsemua peristiwa yang berlaku kena dijadikan iktibar untuk kita menjadi lebih baik.
BalasPadambanyak isu yang berlaku di Sabah dari kemalangan hinggalah cerita politik Sabah itu sendiri.
BalasPadamKita harap pada tahun 2012 ini Sabah akan terus aman damai dan kekal menjaga alam sekitar walaupun pembangunan di sana sini dilakukan.
BalasPadamsemoga tahun 2012 akan memberikan banyak kejayaan dan kecemerlangan kepada semua.
BalasPadampastinya banyak peristiwa pahit dan manis dan kejayaan pada tahun 2011. semoga tahun 2012 lebih banyak pencapaian akan diperoleh.
BalasPadamTakziah kepada keluarga yang telah meninggalkan dunia. Yang masih cedera semoga cepat2 sembuh. Kemalangan keretapi dan bas express sungguh menyedihkan diharap siasatan dapat mengenal pasti punca kemalangan. Diharap juga kes2 kemalangan pada 2012 ni akan semakain menurun.
BalasPadamAkjan yang mengaku sultan Sulu harap boleh la balik ke Philipine. Kalau terus menetap di Sabah RCI dia orang pertama akan disiasat.
Ahli2 politik diharap tidak taksub dan fanatik dengan kuasa sehingga terabai segala kebajikan dan keimanan.
Diharap tahun 2012 akan lebih baik daripada 2011 dalam segala segi
setiap tahun, Sabah tidak akan pernah lengang dengan pelbagai isu dan kontroversi. mungkin tahun ini pun kita akan menghadapi banyak lagi isu dan kejadian2 yang dahsyat.siapa tahu! tragedi memang tidak akan diduga dan berlaku bila2 masa. yang penting kita bersedia, tabah dan dapat mengatasinya dengan baik.
BalasPadamDoakan Sabah supaya tetap aman, harmoni dan rakyatnya hidup bersatu padu.
BalasPadam