Kementerian Pembangunan Wanita Peruntuk RM215 Juta Kepada Sabah Tahun Depan
KOTA KINABALU, 30 Dis (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membelanjakan sekitar RM215 juta tahun depan untuk membantu golongan yang memerlukan terutama warga emas di Sabah.
Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ini menunjukkan golongan warga emas di negeri ini tidak dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Beliau berkata tahun ini sahaja, kementerian memperuntukkan sekitar RM193 juta untuk melaksanakan pelbagai program termasuk bagi golongan warga emas (RM138 juta), pembangunan kanak-kanak (RM40 juta) dan golongan kurang upaya (RM15 juta).
"Pemberian peruntukan ini selaras dengan aspirasi konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan kepentingan semua termasuk dalam soal pembangunan sosial," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada 540 penerima sempena Hari Krismas Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah di Dewan Masyarakat Menggatal, dekat sini hari ini.
Sehubungan itu, Shahrizat meminta rakyat Sabah supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan BN yang berjaya mewujudkan kestabilan termasuk dalam arena politik di negara ini.
"Kita beruntung kerana negara kita stabil... tiada peperangan. Kita rakyat 1Malaysia cintakan negara aman supaya keluarga dan komuniti boleh bekerja untuk jaga keluarga.
"Pembangunan yang kita kecapi termasuk pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial adalah hadiah kerajaan untuk rakyat," katanya.
Dalam hal ini, Shahrizat berkata wanita BN akan memberi sokongan sepenuhnya kepada BN Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita wanita BN akan mengerahkan segala tenaga bagi memastikan BN Sabah akan memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dipertandingkan.
"Saya minta rakyat Sabah supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang di Sabah yang cuba memecahbelahkan rakyat di negeri ini bagi meraih sokongan politik," katanya.
Hope that this allocation can help more people in Sabah, especially for those who needed the aids to ease their burden.
BalasPadamAny funds from the government that can help improve the quality of life for the people are welcomed.
BalasPadamGood to hear more allocation for Sabah.
BalasPadamHopefully no one is trying to take advantage with the allocation. Give it to the people.
BalasPadamnampaknya beliau tidak kekok bercakap soal peruntukkan walaupun berhadapan dengan tuduhan skandal NFC yang telahpun menjejaskan reputasi dan nama baik beliau..
BalasPadamapa2pun syabas kepada Shahrizat atas peruntukkan dari pihak kementerian beliau dan saya harap bantuan itu dapat disalurkan sepenuhnya kepada golongan sasar..
BalasPadamperuntukan yang baik, ia harus digunakan sebaiknya untuk membantu golongan yang memerlukan.
BalasPadamisu NFC itu tak perlu nak difikir sgt, ia msih dalam siasatan, Sharizat mmg tabah dalam hadapi kontroversi.
BalasPadamTerima kasih dengan peruntukan tersebut. Maka kita harap peruntukan tersebut akan diurus sebaiknya dan sampai kepada mereka yang memerlukannya.
BalasPadamNampaknya Sabah tidak ketinggalan dengan peruntukan sedemikian.
BalasPadamharap peruntukan tersebut akan digunakan dengan sebaiknya dan sampai kepada golongan sasaran.
BalasPadamteruskan usaha untuk memenuhi keperluan rakyat.
BalasPadamseorang pemimpin memang harus tabah menghadapi sebarang isu/kontroversi yang timbul. sudah jadi lumrah dalam hidup sebagai seorang pemimpin.
BalasPadamRakyat Sabah sememangnya memerlukan peruntukan yang banyak untuk pembangunan Sabah terutamanya di bahagian2 pedalaman.
BalasPadamperuntukan ini harap2lah sampai melalui saluran yang betul. tidak mau nanti ada kedengaran kes penyelewengan atau sebagainya..
BalasPadam