Jumaat, Disember 30, 2011

DATUK DIDAKWA MENIPU PENGERUSI NFC RM1.755 JUTA

Datuk Shamsulbahrin Ismail

Datuk Shamsulbahrin Ismail Didakwa Atas Dua Pertuduhan Menipu Pengerusi NFC

KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail (gambar atas) didakwa pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (gambar kiri).

Shamsulbahrian yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shamsubahrin Ismail Resouces Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang Jumaat.

Ahmad Zamzani membenarkan Shamsulbahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Shamsulbahrin dipercayai memperdaya Mohamad Salleh untuk membayar perkhidmatannya di sebuah restoran di Bukit Tunku pada pukul 6 petang, 20 November lalu.

Beliau ditahan pada 21 Disember apabila dia didakwa cuba menyogok beberapa pegawai kanan polis yang mengendalikan siasatan NFC dengan wang berjumlah kira-kira RM1.7 juta bagi mengelak daripada ditahan.

Dia masih lagi ditahan reman sehingga dibicarakan di Mahkamah pada Jumaat.

NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan syarikat tersebut tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti disasarkan.

Syarikat tersebut menerima pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan untuk membangunkan industri penternakan lembu berskala besar dalam tempoh jangka masa panjang bagi memastikan bekalan daging di negara ini mencukupi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) menjalankan siasatan ke atas syarikat tersebut dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga isteri kepada Mohamad Salleh untuk mengetahui sama ada beliau terlibat memberikan pinjaman itu kepada NFC.

---------------

Ahli Perniagaan Didakwa Menipu NFC Melibatkan Jumlah RM1.755 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan jumlah RM1.755 juta.

13 ulasan:

  1. Hope that all of those who are involved in this case will have strict actions taken against them.

    BalasPadam
  2. We'll wait for the decision from the judges regarding the NFC issue.

    BalasPadam
  3. Hopefully not another scapegoat.

    BalasPadam
  4. NFC becomes sort of 'telenovela'. Too many 'dramas'. Will take long time to solve this case I guess.

    BalasPadam
  5. ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan penahanan ini kerana tertuduh kononnya sengaja dijadikan kambing hitam.. namun saya yakin sprm masih meneruskan siasatan dan tidak sekali2 menjejaskan imej dan reputasi mereka semata2 mahu melindungi pihak yang bersalah..

    BalasPadam
  6. nampaknya ada jgua pihak didakwa mengenai isu NFC, harap semua mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan.

    BalasPadam
  7. Perkara ini masih dalam kes mahkamah maka kita tunggu cerita seterusnya.

    BalasPadam
  8. Jika Datuk Sharizat didapati tidak bersalah dalam kes NFC ini maka beliau boleh menyaman malu keatas apa yang ahli PKR kata-katakan mengenai beliau sehinggakan menyuruh Datuk Sharizat meletakan jawatan.

    BalasPadam
  9. mereka yang bersalah pasti akan menerima hukuman.

    BalasPadam
  10. apa pun, tunggulah sehingga kes ini selesai untuk mengetahui kesudahannya.

    BalasPadam
  11. Siasat kes dengan teliti dan mendalam agar tiada yang tercicir.

    BalasPadam
  12. sudah ada tangkapan dibuat. mungkin lepas ni makin banyak lagi 'aktor' yang ditemui dalam kes ini.

    BalasPadam
  13. Gelaran Datuk tidak akan memberi kelebihan pada seseorang dalam undang2. kalau bersalah, kenakan saja hukuman.

    BalasPadam