Sabtu, Disember 24, 2011

HASSAN ALI MOHON MAAF

image---------------------------------

Negara Berkebajikan: ‘Saya minta maaf kepada parti’ kata Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai “keterlanjuran kata”,

Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini, Hasan (gambar) pernah membuat kenyataan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Pada sidang media itu juga, Hasan mengakui beliau “bersetuju” dengan konsep Negara Berkebajikan yang disebut presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di Muktamar tahunan PAS yang turut disahkan Majlis Syura Ulama.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

13 ulasan:

  1. hari tu membantah kini menyokong pula, Hassan Ali perlu ada pendirian tegas.

    BalasPadam
  2. samada negara kebajikan atau negara Islam, yang penting perjuangan mereka adalah untuk kebaikan rakyat.

    BalasPadam
  3. Hassan Ali sudah menarik balik kenyataan beliau.. PAS Kedah pula bila mahu tarik balik keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar?? sudah banyak bantahan dibuat..

    BalasPadam
  4. bila pemimpin2 PAS terlanjur mempertikaikan kepimpinan parti mereka, pelbagai desakan diberikan bagi menarik balik kenyataan itu.. tapi bila ada pemimpin PAS menghina penduduk Iban yang tidak mengundi PAS di Sarawak, tidak ada pula desakan untuk pemimpin itu menarik semula kenyataan beliau..

    BalasPadam
  5. mula-mula tidk bersetuju, tiba-tiba pula minta maaf..

    BalasPadam
  6. terserahlah kepada pas bagaimana untuk menguruskan perbezaan pendirian dalam parti mereka.

    BalasPadam
  7. Lain kali kena la berpikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang bentuk statements. Tak kan mahu publisiti.

    BalasPadam
  8. Pasti ada yang tersimpan dihati sudah dengan apa yang Hassan Ali katakan.

    BalasPadam
  9. baguslah mohon maaf kalau rasa diri bersalah.

    BalasPadam
  10. kalau mahu tubuhkan negara berkebajikan kenalah 'ukur baju di badan sendiri'. perlu tengok pelbagai aspek.

    BalasPadam
  11. Pendirian yang tidak tetap.

    BalasPadam
  12. Hope that no matter what party becomes the government next, all the people's rights will be protected.

    BalasPadam
  13. The people must cast their votes wisely after this, the next GE is the best time to let our choice known.

    BalasPadam