Rabu, Disember 07, 2011

ELAUN RELA PERLU DINAIKKAN MEMANDANGKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEMAKIN MENCABAR

Elaun Rela perlu dinaikkan: Ellron

0512_elaun1

PAKAIAN ... Ellron menyampaikan pakain seragam kepada Ketua Platun Rela Kg. Rimbayang Asun Bunan.

6th Dec 2011 : KENINGAU Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Alfred Angin meminta kerajaan supaya mengkaji dan menimbang kenaikan elaun anggota Ikatan Relawan Malaysia (Rela) semasa menjalankan tugas.

Katanya, elaun anggota Rela perlu dinaikkan memandangkan tugas dan tanggungjawab mereka semakin mencabar semasa menjalankan tugas menjaga keselamatan sama ada di kampung dan juga di kawasan bandar.

“Semasa menjalankan tugas pada waktu siang, mereka perpaksa berpanas dengan mata hari dan melayan kegelapan pada waktu malam dan kadang kala berhujan pada musim hujan serta meredah lumpur jika kawasan itu berlumpur,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Pakaian Gerakan Rela Sumbangan Datuk Ellron Alfred Angin dan Penyerahan Kad Keahlian Anggota Rela Mukim Ansip di Mini Dewan Kampung Biah Skim pada Ahad.

Justeru itu katanya, elaun anggota Rela wajar dinaikkan setimpal dengan peranan dan tanggungjawab mereka.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook, berkata elaun anggota Rela perlu dinaikkan dari RM4.80 sejam (sekarang) kepada kadar yang akan difikir bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun katanya, anggota Rela perlu memperlihatkan watak sebagai anggota Rela dan bertindak mengikut undang- undang semasa menjalankan tugas.

“Tindakan mereka perlu mencerminkan anggota Rela yang berlandaskan ikrar mereka sebagai anggota Rela,” kata Ellron.

Anggota Rela juga kata- nya, perlu menjadi contoh yang baik kepada orang awam sama ada semasa menjalankan tugas dan di luar tugas.

Pada majlis itu, Ellron mengumumkan tambahan peruntukan untuk pakaian seragam anggota Rela Mukim Ansip sebanyak RM30,000 untuk tahun depan.

Pada tahun ini, beliau memperuntukkan RM21,000 untuk pakaian seragam anggota Rela Mukim Ansip yang mempunyai 13 platun dengan keanggotaan seramai 829 orang.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sook Charles Ikang, Timbalan Pengarah Rela Negeri Sabah Kol. (Rela) Mohd. Nazib Gutak, Pegawai Rela Daerah Keningau, Venantius Masingga, Ketua Perhubungan Rela Mukim Ansip, Paius Kalasang dan Ketua-Ketua Perhubungan Rela Mukim Daerah ini.

Pada majlis itu Ellron turut meluluskan permohonan pakaian kalis cahaya dan alat komunikasi bagi keperluan anggota Rela Mukim Ansip semasa menjalankan tugas.

Beliau turut menyampaikan cek insurans kemalangan kepada seorang anggota Rela yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan tugas.

13 ulasan:

  1. Pasukan rela ini bukan semuanya didirikan oleh sukarelawan? Mereka juga menerima gaji?

    BalasPadam
  2. Daripada menggunakan pasukan rela, kenapa tidak terus mengambil lebih banyak rakyat sebagai polis yang sah?

    BalasPadam
  3. pasukan rela bukan bertugas setiap masa, mereka hnya bertugas pada masa2 tertentu sahaja.

    BalasPadam
  4. tetapi tugas pasukan rela juga dikira mencabar kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, jadi wajar juga dipertimbangkan kenaikan elaun.

    BalasPadam
  5. Permintaan tersebut perlu dipertimbangkan. Lagi kos sara hidup semakin meningkat.

    BalasPadam
  6. anggota rela memang patut menerima kenaikan elaun setimpal dengan beban tugas serta risiko yang terpaksa mereka hadapi..

    BalasPadam
  7. jika cadangan itu diterima, saya harap semua anggota rela dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugas mereka..

    BalasPadam
  8. harap cadangan ini akan dipertimbangkan.

    BalasPadam
  9. tugas Rela ni boleh dianggap mencabar jugalah. harap mereka akan terus memberikan komitmen terhadap tugas mereka.

    BalasPadam
  10. macam mana dengan kes pegawai Rela Keningau, Venantius Masingga yang dilaporkan pada bulan November lepas?

    BalasPadam
  11. pastilah anggota2 Rela ni mau kenaikan elaun sama seperti ketua kampung, pengerusi dan setiausaha JKKK. apapun, kalau benar2 tertunai pastikan bahawa komitmen tinggi untuk jalankan tanggungjawab dan tiada komen2 negatif tentang cara kerja mereka.

    BalasPadam
  12. RELA memang diperlukan.. Dimana-mana program, majlis dan sebagainya mereka ini diperlukan.

    BalasPadam
  13. Memang setuju kalau elaun rela dinaikan.. cadangan ini perlu diajukan kepada pihak tertentu. Beban tugas yang bertambah untuk rela wajar mendapat elaun lebih.

    BalasPadam