Khamis, Disember 29, 2011

‘AMAL MUNKAR NAHI MAKRUF' ?

Di antara 'amal makruf nahi mungkar' dengan 'amal mungkar nahi makruf'

UMNO masih tidak mahu menerima yang etika kepimpinan merupakan nadi utama dalam penentuan jemaah kepimpinan itu boleh dipercayai atau pun sebaliknya. Jamil Khir Baharom, seorang lagi menteri yang menjadi masalah kepada UMNO. Satu demi satu segala kesalahan jenayah yang menjadi perkara biasa dalam UMNO itu keluar dan menjadi pengetahuan umum.

Yang terakhir selepas isu lembu NFC, timbul isu dua orang menteri yang berkelakuan tidak senonoh dalam kepimpinan. Yang menariknya seorang menteri yang berlatar belakangkan agama yang telah menyampaikan khutbah di tanah suci baru-baru ini telah menggemparkan orang Islam di negara kita ini. Beliau telah menggunakan wang zakat kepunyaan rakyat untuk membayar kos perundangan beliau dalam kes saman Anwar Ibrahim terhadap beliau dan dua orang yang lain dalam isu Qazaf baru-baru ini.

Orang yang mendakwahkan umat rakyat tentang agama ini telah melakukan jenayah, bukan sahaja kepada rakyat malahan terhadap agamanya sendiri. Saya tidak pula mendengar pemimpin DAP di Pulau Pinang menggunakan wang zakat untuk membayar kos perundangan, walaupun mereka lebih banyak melakukan sama pihak yang cuba memfitnah pemimpin DAP itu.

Sekarang ini nampak dunia sudah terbalik; pemimpin Islam menggunakan wang zakat untuk kepentingan peribadi pemimpinnya sedangkan DAP pula menambah peruntukan kepada majlis agama Islam P Pinang berlipat kali ganda jumlahnya. Bagi saya, pembongkaran satu demi satu isu jenayah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini merupakan satu petunjuk yang meyakinkan kita bahawa, ‘bangkai gajah memang tidak boleh di tutup dengan nyiru’.

Sekarang bagaimana Jamil Khir hendak mendakwahkan kita rakyat untuk berbuat ‘amal makruf nahi mungkar’, sedangkan beliau melakukan perkara yang terbalik, iaitu, ‘amal mungkar nahi makruf’ pula. Mulutnya berbunyi Islam sedangkan perbuatannya melanggar kehendak tuhan. Memakan duit zakat serupalah seperti menzalimi anak yatim piatu. Ini kah jemaah yang menuduh orang itu orang ini dan parti itu parti ini anti Islam sedangkan perlakuan mereka ini menentang hukum Islam secara ‘head-on’.

Apa yang dilakukan oleh Jamil ini bukan perkara yang kecil. Jika benar beliau seorang yang tunduk kepada agama, etika kepimpinan wajar dihormatinya. Kalau seorang yang bukan Islam di England seperti Blanket boleh meletakkan jawatan semata-mata kerana mempercepatkan permohonan permit kerja ’amah’ kepada teman wanitanya, kenapa Jamil dan pemimpin Islam yang lain enggan menerima tata-cara agamanya yang suci ini? Jamil boleh tengok jika ada nas-nas yang membolehkan beliau termasuk ke dalam aznaf yang lapan itu.. Bolehlah beliau menerima wang zakat setiap tahun.

Sepatutnya Jamil Khir wajar meletakkan jawatan secara sukarela untuk menjaga imej dan maruah (jika ada maruah) kerajaan yang memerintah. Pendeknya apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan yang memberi masalah kepada negara ialah kepimpinan dalam UMNO dan barisan.

BBMB (bekas bakal MB) Kelantan, Awang Adek, pun tidak terlepas dari menghadapi kecurigaan rakyat dalam waktu UMNO sedang menghadapi saat yang paling getir pada hari ini. Di mana lojiknya beliau mengatakan jumlah ratusan ribu wang yang di kreditkan ke dalam akaunnya itu adalah derma kepada parti? Entah mana satu pemimpin UMNO yang terlepas dari imej buruk ini dan rakyat sentiasa berfikir siapa kah hero yang bersih di dalam UMNO kini….tiada siapa. Oleh itu siapa yang boleh memberikan persepsi bersih untuk UMNO kalau keadaan sudah sampai keperingkat ini?

image Takkan lah setakat ayat-ayat quran yang dibaca oleh Muhyiddin Yassin boleh menutupi segala kerja hina dan buruk ini dari rakyat. Kita mesti ingat, ayat-ayat quran itu hanya akan menjadi mustajab bergantung kepada siapa yang membaca dan mengamalkannya. Pemimpin yang membaca ayat-ayat quran ini adalah salah satu ‘proponent’ kepada kerajaan yang telah membiarkan negara kehilangan sebanyak RM1 trillion yang dilarikan ke luar negara sejak sepuluh tahun dahulu.

Rakyat sekarang sedang menghadapi masalah yang amat kronik: siapakah di antara yang memimpin kita dalam kerajaan persekutuan pada hari ini boleh diyakini untuk membina negara yang bersih dan bermaruah?

Selalunya UMNO dan penyokongnya yang dibayar itu akan mencarut dan memaki hamun dengan segala longgokan fitnah untuk mempertahankan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan