Sabtu, November 05, 2011

“PERNAHKAH KITA BERTANYA MENGAPA MAHASISWA UNIVERSITI TIDAK MENYOKONG PEMERINTAH? …” - SAIFUDDIN

imageMenteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

 

  

"Saya dah beri taklimat kepada kabinet. Tindakan selanjutnya, (akan diambil) selepas saya bincang dengan Peguam Negara,"

 

"Pernahkah kita bertanya mengapa mahasiswa universiti tidak menyokong pemerintah? Mengapa ada segelintir mahasiswa yang suka melawan?

"Oleh itu, saya sebagai salah seorang anggota kerajaan lebih suka menilai diri saya sendiri apakah wujud kekurangan yang perlu diperbaiki dan bukannya memarahi golongan mahasiswa berkenaan,"

 

 

 

dato-saifuddinTimbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah

Rayu Atau Tidak AUKU Selepas Bincang Dengan Peguam Negara: Khaled

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada mahu merayu atau tidak keputusan Mahkamah Rayuan, yang menyatakan peruntukan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya dah beri taklimat kepada kabinet. Tindakan selanjutnya, (akan diambil) selepas saya bincang dengan Peguam Negara," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media Jumaat.

Mahkamah Rayuan, pada 31 Okt, memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

----------

Saifuddin Tolak Persepsi Wujud Porak-peranda Jika Mahasiswa Berpolitik

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menolak persepsi yang mendakwa seluruh kampus universiti akan porak-peranda jika golongan mahasiswa dibenarkan berpolitik.

Beliau menyifatkan persepsi itu sebagai satu mitos semata-mata dan tidak berasas sama sekali

"Ramai benar mahasiswa yang saya lihat aktif berpolitik dalam kampus, mereka lulus dengan cemerlang dalam akademik mereka. Malah ada yang mendapat pekerjaan yang baik selepas keluar universiti.

"Tidak semestinya mereka yang tidak berpolitik itu, mereka lulus. Malah ada yang gagal juga," katanya dalam program bual bicara 'Kerusi Panas' terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin menggesa pihak berkuasa mengkaji punca di sebalik trend sesetengah mahasiswa cenderung bersikap antikerajaan.

"Pernahkah kita bertanya mengapa mahasiswa universiti tidak menyokong pemerintah? Mengapa ada segelintir mahasiswa yang suka melawan?

"Oleh itu, saya sebagai salah seorang anggota kerajaan lebih suka menilai diri saya sendiri apakah wujud kekurangan yang perlu diperbaiki dan bukannya memarahi golongan mahasiswa berkenaan," katanya.

15 ulasan:

  1. Bergantunglah pada mahasiswa sendiri untuk menentukan sama ada mereka menyokong pemerintah negara ataupun tidak.

    BalasPadam
  2. Harap rakyat sendiri akan membuat keputusan yang terbaik untuk memilih kerajaan yang paling sesuai demi masa depan negara dan rakyat.

    BalasPadam
  3. Saya setuju dengan pendapat yang mengatakan kita harus mencari kelemahan diri dan bukannya memfokuskan kemarahan kita terhadap orang2 yang tidak dapat melihat kebaikkan dalam diri kita.

    BalasPadam
  4. Setiap individu ada pemahaman dan pendapat masing2, tapi jika kita sentiasa berfikiran positif semua benda akan menjadi positif.

    BalasPadam
  5. itu hak masing2 nak menyokong pihak mana.

    BalasPadam
  6. tapi sebagai mahasiswa, sebaiknya utamakan terlebih dahulu pada pelajaran, jgnlah terlalu aktif berpolitik.

    BalasPadam
  7. Ada kebaikan dan keburukan mahasiswa universiti berpolitik. Pemikiran mereka berbeza. Mungkin mereka ada idea yang bernas untuk memperbaiki sistem pemerintahan negara ini. Tetapi ia membawa keburukan jika mereka terlalu fanatik sehinggakan pelajaran terabai.

    BalasPadam
  8. Easy to find others' fault. Easy to blame others. But people tend to forget to look at themselves.

    BalasPadam
  9. bolehkah saifuddin memberikan jaminan tidak timbul porak peranda jika pensyarah dan pelajar aktif berpolitik? terutamanya jika kedua2 kumpulan ini mempunyai haluan politik yang berlainan?

    BalasPadam
  10. sedangkan ketika pemilihan perwakilan pun banyak kejadian sabotaj.. ada la yang kena culik, tingkap pecah dan sebagainya..

    BalasPadam
  11. politik satu bentuk pembelajaran juga. bergantung kepada individu bagaimana untuk menggunakan kebebasan mereka sebaiknya.

    BalasPadam
  12. apa2 pun boleh timbulkan keadaan yang porak peranda jika tiada kawalan. sepatutnya sebagai seorang pelajar/mahasiswa yang terpelajar, memang pandai2lah fikir tindakan baik dan buruknya.

    BalasPadam
  13. Kenapa perlu mahasiswa berpolitik?? Mungkin kerajaan perlu membuat perbincangan dengan semua mahasiswa univesiti di Malaysia untuk mencari sebab kenapa mereka inginkan kebebasan berpolitik. Ini bagi mengumpul maklumat untuk rujukan kerajaan.

    BalasPadam
  14. terpulanglah kepada mahasiswa itu..apa pun, sebaiknya mahasiswa memberikan fokus pada pelajaran.

    BalasPadam
  15. sebagai pelajar, pencapaian akademik perlu menjadi keutamaan dan sebarang pekara yang ingin dilakukan jangan sampai akademik terjejas.

    BalasPadam