Selasa, Oktober 04, 2011

"(MUNGKIN) PARA GENERASI BERIKUTNYA AKAN SUKAR MEMPERCAYAI BAHAWA ADA ORANG SEPERTI INI YANG PERNAH HIDUP DI DUNIA INI." - ALBERT EINSTEIN

Malaysia Boleh Pelajari Cara Toleransi Mahatma Ghandi - Hasmy Agam

“When I despair, I remember that all through history the ways of truth and love have always won. There have been tyrants, and murderers, and for a time they can seem invincible, but in the end they always fall. Think of it--always.” - Mahatma Gandhi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Malaysia boleh mempelajari cara toleransi yang diamalkan Mahatma Ghandi yang memahami tolak ansur sahaja tidak mencukupi tanpa penerimaan dan perasaan muhibah.

Ketika membuat saranan itu, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tan Sri Hasmy Agam berkata amalan sedemikian amat penting khususnya bagi negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dengan pelbagai agama dan kebudayaan.

Ghandi yang digelar 'Bapa Penentangan Pasif' katanya, seorang aktivis kemanusiaan yang memperjuangkan hak asasi dan kebajikan serta kebahagiaan manusia kerana beliau memahami keamanan dan kemajuan tidak dapat dicapai tanpa aspek berkenaan.

Hasmy berkata demikian dalam syarahan umumnya bertajuk "Mahatma Ghandi: Juara Hak Asasi Manusia" pada Syarahan Kedua Memperingati Ghandi sempena sambutan Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa, di sini hari Isnin.

Syarahan itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi India di sini dan Ghandi Memorial Trust of Malaysia.

"Sepanjang hayatnya, Ghandi menyebarkan pendidikan yang menumpukan kepada tolak ansur, nilai-nilai murni manusia dan perkara-perkara yang menyumbang kepada pemahaman silang budaya dan keharmonian," kata Hasmy.

Beliau berkata pemimpin India itu bukan saja meninggalkan kesan mendalam pada rakyat negaranya tetapi juga seluruh dunia.

Katanya dalam keadaan dunia sekarang yang dipenuhi konflik, keganasan dan perang antara negara dan juga dalam negara, memerlukan masyarakat dunia melihat dan mengamalkan legasi Ghandi, baik secara individu, kumpulan mahupun sebagai sebuah negara.

13 ulasan:

  1. Harap rakyat akan sentiasa saling bertoleransi supaya masalah keganasan ataupun kekecohan tidak akan berlaku.

    BalasPadam
  2. hidup perlulah ada sikap tolenrasi, ia memupuk kepada sejahteraan.

    BalasPadam
  3. Manusia zaman sekarang kebanyakannya hanya pentingkan diri dan ego masing-masing.

    BalasPadam
  4. Jika Ghandi masih hidup, tentu beliau sedih melihat keadaan dunia sekarang.

    BalasPadam
  5. tapi sekarang ni makin banyak isu yang memperlihatkan tiada amalan toleransi. hingga ada yang mengapi2kan isu perkauman dan agama.

    BalasPadam
  6. Sebagai manusia memang sepatutnya diterapkan nilai2 murni dalam peribadi.

    BalasPadam
  7. Kalau semua pemimpin negara kita macam Mahatma Ghandi kan bagus. Tiada isu2 seperti sekarang ni.

    BalasPadam
  8. sikap toleransi sememangnya baik dan patut diamalkan..

    BalasPadam
  9. toleransi boleh menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan..

    BalasPadam
  10. Pemimpin patut mencontohi Ghandi.

    BalasPadam
  11. terapkan nilai2 murni ini disetiap sekolah supaya generasi berikutnya sentiasa mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah wujud di dunia ini..

    BalasPadam
  12. Maka tanamkanlah sikap yang murni dan baik dalam diri kita.

    BalasPadam
  13. Contoh sudah nampak jadi ambil apa yang baik dari kepimpinan Mahatma Ghandi yang mengutamakan sikap yang bertolak ansur, mengutamakan keamanan dan sebagainya.

    BalasPadam