Pendatang Mudah Menyelinap Ke Sabah
KOTA KINABALU, 29 April (Bernama) -- Keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dengan sempadan laut yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa untuk mengawal pergerakan manusia antara negeri ini dan negara jiran, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman.
Beliau berkata keadaan itu memudahkan pendatang menyelinap masuk ke Sabah secara tidak sah.
"Dalam hal ini terdapat pula pihak yang mengambil kesempatan untuk menyeludup masuk rakyat dari negara sempadan bagi tujuan pekerjaan dan kemudiannya memperdagangkan mereka atau mengeksploitasi mereka bagi tujuan buruh paksa atau pelacuran," katanya pada taklimat anti pemerdagangan orang dan anti penyeludupan migran di sini hari ini.
"Manusia kini menjadi komoditi yang diperdagangkan dan isu pemerdagangan orang ini merupakan jenayah yang kian meningkat.
"Ia juga menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal bangsa, agama dan keturunan, malah ia sudah menjadi isu global merentas sempadan membabitkan semua negara di dunia," kata Sukarti.
Beliau berkata mangsa-mangsa menderita akibat penderaan mental, fizikal dan seksual selain tidak dibayar upah yang sewajarnya.
Katanya terdapat juga wanita dan gadis yang dijual ke rumah pelacuran atau ejen pemerdagangan seks.
Selain itu, ada kecenderungan menggunakan wanita hamil dengan menjual anak yang dikandung terutama kepada pasangan yang tidak mempunyai anak, kata Sukarti.
"Begitu juga sindiket yang mengeksploitasi wanita negara ini untuk tujuan membawa dadah ke luar negara. Mereka dijanjikan dengan pendapatan lumayan atau diumpan dengan pakej percutian yang menarik tanpa mereka sedari bahawa mereka diperalatkan untuk menjadi keldai dadah," katanya.
Controls around the borders must be raised to prevent illegal from coming into our country without permit.
BalasPadamkegiatan pemerdagangan orang ini harus dibanteras sehabisnya kerana ia melanggar hak asasi manusia.
BalasPadamIsu yang perlu diberi pehatian, harap2 pihak berkuasa akan lebih memperketatkan kawalan di sempadan & perairan.
BalasPadamusaha untuk membanteras permasalahan ini dan meningkatkan kawalan dikawasan sempadan perlu dipertingkatkan lagi.
BalasPadampemerdagangan orang merupakan kegiatan yang menyalahi undang-undang. mereka yang terlibat perlu dihukum dengan hukuman yang berat.
BalasPadamteruskan usaha untuk mengawal lagi perairan negara daripada ancaman dan dibolosi oleh orang luar.
BalasPadamkegiatan pemerdangangan manusia adalah satu penindasan yang amat teruk, kita harus bekerjasama untuk membanteras kegiatan ini.
BalasPadamNo matter how tight the security is around the borders, these illegal immigrants always manage find a way to enter Sabah easily.
BalasPadamThis is why patrolling and more controls is needed especially along the borders.
BalasPadamselain bentuk muka bumi yang berbukit bukau serta sempadan laut yang panjang, kewujudan pulau2 kecil yang banyak di sepanjang perairan Sabah juga memudahkan lagi pendatang asing menyelinap masuk ke negeri ini.
BalasPadamjika semua pihak terutamanya rakyat Sabah tampil berkerjasama dengan pihak berkuasa, tidak mustahil jenayah merentasi benua ini dapat diselesaikan dengan lebih mudah, cekap dan berkesan.
BalasPadamKeadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dengan sempadan laut yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa untuk mengawal pergerakan manusia antara negeri ini dan negara jiran..
BalasPadamAku memang sokong dengan kenyataan ini. Apa pun carilah cara yang boleh menangani masalah ini.
Sempadan Sabah yang mudah dimasukkan ini menyebabkan PATI senang masuk. Pihak berkuasa buat apa??Tidakkan duduk diam saja. Kalau ada masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.
BalasPadamBila keseksaan bagi penduduk Sabah ini berakhir..PATI membebankan kita.
BalasPadamNo just increase controlling, but our government must discuss about this issue with the neighboring countries.
BalasPadamItu sudah semestinya. Hutan tebal menyenangkan lagi kemasukan mereka.
BalasPadamI'm not surprised at all.
BalasPadamBanyak cara yang boleh digunakan oleh mereka untuk menyelinap masuk.
BalasPadamToo many freeways for them to explore.
BalasPadam