Selasa, Oktober 04, 2011

DULU PELAJAR LEMAH TAPI KINI DAPAT PH.D

Dulu buta huruf, kini dapat Ph.D

image Dr Mohd Nawi Ismail menerima ciuman daripada anak-anak, sambil diperhatikan oleh isterinya,  Azimah Mohamad. Selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-50 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Biarpun tidak mampu menulis dan membaca ketika belajar di sekolah rendah suatu ketika dahulu namun, ia bukanlah penghalang kepada Dr. Mohd. Nawi Ismail untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajian Usuluddin dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) semalam.

Mohd. Nawi, 43, yang merupakan seorang pensyarah mengalami rabun mata dan cacat sebelah kaki sejak dilahirkan mengakui, dia adalah murid lemah ketika itu tetapi anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu mula bangkit ketika berusia 15 tahun.

“Apabila melangkah ke sekolah menengah selepas menjalani pembedahan membuang selaput di mata, saya mula berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh Ph.D hari ini (semalam).

“Kejayaan ini juga disebabkan oleh sistem pendidikan negara yang baik di samping berkat sokongan keluarga dan Universiti Malaya sendiri,” katanya selepas istiadat konvokesyen ke-50 universiti itu di sini semalam.

image MOHAMAD MUZAMMIL menerima ciuman daripada kakaknya, Nor Kamariah selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-50 di Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, penerima Ph.D daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Mohamad Muzammil Mohamad Noor, 38, pula berkata, dia merupakan graduan Ph.D berkerusi roda pertama yang lulus daripada fakulti tersebut.

-----

LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi  dan Mohd Zulfikar sedih selepas  mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.LAGI KES MURID TAHUN ENAM DITEGAH AMBIL UPSR KERANA DIANGGAP BODOH & LEMAH ?!

------

"MEMBOLEHKAN PELAJAR MENGAMBIL PEPERIKSAAN ITU ADALAH KUASA MENTERI PELAJARAN, SAYA ADA KUASA UNTUK MEMBENARKAN MEREKA MENDUDUKI PEPERIKSAAN," – MUHYIDDIN

----

3 murid dihalang duduki UPSR mula ambil peperiksaan

BINTANGOR 4 Okt. - Tiga murid Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor yang dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada awal bulan lalu, mula mengambil peperiksaan tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Meradong di sini pagi ini.

image

Edward Ujoh Ausgutine, Idie Ganyol serta Richmend Mangi dilihat memasuki PPD Meradong kira-kira pukul 7.30 pagi dengan ditemani ibu bapa masing-masing.

Ketiga-tiga murid tersebut akan menduduki ujian Bahasa Malaysia Kertas I pada pukul 8.15 pagi diikuti Bahasa Malaysia Kertas II dan Matematik Kertas I.

Esok, tiga murid berkenaan akan menduduki ujian Matematik Kertas II dan Bahasa Inggeris Kertas I manakala Bahasa Inggeris Kertas II dan Sains Khamis ini.

7 ulasan:

  1. Jangan memandang rendah terhadap pelajar yang lemah, mereka bukannya bodoh, cuma kebolehan mereka belum terserlah. Tahniah kepada Dr Mohd Nawi Ismail.

    BalasPadam
  2. Kekurangan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan! Semoga ia menjadi contoh kepada yang lain.

    BalasPadam
  3. memang betul tu. macam pelajar tahun 6 yang dilarang menduduki peperiksaan UPSR, walaupun mereka lemah tapi mungkin suatu hari nanti mereka lebih berjaya daripada pelajar2 yang pintar pada masa sekarang. rezeki manusia siapa yang tahu.

    BalasPadam
  4. satu kejayaan yang sewajarnya menjadi contoh kepada semua...setiap orang boleh berjaya asalkan berusaha..

    BalasPadam
  5. jika kita berusaha dan bersungguh sungguh, pasti akan berjaya.

    BalasPadam
  6. bagaimana seorang guru besar atau pengetua yang berpendidikan tinggi yang bukan sahaja tidak mampu membuat keputusan yang profesional, malah cuba lari dari tanggungjawab..

    BalasPadam
  7. Mereka lemah mungkin belum terfikir tetang kepentingan ini. Tapi masa demi masa akan mematangkan mereka dan menyedarkan mereka bahawa kepentingan ilmu ini. Jadi apa yang berlaku kepada beberapa murid yang tidak dibenarkan mengambil peperiksaan UPSR ini memang tidak patut.

    BalasPadam