Pimpinan Pakatan Pembangkang Tidak Akan Laksana Hukum Hudud
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Majlis Pimpinan Pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.
"Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,"
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang di sini Rabu malam.
Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Isu hudud dibangkitkan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang bercadang untuk melaksanakannya di negeri itu.
Anwar berkata, pakatan pembangkang juga tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung isu itu.
-----
Transkrip Sidang Akhbar Pakatan Rakyat Mengenai Isu Hudud
“Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan juga hadir di sini yang telah menjelaskan pendirian Kerajaan Kelantan dan keperluan untuk melaksanakan hukum itu hanya boleh dilakukan selepas pindaan dilakukan ke atas perlembagaan persekutuan. Jadi itulah situasinya …”
“ … pindaan ke atas perlembagaan persekutuan dan pendirian DAP ialah mereka tidak di dalam posisi untuk menyokong cadangan itu. Ia adalah sangat jelas...”
“Pendirian yang dicapai hari ini amat jelas ... DAP tidak setuju (hudud) manakala Keadilan dan PAS menghormati keputusan tersebut.”
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
bagaimana hudud nak dilaksanakan jika tak ada persefahaman.
BalasPadamjadi, hudud tidak akan dilaksanakan oleh mereka..
BalasPadamkalau itu persepakatan bersama, baguslah..
BalasPadamlepas ni mesti muncul lagi isu baru ni.
BalasPadamPAS cuma nak gunakan isu Hudud ini untuk menarik perhatian orang.
BalasPadamBaguslah kalau Hudud tidak akan dilaksanakan. Tidak baik ada double standard untuk Muslim dan bukan-muslim.
BalasPadamkenapa PAS tidak berbincang dengan rakan2 Pakatan yang lain sebelum memanjangkan cadangan ini ke media?
BalasPadamjika PAS masih tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum hudud, baik laksanakan sahaja di Kelantan..
BalasPadamMana-mana PR sendiri mahu membuat keputusan berhubung hukum hudud itu. PAS sendiri yang beria-ia mahu melaksanakannya maka teruskan jika mahu.
BalasPadam