Sabtu, September 24, 2011

ORANG RAMAI DINASIHAT TIDAK SENTUH OBJEK PELIK

Satelit: Orang Ramai Dinasihat Tidak Sentuh Objek Pelik

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Agensi Angkasa Negara menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan tersebut dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

Laporan NASA yang dipetik collectSPACE.com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.

Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.

-----

Satelit disah jatuh di Lautan Pasifik, timur Afrika

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari mengesahkan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah jatuh di dua laluan utama yang dikenalpasti.

Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Mhd. Fairos Assillam berkata, dua laluan tersebut ialah di Lautan Pasifik dan timur Afrika.

"Satelit yang pecah kepada 26 bahagian itu dipercayai telah terbakar dan bertaburan di dua kawasan tersebut semalam, tetapi waktu sebenar belum dapat dipastikan.

"Kita cuma boleh mengesahkan waktu satelit tersebut memasuki atmosfera bumi iaitu di antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengah hari (waktu Malaysia) semalam,"

7 ulasan:

  1. janganlah menyentuh objek yang luar biasa jika menemuinya.

    BalasPadam
  2. Can't believe the satellite would drop down from space.

    BalasPadam
  3. jika terjmpa objek pelik, jangn sentuh, sebaiknya lapor kepada pihak berkuasa.

    BalasPadam
  4. Apa akan jadi kalau menyentuh objek itu?

    BalasPadam
  5. harap2 serpihan2 objek yang jatuh ke bumi ini tidak mendatangkan kesan yang buruk ke atas manusia.

    BalasPadam
  6. Jatuhan satelit seharusnya dipastikan dimana lokasinya. Kita tidak mahu jatuhan itu jatuh liar di bumi.

    BalasPadam
  7. bahaya ka serpihan itu jika tersentuh?? kalau benar ianya bahaya, mungkin selepas ini perlu ada kajian dibuat bagi mengelakkan satelit ini jatuh terhempas ke bumi selepas tamat tempoh..

    BalasPadam