Ahad, September 25, 2011

KERAJAAN PUSAT MENERIMA HAKIKAT BAHAWA NEGERI SABAH DAN SARAWAK AMAT LUAS DAN MENGAKUI MEMPUNYAI KEKANGAN KEWANGAN UNTUK MENYEDIAKAN JALAN RAYA TERBAIK BAGI MENYAMBUNGKAN SEKOLAH-SEKOLAH DI KAWASAN PEDALAMAN

Pertahan keistimewaan negara - TPM

Muhyiddin Yassin dan Musa Aman bersama penduduk etnik Murut berpakaian tradisi mereka semasa merasmikan Perhimpunan Murut SIB Sabah di Dewan Kan Hwa, Keningau, semalam.

KENINGAU 24 Sept. - Semua rakyat di negara ini perlu terus mempertahankan keistimewaan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama yang wujud sejak sekian lama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam menghargai perpaduan yang tidak wujud di negara lain, semua pihak harus bangkit menentang mana-mana pihak dan anasir yang cuba mengganggu gugat perpaduan.

Menurut beliau, di sesetengah negara walaupun mempunyai satu bangsa tetapi mereka berhadapan dengan konflik yang berlarutan, berlaku pertembungan-pertembungan dan juga perang saudara yang menyebabkan banyak nyawa terkorban.

"Tetapi Malaysia menjadi sebuah negara yang terkenal di seluruh dunia kerana keistimewaan kita, walaupun mempunyai kepelbagaian agama, adat resam, budaya dan bahasa, tetapi kita semua menghargai dan memberi perhatian kepada soal perpaduan sesama sendiri.

"Perbezaan ini tidak menjadi halangan serta kekangan dan sebab itulah negara hari ini selepas 54 tahun masih kekal merdeka dalam keadaan negara dan rakyatnya bersatu padu," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Murut Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah di Dewan Besar Sekolah Menengah Ken Hwa di sini hari ini.

Tambah Muhyiddin, soal rakyat yang menganut pelbagai agama bukan suatu isu di negara ini seperti mana di negara lain yang menyaksikan berlaku pertembungan di antara mereka.

Dalam lawatannya ke negeri ini, Muhyiddin turut merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Ke-13 di Penampang.

Bercakap kepada pemberita di majlis itu, Muhyiddin berkata, kerajaan mengakui mempunyai kekangan kewangan untuk menyediakan jalan raya terbaik bagi menyambungkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak dengan pekan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut memang dipandang serius oleh kerajaan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan tetapi ia terpaksa dilakukan secara berperingkat berdasarkan kepada kemampuan.

Menurut beliau, kerajaan menerima hakikat itu kerana kedua-dua negeri ini amat luas dan kawasan pedalamannya juga terpisah jauh daripada kawasan bandar hingga terpaksa berjalan berjam-jam untuk sampai ke sekolah.

''Tidak semestinya kita akan tar jalan-jalan itu kerana kosnya amat tinggi, tetapi kita boleh selenggara dengan mewujudkan pasukan kerja seperti meletakkan jentolak supaya jalan itu dapat dilalui.

"Ini merupakan sebahagian daripada langkah awal bagi membolehkan jalan berkenaan dinaik taraf selepas ini. Jaraknya bukan pendek, malah beribu-ribu kilometer. Sekali saya ingin jelaskan bahawa realiti ini kerajaan akui dan tidak nafikan," katanya.

Jelas Muhyiddin, walaupun sekolah-sekolah berkenaan terletak jauh di kawasan pedalaman tetapi kementerian tetap memastikan para pelajarnya mendapat peluang pendidikan terbaik setaraf dengan sekolah lain di bandar.

11 ulasan:

  1. It is true that Sabah and Sarawak are too vast and definitely need more allocations than other states to fully develop the states.

    BalasPadam
  2. Hope that the federal government will allocate more funds to Sabah and Sarawak for their developments.

    BalasPadam
  3. usaha yang berterusan perlu sentiasa dilakukan bagi memenuhi keperluan rakyat Sabah..

    BalasPadam
  4. mmg Sabah dan sarawak begitu luas, oleh itu, Sabah dan Sarawak memerlukan lebih byk peruntukan untuk pembangunan.

    BalasPadam
  5. Banyak sudah pembangunan di SM. Sekarang fokuskan di SS pula.

    BalasPadam
  6. Tolong atasi masalah PATI di Sabah.

    BalasPadam
  7. memang benar Sabah dan Sarawak perlukan peruntukan yang lebih banyak untuk membangunkan negeri. sekarang kerajaan perlu lebih fokuskan pada kedua2 buah negeri ini.

    BalasPadam
  8. Itu sudah pasti, keluasan kawasan adalah antara punca masalah penyediaan jalan yang tidak begitu baik. Tapi kerajaan pasti akan cuba untuk mencari cara untuk menangani masalah sedemikian.

    BalasPadam
  9. Benar..Sekarang Sabah dan Sarawak perlu diberikan tumpuan terutama sekali dipendalaman Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  10. kos membina jalan di Sabah jauh lebih tinggi dari kos membina jalan di semenanjung.. ini disebabkan oleh bentuk muka bumi Sabah yang berbukit bukau.. tapi bagi saya masalah jalan raya ini mungkin tidak terlalu kritikal jika semua peruntukkan kerajaan dapat digunakan sebaik2nya..

    BalasPadam
  11. kerajaan juga perlu berhati2 ketika memberikan projek jalan raya ini kepada kontraktor, kerana ada kontraktor yang hanya pentingkan keuntungan, bukannya kualiti.

    BalasPadam