Isnin, September 26, 2011

JEPUN TEMUI BERAS DICEMARI RADIOAKTIF

Jepun temui beras dicemari radioaktif

TOKYO 2011/09/26 : Jepun menemui kes pertama beras dicemari bahan radioaktif melebihi paras ditetapkan dalam satu ujian awal tanaman sebelum dituai, lapor Kementerian Perladangan baru-baru ini.

Kementerian itu memberitahu, unsur radioaktif caesium 500 becquerels (Bq) sekilogram ditemui dalam satu sampel beras sebelum dituai di bandar Nihonmatsu di daerah Fukushima, 56 kilometer ke barat loji jana kuasa nuklear Fukushima.

Loji itu lumpuh akibat gempa dan tsunami 11 Mac lalu, mencetuskan bencana nuklear terburuk dunia sejak 25 tahun lalu.

Kementerian itu berkata, pihak berkuasa daerah Fukushima akan memperluas kawasan pemeriksaan hampir 10 kali ganda kepada sekitar 300 tempat.

Ia adalah kes pertama di Jepun mengenai beras mengandungi caesium melebihi 200 Bq sekilogram, tahap yang memerlukan ujian lanjut di kawasan beras yang dituai.

Satu Bq digambarkan sebagai aktiviti satu kuantiti bahan radioaktif iaitu pereputan satu nukleus sesaat.

7 ulasan:

  1. Harap rakyat Jepun akan tabah menghadapi cabaran.

    BalasPadam
  2. harap semua kesulitan yang timbul akan dapat diatasi..

    BalasPadam
  3. pasti luas unsur radioaktif ni tersebar. Jepun kena berhati2 dan membuat ujian menyeluruh ke atas hasil tanaman mereka.

    BalasPadam
  4. amat berbahaya jika radioaktif dah mencemari bekalan makanan.

    BalasPadam
  5. Selamatkah untuk pergi ke Jepun? Penyebaran radioaktif ini membimbangkan.

    BalasPadam
  6. Buat kajian lebih untuk mengelak penduduk terdedah dengan bahan radioaktif.

    BalasPadam
  7. sabar saja la.. mungkin lebih baik kerajaan Jepun import saja barang makanan dari negara2 luar buat masa ini..

    BalasPadam