Seludup ular dalam seluar dalam
MIAMI - Seorang lelaki Brazil yang ditahan di lapangan terbang Miami kerana cuba menyeludup tujuh ekor anak ular sawa dan tiga ekor anak kura-kura di dalam poket serta seluar dalamnya didenda sebanyak AS$400 (RM1,236) oleh seorang hakim.
Simon Turola Borges, 30, yang telah ditahan sejak 25 Ogos lalu mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup. Hukuman ke atasnya dijatuhkan oleh hakim wilayah, Patricia A. Seitz. Selain denda, Borges juga akan dipantau dengan rapi selama dua tahun. Dia turut diarahkan supaya dihantar pulang ke Brazil.
SALAH seekor anak ular sawa yang ditemui dalam seluar dalam Borges.
Bukan senang nak menyeledup, pemantauan dan penyiasatan yang tegas dibuat di setiap lapangan terbang.
BalasPadamkalau berani tu sanggup buat apa saja walaupun membahayakan nyawa.
BalasPadammacam-macam taktik penyeludup ni..namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
BalasPadammmg satu tindakan menyeludup yang berani. tapi bagaimanapun ia tetap dpt dikesan.
BalasPadamHahaa :) bermacam-macam cara digunakan untuk menyeludup. Harap pihak berkuasa akan terus mencari cara menangani penyeludupan ini.
BalasPadamGila la, sehingga sanggup masukkan ke dalam seluar dalam. Ular sawa tu.
BalasPadamlain kali cari la kerja lain yang sah disisi undang2 dan selamat..
BalasPadam