Sabtu, September 24, 2011

AKUI PATI SATU MASALAH BESAR BELUM SELESAI, SANGGUP AMBIL KIRA KEPERLUAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA ATAU PENDEKATAN LAIN MENGATASINYA - MUHYIDDIN

Kerajaan Pusat Komited Atasi Masalah PATI Di Sabah - Muhyiddin

PENAMPANG, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pusat komited untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah meskipun ia merupakan satu masalah besar yang amat mencabar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan juga melihat perkara itu dengan serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Saya fikir Perdana Menteri mengetahui perkara ini dan boleh memutuskannya. Di Sabah sudah ada Jawatankuasa Khas yang dibentuk dalam Barisan Nasional (BN) Sabah mengenai PATI yang dipengerusikan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Timbalan Ketua Menteri).

"Saya sanggup melihat semua aspek...kita akan ambil kira setiap laporan jawatankuasa itu sama ada langkah ke depan memerlukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau pendekatan lain,"

katanya.

Muhyddin berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan tiga tahun sekali ke 13 Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini.

Katanya kerajaan akan menunggu laporan jawatankuasa tersebut dan tampil dengan cadangan dengan mengambil kira semua faktor yang telah diteliti.

Beliau, yang mengulas cadangan penubuhan RCI yang disentuh dalam ucapan dasar presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok, berkata masalah PATI perlu ditangani kerana ia sudah berlarutan sekian lama.

"Saya tahu soal isu PATI waktu saya mengambil alih sebagai peneraju dalam Jawatankuasa Kabinet. Kita bincang bagaimana mahu menyelesaikan PATI yang baru dan PATI lama.

"Ini satu masalah besar dan walaupun kita sudah mula proses yang kita sebut 6P di semenanjung dan 5P di Sabah, saya lihat belum lagi boleh dikatakan kita sudah selesai," katanya.

Muhyiddin juga berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan langkah-langkah luar biasa yang mengubah lanskap politik negara termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat dan pindaan-pindaan akta yang signifikan.

Katanya kesediaan kerajaan membuat pindaan ke atas akta-akta itu bukan sesuatu yang biasa tetapi menunjukkan satu sifat kepimpinan telus dan bersedia untuk menerima dan membawa perubahan.

Muhyiddin turut meminta anggota BN termasuk Upko supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang yang menurutnya amat penting bagi menentukan kelangsungan BN.

49 ulasan:

  1. Hope that the government and our Sabahan leaders will come up with a better idea that can solve the PATI issues in Sabah.

    BalasPadam
  2. Sekadar memandang serius tidak cukup harus diiringi dengan tindakan, baru orang pun respect.

    BalasPadam
  3. Program 6P / 5P perlu dilakasankan dengan lebih tegas. JIka tidak PATI2 ni akan sekadar memandang remeh sahaja mengenai program tersebut. Kesan lain, rakyat akan mempertikaikan kebolehan kerajaan dalam hal ni. Sudah tentu isu ni akan dimainkan lagi oleh pihak2 tertentu.

    BalasPadam
  4. regarding the ISA, hope Najib really mean it.

    BalasPadam
  5. RCI mgkin satu cara yng kita boleh cuba untuk selesaikan masalah PATI.

    BalasPadam
  6. amat diharap agar kerajan dpt ambil langkah yang terbaik untk selesaikan isu PATI.

    BalasPadam
  7. Betul kita perlu mencari pendekatan lain untuk menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  8. Kepada sesiapa yang ada cadangan bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah ini saya fikir kita harus bersuara.

    BalasPadam
  9. dari dulu masalah PATI ni tidak pandai2 selesai. apa masalahnya ni?

    BalasPadam
  10. mungkin tibalah masa kerajaan kena laksanakan penubuhan RCI.

    BalasPadam
  11. PATI issue has been around for a long long time already. the issue should have been solved before it goes worse.

    BalasPadam
  12. The gov should at least implement the RCI.. If they didn't try it how should they know it wouldn't work.

    BalasPadam
  13. usaha yang dirasakan mampu untuk menyelesaikan masalah pati harus dilakukan.

    BalasPadam
  14. masalah pati sudah lama berlaku..harap masalah pati ini akan dapat diselesaikan..

    BalasPadam
  15. Kerana PATI pelbagai masalah jenayah timbul. Seperti pecah rumah, kecurian, bunuh, pergaduhan dan sebagainya. Maka kita mengharapkan Kerajaan Persekutuan dapat menyeselaikan PATI yang ada sekarang ini.

    BalasPadam
  16. Penduduk Sabah betul-betul mengharap sangat PATI akan dapat ditangani.

    BalasPadam
  17. eventhough it's been so long already, there isn't any much change.

    BalasPadam
  18. PATI keeps on coming and coming...they're breeding like rabbits!!!

    BalasPadam
  19. Yes, i agree with PETER..

    They are building houses around papar area, i asked my friend why the govt didn't get rid of them, he say the govt wouldn't care abt it....

    BalasPadam
  20. Besides that, i keep seeing these PATIs walking around donggongon area...megalong which is a shopping mall is no more a safe place to shop, there are mostly illegal people wandering around that area....

    BalasPadam
  21. Admitting won't help solve the problem, action is a must.

    BalasPadam
  22. Kerajaan harus lebih serius dalam menyelesaikan masalah pati. Nampak gayanya isu ini makin teruk. huhu

    BalasPadam
  23. K/kala saya hairan juga kenapalah isu ini tak pandai selesai??? Takkan takda cara lain untuk menanggani perkara ini. huhu

    BalasPadam
  24. Mungkinkah kerajaan harus cuba saja laksanakan RCI??? Walaupun saya yakin ada sebab munasabah RCI tidak dilaksanakan, namun bukankah lebih baik kalau dicuba saja, manalah tahu berkesan. hehe

    BalasPadam
  25. Kalau tak berkesan cuba lagi cara lain. Saya yakin usaha pasti akan membuahkan hasil yang diharapkan.

    BalasPadam
  26. Sementara itu jom ramai-ramai bergabung dan berfikir apa langkah yang boleh dilakukan utk selesaikan isu pati.

    BalasPadam
  27. semakin lama masalah itu dibiarkan, semakin sukar ianya diselesaikan.. oleh itu saya harap jika pendekatan program 5P masih tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut, baik fikirkan cara lain yang lebih aggresif.

    BalasPadam
  28. Takkanlah sampai sekarang pun belum tahu.

    BalasPadam
  29. Tindakan tegas seharus diambil kepada PATI yang gagal memberi kerjasama kepada program 5P/6P.

    BalasPadam
  30. Tempoh masih belum tamat lagi untuk program 5P. Seharus menunggu sama ada 5P dapat selesaikan masalah dengan berkesan. Jika tidak, tindakan/ langkah seterusnya perlu diambil.

    BalasPadam
  31. Government should take preventive action to control such a huge amount of PATI in Sabah. Failing to control them that will causes harmful consequences to the state and risk the people of Sabah.

    BalasPadam
  32. "Saya sanggup melihat semua aspek...kita akan ambil kira setiap laporan jawatankuasa itu sama ada langkah ke depan memerlukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau pendekatan lain,"

    Langkah yang bijak. RCI seharus bersedia untuk menjalankan tugasnya jika 5P gagal untuk menyelesaikan masalah PATI.

    BalasPadam
  33. Apakah tindakan akan diambil kepada PATI yang gagal memberi kerjasama?

    BalasPadam
  34. RCI may work as optional method. Anyway, just see how well the 5P working.

    BalasPadam
  35. Semoga semua golongan memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan program 5P yang dijalankan. Kritikan seharus untuk kebaikan dan menyelesaikan masalah PATI.

    BalasPadam
  36. Semoga semua golongan memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan program 5P yang dijalankan. Kritikan seharus untuk kebaikan dan menyelesaikan masalah PATI.

    BalasPadam
  37. Would be great if to set up RCI to work along with 5P program. May be the combination of both could resulting good and efficient.

    BalasPadam
  38. Selagi ISA belum officially annouce pemansuhan, selagi rakyat perlu bersedia sebab politik boleh berubah-ubah dari masa ke masa.

    BalasPadam
  39. Semoga pihak berkuasa dapat "control" PATI yang berada di Sabah ini. Jumlah ini agak menakutkan dan membahayakan jika tidak dipantau dengan baik.

    BalasPadam
  40. apa salahnya kerajaan tubuhkan sahaja RCI ini dan jika ianya langsung tidak dapat memberi penyelesaian, mansuhkan sahaja bila2 masa.

    BalasPadam
  41. tidak ada sebab mengapa kerajaan tidak mahu menubuhkan RCI ini kecuali ada alasan yang kukuh

    BalasPadam
  42. kerajaan tidak patut membuta-tuli sahaja tanpa memberi pertimbangan langsung mengenai cadangan ini

    BalasPadam
  43. masalah kemasukan PATI di Sabah tanpa penyelesaian memang membimbangkan rakyat

    BalasPadam
  44. selesaikan sahaja masalah ini dengan segera supaya tidak ada lagi tanda-tanya dari semua pihak terutamnya rakyat/pembangkang

    BalasPadam
  45. This issue has been harped for so many dozen times and now, you say it is time to do smth?

    BalasPadam
  46. harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera...

    BalasPadam
  47. Memang pun masih tergantung ni.

    BalasPadam