Isnin, Ogos 08, 2011

UNIT RAWATAN DAN PEMBEDAHAN JANTUNG HQE II BEROPERASI AKHIR BULAN OGOS INI

Unit rawatan dan pembedahan jantung HQE II beroperasi akhir bulan ini

080811-jantung-1

LAWAT … Liow ketika melawat bilik operasi pembedahan jantung di HQE II.

KOTA KINABALU 8th August, 2011: Unit rawatan dan pembedahan jantung Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) akan mula beroperasi sepenuhnya pada akhir bulan ini, kata Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, apabila siap kelak, unit jantung itu akan dilengkapi pelbagai peralatan canggih setaraf dengan Institut Jantung Negara (IJN).

“Ini satu pencapaian yang kita banggakan dan satu berita baik kepada penduduk di Kota Kinabalu khususnya dan amnya di Sabah, di mana mereka akan mendapat satu perkhidmatan terbaik di hospital ini.

080811_jantung“Kita telahpun memberikan perkhidmatan pembedahan jantung mulai April tahun ini di HQE II dan pada akhir Ogos ini kita tambah lagi satu unit operasi di mana alat-alatnya menelan belanja lebih kurang RM5 juta.

“Sempena lawatan ini, saya bagi tambahan peruntukan sebanyakRM3 juta untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik mengenai apa-apa penyakit berkaitan jantung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat dan mendengar taklimat mengenai penambahbaikan dan penaiktarafan Bangunan HQE II, di hospital itu, di sini, kelmarin.

Liow berharap dengan adanya peralatan canggih di HQE II, rakyat di negeri ini akan menikmati perkhidmatan jantung yang lebih baik berbanding tahun-tahun lalu.

“Hanya hopsital ini satu-satunya memberikan perkhidmatan untuk pesakit jantung di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, unit baru pembedahan jantung itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan HQE II, selain penaiktarafan dan pengubahsuaian tempat letak kereta, lif dan struktur di tingkat 6 hingga 8 di hospital itu yang kesemuanya menelan belanja lebih kurang RM76 juta.

“Semua kerja-kerja penaiktarafan termasuk penyediaan peralatan baru yang canggih telahpun siap pada Julai lalu dan pada hujung Ogos ini, ia dijangka akan beroperasi,” katanya.

Beliau berkata, apabila siapnya kerja-kerja penaiktarafan hospital itu, bilangan katil untuk pesakit juga akan bertambah daripada 130 katil sebelum ini kepada 384 katil tidak termasuk 71 katil yang masih disewakan kepada Pusat Perubatan Sabah (SMC).

Ketika ditanya sama ada jumlah doktor pakar di negeri ini mencukupi, beliau berkata setakat ini seramai 207 pakar dan akan menambah bilangan itu pada masa akan datang untuk menampung keperluan pesakit di negeri ini.

----

QEH heart center top notch – Liow

31 ulasan:

  1. Hope everything is on schedule.

    BalasPadam
  2. bgslah, dgn adanya unit ini, pesakit jantung mudah mendapatkan rawatan.

    BalasPadam
  3. Harap tiada tangguhan lagi.

    BalasPadam
  4. “Hanya hopsital ini satu-satunya memberikan perkhidmatan untuk pesakit jantung di Sabah,”

    jadi semua pesakit jantung di Sabah akan pergi ke HQE II untuk menerima rawatan. harap semua peralatan dan kelengkapan adalah mencukupi untuk menampung kesemua pesakit.

    BalasPadam
  5. Tidak perlulah lagi pesakit jantung pergi ke luar negeri untuk mendapatkan rawatan.

    BalasPadam
  6. Wow.. memang satu kemajuan yang amat mengembirakan. Teruskan usaha lagi memperbaiki perkhidmatan hospital.

    BalasPadam
  7. Harapkan doktor pakar tersebut ada juga di semua hospital yang lain di dalam negeri.

    BalasPadam
  8. Memang ini apa yang kami idamkan selama ni. Ramai pesakit jantung dapat rawatan yang sempurna dan cepat semasa ada kecemasan. Taniah!

    BalasPadam
  9. Betul juga cakap Kieram adakah kelengkapan and peralatan mencukupi menampung keperluan semua pesakit? Kalau cukup, kami berasa bangga juga mendapat perubahan.

    BalasPadam
  10. Kos untuk ke luar negeri untuk mendapatkan rawatan amat membebankan. Kini, beban penyakit jantung dah boleh dikurangkan.. Teruskan usaha lagi!

    BalasPadam
  11. Kalau semuanya sudah lengkap dan patut untuk dimulakan operasinya, saya yakin ramai yang gembira dengar berita ni.

    BalasPadam
  12. Tapi kalau masih ada kekurangan tetapi diteruskan juga, takut nanti lain pula masalah yang timbul kan. huhu

    BalasPadam
  13. Semoga semuanya akan berjalan lancar :)

    BalasPadam
  14. Beliau berkata, apabila siap kelak, unit jantung itu akan dilengkapi pelbagai peralatan canggih setaraf dengan Institut Jantung Negara (IJN).

    semoga masalah kekurangan peralatan dapat diatasi dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah

    BalasPadam
  15. ya, satu pencapaian yang patut dibanggakan oleh rakyat Sabah!

    BalasPadam
  16. betul, semoga mereka yang berpendapatan rendah tidak payah lagi risau mengenai pembiayaan kos untuk pergi ke luar negeri sekadar untuk mendapat rawatan

    BalasPadam
  17. Liow berharap dengan adanya peralatan canggih di HQE II, rakyat di negeri ini akan menikmati perkhidmatan jantung yang lebih baik berbanding tahun-tahun lalu.

    Semoga matlamat ini tercapai

    BalasPadam
  18. harap peningkatan jumlah doktor pakar di negeri ini dapat dilaksanakan juga demi untuk menampung keperluan pesakit di negeri ini.

    BalasPadam
  19. Berita yang membanggakan! Tetapi hanya hospital itu yang memberikan perkhidmatan itu. Harap-harap kita akan mengadakan hospital kedua yang memberikan perkhidmatan ini.

    BalasPadam
  20. Yes, we are getting better and better recently. Keep it up, we are looking for more good news.

    BalasPadam
  21. Rakyat tak payahlah pergi ke negeri lain untuk mendapatkan rawatan. Harga juga berpatutan. Ucapan terima kasih kepada pihak-pihak berkuasa.

    BalasPadam
  22. baguslah..ini diharap akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit dan dapat memenuhi keperluan.

    BalasPadam
  23. Kami berharakan pelbagai peralatan canggih setaraf dengan Institut Jantung Negara (IJN) dilengkapi secepat mungkin. Ramai Sabahan memerlukan perkhidmatan dan rawatan tersebut.

    BalasPadam
  24. Mungkin ini akan dapat mengurangkan kos perjalan untuk penduduk Sabah sebelum ini yang terpaksa pergi ke KL untuk menjalankan pembedahan. Sekarang tidak perlulah lagi kerana HQEII telah menyediakan kemudahan tersebut.

    BalasPadam
  25. Harap peningkatan kemodenan peralatan perubatan di Sabah akan dapat dipertingkatkan lagi.

    BalasPadam
  26. Mutu perubatan kita semakin meningkat. Baguslah kalau begitu harap akan terus memperolehi kemudahan perubatan yang lain lagi nanti.

    BalasPadam
  27. Betul kata tanpa nama, perkhidmatan tersebut mengurangkan kos ke luar negeri untuk mendapat rawatan. Harapkan lebih banyak hospital di negeri Sabah dapat meningkatkan taraf perkhidmatan yang sama kualiti.

    BalasPadam
  28. Peralatan dan kualiti perkhidmatan dan perubatan perlu dipantau pada masa ke semasa untuk mendapatkan teknologi dan perubatan yang lebih maju dan berkesan.

    BalasPadam
  29. Betul kata POP, harapkan hospital yang kedua, ketiga dan seterusnya mendapat perkembangan yang sama dengannya.

    BalasPadam
  30. Satu lagi projek yang membanggakan.. Moga-moga kesemua pesakit yang memerlukan rawatan diberi rawatan yang berkesan dan berkualiti. Taniah!

    BalasPadam
  31. tahniah.. tapi selain kemudahan ini ada beberapa lagi kekurangan yang perlu dipenuhi segera sepertimana yang pernah ditimbulkan oleh ahli2 politik di negeri ini. bagi saya, hospital di negeri ini hanya akan lengkap jika tidak ada lagi kes2 pesakit dari Sabah dihantar ke semenanjung atau Sarawak.

    BalasPadam