Ahad, Ogos 21, 2011

TEMPOH PENDAFTARAN PROGRAM 6P DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OGOS

Tempoh Pendaftaran Program 6P Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos - Mahmood Adam

PUTRAJAYA, 20 Ogos (Bernama) -- Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan seminggu sehingga 31 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat berikutan sambutan berterusan daripada majikan dan pendatang tanpa izin (PATI) di semua kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Mahmood berkata lanjutan itu juga dibuat selepas mengambil kira inisiatif beberapa syarikat pengurus yang turun ke ladang-ladang di kawasan pedalaman untuk memujuk PATI supaya berdaftar.

Menurutnya, proses memujuk dilaporkan mengambil sedikit waktu dan hanya beberapa hari kebelakangan ini sahaja mereka bersetuju memberikan kerjasama.

"Justeru itu, jika lanjutan tarikh tidak dibuat, sebahagian besar daripada mereka ini tidak akan sempat didaftarkan, sekaligus menjejaskan capaian maklumat yang ingin kita perolehi menerusi program ini," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa semua majikan dan PATI supaya mengambil kesempatan daripada tempoh lanjutan ini untuk keluar berdaftar kerana tempoh pendaftaran tidak akan dilanjutkan selepas 31 Ogos ini.

Setiap PATI yang berdaftar melalui syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakkan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini.

10 ulasan:

  1. pati dan majikan perlu menggunakan kesempatan ini dengan sebaiknya sebelum penguatkuasaan besar-besaran dijalankan..

    BalasPadam
  2. ia dilanjutkan untuk memberi peluang kepada semua PATI untuk mendaftar, gunakanlah kesempatan ini. jgn lengahkan masa untuk mendaftar.

    BalasPadam
  3. Tempoh pendaftaran dilanjutkan sekali lagi. Sampai bila ia akan dilanjutkan?

    BalasPadam
  4. Mereka yang masih tidak mahu mendaftarkan pekerja mereka, jangan menangis nanti kalau dikenakan tindakan undang-undang. Peluang sudah diberikan serta dilanjutkan beberapa kali lagi.

    BalasPadam
  5. Berapa kali mahu bagi muka sama mereka yang degil ni?

    BalasPadam
  6. Hopefully there will be no more extended date after this.

    BalasPadam
  7. banyak juga peluang yang diberikan oleh PATI ni..lepas ni kalau masih ada PATI yang belum mendaftar, usah dimaafkan lagi. lebih baik mereka balik ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  8. Rasanya negara ini sudah cukup bertolak ansur dengan PATI. diharap mereka menghargai apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan Malaysia. semoga program ini berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama semua pihak.

    BalasPadam
  9. Harap 6P ini akan berjaya menyelesaikan masalah PATI yang ada di Negara kita ini.

    BalasPadam
  10. lepas ni tidak perlu lagi dilanjutkan.. ambil tindakan tegas terhadap mana2 PATI yang belum mendaftar..

    BalasPadam