Penipuan SMS: 5 rakyat Indonesia diberkas
TAWAU 2011/08/02: Polis Tawau memberkas lima rakyat Indonesia, termasuk seorang wanita, kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan membabitkan penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, berkata kelima-lima suspek berusia lingkungan 23 dan 46 tahun itu diberkas di sebuah rumah di kawasan bandar ini kira-kira 12.30 malam Jumaat lalu.
"Kumpulan ini dipercayai beroperasi sejak lebih sebulan lalu," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan di kediaman suspek membawa kepada penemuan sebuah komputer riba, 12 telefon bimbit, tujuh kad ATM, empat buku catatan dan wang tunai berjumlah RM5,000.
Modus operandi sindiket itu ialah menghantar SMS kepada mangsa memaklumkan kononnya penerima SMS tersebut memenangi hadiah tertentu dan mangsa diminta mendeposit sejumlah wang sebelum boleh menuntut hadiah berkenaan.
Ibrahim berkata, berdasarkan rekod, sejumlah 47 aduan berhubung penipuan SMS diterima di Sabah bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini yang membabitkan kerugian sebanyak RM261,909.50.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket itu dan tidak menyerahkan nombor akaun bank mereka bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
"Mana ada orang yang nak beri wang percuma tanpa (mangsa) membuat apa-apa," katanya.
------
Ya, kena berhati-hati bila mendapat call ataupun SMS daripada nombor pelik. Kenalah pandai berfikir juga sama ada logik ataupun tidak tiba-tiba boleh menang duit. Jangan mudah terpedaya.
BalasPadamSelalu ada hal seperti ini berlaku, jadikan ini sebagai suatu amaran supaya lebih berhati-hati nanti.
BalasPadammmg ramai yang mendapat SMS seperti itu, kita jgnlah terpedaya dan tak perlu layan sms tersebut.
BalasPadamkalau melibatkan wang ni janganlah percaya. sekarang memang banyak penipuan untuk dapatkan wang banyak dengan cara mudah dan cepat. jadi, abaikan saja sms tersebut.
BalasPadamnampaknya warga asing juga yang lakukan penipuan ni. memang tak serik2 mereka ni. datang ke negara orang buat jenayah ja.
BalasPadamsms macam ni ramai orang yang pernah dapat. baguslah kalau sindiket ini berjaya diberkas. orang ramai perlu sentiasa berhati-hati.
BalasPadamSms demikian saya pun pernah diterima, tetapi saya selalunya tak peduli..harap semua rakyat dapat berhati-hati dengan perkara demikian.
BalasPadamPandailah mereka melakukan perkara yang menyakitkan rakyat kita.
BalasPadamAyat SMS pun tidak betul. Ada jugakah yang percaya dengan SMS begini?
BalasPadamMana ada orang tiba2 nak bagi sejumlah wang yang besar dengan percuma tanpa ada maksud tersirat. Hairan kenapa ada juga yang tertipu. Jangan biar ketamakan memakan diri sendiri.
BalasPadamBukan senang untuk mendapat duit dengan sekelip mata. Maka janganlah mudah terpedaya dengan tipu elah SMS ini.
BalasPadamBukan senang mahu senang. Jadi jangan mudah terpedaya dengan semua2 ini.
BalasPadamaik..masih ada orang mudah terpedaya dengan sms sedemikian..tak tau apa nak kata..
BalasPadamberhati-hatilah..jangan mudah tertipu
BalasPadamtahniah kepada pihak polis dan teruskan usaha menjejaki penjenayah2 di negeri ini..
BalasPadamRakyat sepatutnya peka dengan sindiket penipuan sebegini, bukannya pertama kali tetapi dah lar banyak laporan tentang penipuan melalui sms sebegini. "Nothing is free"!
BalasPadamJangan berperangai "tamak" and "sikap ingin tahu", sindiket sebegini tidak terjadi-jadi diatas sesiapa pun..
BalasPadam