Penduduk luar bandar disaran ceburi Program Inap Desa
RANAU 28th August, 2011: Penduduk kampung terutamanya di kawasan luar bandar digalakkan supaya menceburi program Inap Desa untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.
Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana program berkenaan menjanjikan pulangan lumayan sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Beliau berkata, melalui program ini juga para pelancong terutamanya dari negara luar akan dapat merasai sendiri cara hidup masyarakat tempatan dari pelbagai aspek seperti makanan, aktiviti harian dan kegiatan pertanian.
“Program Inap Desa merupakan program yang memberikan pendedahan kepada para pelancong mengenai cara hidup dan kebudayaan orang kita.
“Bagi memudahkan kita berkomunikasi dengan mereka, saya berharap penduduk kampung yang terlibat dalam program ini dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Berbuka Puasa bersama penduduk kampung di Kampung Singgaron Baru, di sini, baru-baru ini.
Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan menyeru penduduk kampung supaya mengekalkan keindahan alam semulajadi di kawasan masing-masing terutamanya kawasan tadahan air untuk kepentingan generasi akan datang.
Pada majlis itu beliau turut meluluskan peruntukan sebanyakRM30,000 untuk tujuan pembesaran surau di Kampung Singgaron Baru Ranau, 25 kilometer dari pekan Ranau.
Majlis itu yang dianjurkan oleh Yayasan Sabah dihadiri lebih kurang 200 penduduk kampung.
Sementara itu, Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Pantai Barat Selatan, Hanafiah Diman berkata, acara seumpama itu dijalankan setiap tahun.
“Selain mengadakan majlis berbuka puasa, kita juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung mengenai program Inap Desa dan ceramah daripada jabatan-jabatan berkaitan,” katanya.
Masidi turut menyampaikan sumbangan berupa wang dan beras kepada warga emas kampung tersebut.
Turut hadir Setiausaha Politik Datuk Amisah Yassin, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg Singgaron Amin Saridan dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Ranau Faez Nordin.
Penduduk kampung patut menyertai program seperti ini.
BalasPadamYang berada di kampung tu kalau ada keinginan untuk memajukan diri program ini sesuai diikuti.
BalasPadamProgram ini juga salah satu cara untuk kerajaan negeri mencapai sasaran dalam industri pelancongan.
BalasPadamBagus ni boleh dapat duit. Siapa rajin dia untung.
BalasPadammenjaga & mengekalkan alam semula jadi sepatutnya dilaku agar sentiasa dalam keadaan baik untuk generasi akan datang & pelancongan.
BalasPadamHarap2 peruntukan yang diberi diguna sebaik mungkin.
BalasPadamDaerah Ranau dan Kundasang menjadi tempat tumpuan pelancong. harap2 mereka menyambut baik saranan untuk menceburi Program Inap Desa.
BalasPadamJom sokong program ini. Sambil sokong tu boleh juga belajar bahasa Inggeris kan. hehe
BalasPadamSaya yakin jika penduduk menyertai program ini, secara tak langsung mereka dapat menambah baik ekonomi keluarga:)
BalasPadamBerkenaan peruntukan yang diberikan, harap ia dapat digunakan untuk tujuan pembesaran surau. Jangan guna untuk tujuan yang bukan2 pula. hehe
BalasPadamAmbillah peluang ini sebaik mungkin.
BalasPadam"Pada majlis itu beliau turut meluluskan peruntukan sebanyakRM30,000 untuk tujuan pembesaran surau di Kampung Singgaron Baru Ranau, 25 kilometer dari pekan Ranau."
BalasPadamKerajaan memang menjaga rakyat, cuma kadang-kala terlalu banyak kami mengharapkan kerajaan akan membebankan kerajaan juga. Syabas dengan peruntukan tersebut, harap peruntukan diguna dengan wajar.
Program Inap Desa secara tidak langsung boleh mendatangkan pendapatan untuk penduduk kampung juga. Memang digalakkan..
BalasPadamHarap program tersebut mendapat sambutan dan sokongan semua golongan supaya orang ramai memahami dan menikmati kebudayaan dan kesenian mereka.
BalasPadam"program ini juga para pelancong terutamanya dari negara luar akan dapat merasai sendiri cara hidup masyarakat tempatan dari pelbagai aspek seperti makanan, aktiviti harian dan kegiatan pertanian."
BalasPadamHope can attract more people/visitors to visit and explore themself with their village activities and could develop the local economy indirectly..
Untuk menjayakan program Inap Desa ini memerlukan sokongan dari semua pihak dan masyarakat. Teruskan usaha!
BalasPadam“Bagi memudahkan kita berkomunikasi dengan mereka, saya berharap penduduk kampung yang terlibat dalam program ini dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris,”
BalasPadamBukan mudah untuk belajar Bahasa Inggeris tetapi memang digalakkan juga. Berkemungkinan orang muda di Kampung yang fasih bahasa Inggeris boleh menjadi "translator" semasa ada pelancong dari luar negara.
Harap program tersebut mendapat sambutan yang boleh menambah pendapatan yang lebih untuk orang kampung juga.
BalasPadamShould give full support about such Inap Desa program.. Promote the local culture, living style, cuisine, agriculture etc to the public.. So that people know more about them and could help them to improve their income by getting more visitors.
BalasPadamSemua pihak seharus memberi sokongan sepenuhnya terhadap kempen tersebut supaya menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri.. Ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan jika diusahakan dengan baik.
BalasPadamHarap program tersebut mendapat sambutan yang baik.
BalasPadamTidak lama lagi semua orang kenal kebudayaan dan kesenian mereka.. Syabas!
BalasPadamPeruntukan RM30k seharus diguna dengan baik.. Ini menunjukkan kerajaan juga memberi sokongan terhadap Program Inap Desa tersebut. Teruskan usaha untuk menjayakan program tersebut.
BalasPadami sokokng program ni, bagus idea bah..
BalasPadamboleh dapat duit juga, untunglah mereka.
BalasPadamharap pelancong luar boleh menikmati rasanya keselesaan perasaan desa.
BalasPadamHope they will wisely use the money to make the program work and let the tourists have an unforgettable memory.
BalasPadamIt's also a great way to let us remember our culture and tradition, hope for the best.
BalasPadamharap program sedemikian yang dilaksanakan oleh kerajaan mendapat sokongan dari penduduk luar bandar
BalasPadamprogram ini juga dapat menaiktarafkan kehidupan penduduk luar bandar dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bertutur bahasa inggeris
BalasPadambaguslah kalau program ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelancong mengenai cara hidup dan kebudayaan orang Sabah.
BalasPadamsatu cara yang baik untuk memperkenalkan budaya kehidupan masyarakat tempatan kepada pelancong2 luar
BalasPadampendedahan kepada penduduk kampung mengenai program Inap Desa dan ceramah daripada jabatan-jabatan berkaitan memang wajar dijalankan.
BalasPadamkerajaan negeri juga perlu memainkan peranan dalam menjayakan program ini dengan menyalurkan bantuan berupa kemudahan dan juga nasihat serta memastikan tanah penduduk kampung tidak dirampas pihak tertentu untuk tujuan pembangunan..
BalasPadamsaya yakin penduduk kampung tidak akan mensia2kan peluang yang boleh menambah pendapatan mereka..
BalasPadamprogram inap desa memang baik dan wajar diceburi oleh peduduk luar bandar bagi menambahkan pendapatan.
BalasPadamprogram ini amat baik, penduduk harus ceburi program ini.
BalasPadamSatu idea yang baik kepada penduduk kampung untuk menambah pendapatan mereka.
BalasPadamInap Desa mungkin satu peluang untuk para penduduk mempromosikan kepada pelancong luar. Jadi harap kerjasama antara semua perlu untuk menjayakan Inap desa ini.
BalasPadam