Pelarian Mempunyai Status Kewarganegaraan Malaysia Perlu Tinggalkan Kem
LABUAN, 1 Ogos (Bernama) -- Pelarian di Kem Penempatan Kiansam, yang diberikan status kewarganegaraan Malaysia, sepatutnya keluar mencari tempat tinggal baru di kawasan lain, kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal.
Beliau berkata ini kerana mereka tidak lagi boleh dianggap sebagai pelarian.
Yussof menggesa Kementerian Dalam negeri supaya memeriksa kem penempatan itu bagi menentukan kesahihah maklumat yang mendakwa bahawa para pelarian dengan IMM13 (dokumen perjalanan untuk pelarian) telah menerima dokumen kerakyatan.
"Jika mereka telah diberikan kerakyatan, mereka sepatutnya meninggalkan kem penempatan dan mencari tempat tinggal lain. Ini akan memudahkan tugas pihak berkuasa memeriksa pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen," katanya.
Yussof berkata beliau telah mengarahkan kesemua 27 kampung di pulau itu membantu kerajaan untuk menghapuskan penempatan baru yang diwujudkan oleh pendatang tanpa izin.
Anggota Parlimen itu berkata ketua-ketua kempung bertangungjawab untuk mengekalkan keselamatan dan ketenteraman di kawasan masing-masing dan tidak seharusnya membenarkan pendatang tanpa izin menetap di kampung mereka.
Yussof, yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, berkata adalah menjadi kesalahan membenarkan pendatang tanpa izin membentuk kediaman haram di kampung dan tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang melindungi pendatang tanpa izin.
---
Ya, tidak patut terus tinggal di kem pelarian dan bergantung pada kerajaan kita. Mereka harus keluar bersumbang kepada masyarakat dalam segi usaha dan cukai.
BalasPadamSetuju dengan perbuatan menghapuskan kampung-kampung yang didirikan secara haram oleh Pendatang Tanpa Izin. Mereka bukan sahaja memasuki negara kita secara haram, tapi juga mencerobohi tanah persendirian, kerajaan ataupun hutan simpanan untuk mendirikan rumah mereka.
BalasPadamkita ta kboleh biarkan PATI membina penempatan sendiri, semua pihak harus memberi kerjasama dalam membendung sebarang penempatan oleh PATI.
BalasPadamkalau sudah mempunyai status kewarganegaraan tu tak payahlah tinggal di kem lagi. mulakanlah hidup baru tanpa bergantung pada kerajaan.
BalasPadamharap pekara ini akan dapat diberikan perhatian dan langkah yang sewajarnya akan diambil.
BalasPadamKenapa masih mahu tinggal dalam kem pelarian? kalau masih berdegil untuk terus tinggal dalam kem, lebih baik ditarik balik status kewarganegaraan mereka.
BalasPadamTinggal dalam kem semua free.
BalasPadamKenapa mereka berani mendirikan penempatan haram? Sebab mereka tidak takut. Orang tempatan yang sendiri takut sama mereka. Lama2 kita sendiri jadi pelarian di tempat sendiri.
BalasPadamSudahlah diberi kerakyatan, mahu jadi liabiliti kepada kerajaan lagikah?
BalasPadamBetul itu. Janganlah pula menyemak dalam kem pelarian.
BalasPadamdah diberi kerakyatan, mesti pandai berdikarilah, jangan harap bantuan percuma sahaja
BalasPadambuktikan yang kamu bukan liabiliti kepada Malaysia.
BalasPadamItulah, sejak mereka telah diberikan kerakyatan, mereka sepatutnya meninggalkan kem penempatan dan mencari tempat tinggal lain. Jangan bagi orang dianggap sebagai pendatang asing.
BalasPadamJanganlah memberikan mereka ap-apa, mereka akan meminta lagi banyak. Nanti apa rakyat sendiri dapat apa?
BalasPadampersoalannya, kenapa pelarian itu diberikan status kewarganegaraan Malaysia? dan bagaimana mereka boleh memperolehi status itu..
BalasPadam