Isnin, Ogos 01, 2011

FAT CATS….

Berat kucing paling berat di dunia berkurangan

KUCING paling berat di dunia, Otto pada Januari lalu.

TRENTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing paling berat di dunia, Otto mengalami penurunan berat badan selepas ia dihantar ke sebuah hospital haiwan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berat badan asal haiwan itu ialah 16.4 kilogram (kg) tetapi ia berkurangan lebih 2.3kg.

Haiwan itu mempunyai berat badan 13.4kg semasa ia dipamerkan dalam satu program televisyenmsnbc.com pada Khamis lalu yang berjudul Today.

Kucing itu dihantar oleh pemiliknya ke sebuah hospital haiwan di New Jersey pada Januari lalu untuk menjalani prgram diet selama enam bulan.

----

Berat Orang Utan paling gemuk berkurangan

BENTUK badan Orang Utan paling gemuk di Britain sebelum beratnya berkurangan 20 kilogram.

KANAN: Orang Utan paling gemuk di Britain yang kini kehilangan berat badan 20 kilogram

DORSET - Berat Orang Utan betina paling berat di Britain berkurangan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas haiwan itu diberikan diet buah-buahan, sayur-sayuran dan senaman, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu yang diberi nama Oshine mempunyai berat 100kg semasa ia tiba di Taman Dunia Monyet di sini pada tahun lalu.

Orang Utan itu gemuk kerana dia diberikan makan manisan dan gula-gula semasa dijadikan haiwan peliharaan di Afrika Selatan selama 13 tahun.

"Oshine masih perlu mengurangkan berat badan sebanyak 20kg hingga 30kg," kata pengarah taman itu, Alison Cronin.

11 ulasan:

  1. Betul-betul gemok kucing ni.

    BalasPadam
  2. Adakah haiwan2 ini mengalami obesiti?

    BalasPadam
  3. masalah berat badan juga dihadapi oleh haiwan.

    BalasPadam
  4. haiwan pun ada program diet. pasti haiwan yang mengalami obesiti pun boleh menghidap penyakit kronik juga

    BalasPadam
  5. Haiwan pun mahu diet apa lagi manusia. Kita harus sedaya upaya mengelak daripada obesity.

    BalasPadam
  6. haiwan pun boleh menghadapi masalah berat badan dan perlu menjalani program diet.

    BalasPadam
  7. hahahaaa :D kucing paling berat berkurangan berat badan sudah. Kurang kena bagi makan mungkin. Atau kurangkan gula dalam makanan.

    BalasPadam
  8. haiwan pun kena menjalani program diet dan senaman apatah lagi manusia..ini menunjukkan masalah obesiti semakin serius dan harus ditangani.

    BalasPadam
  9. Haiwan juga akan menjatuh sakit jika berterusan dengan keadaan kegemukan ini.

    BalasPadam
  10. Diet plan should be conducted to ensure these animals are in good health and diet.

    BalasPadam
  11. Haiwan demikian memang terlampau gemuk dan mengalami obesiti.

    BalasPadam