Jumaat, Ogos 05, 2011

MANGSA PERTAMA MAIN MERCUN PUTUS JARI TAHUN INI

Remaja Hilang Tiga Jari - Mangsa Kedua Akibat Mercun Di Kelantan

KOTA BAHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja kehilangan tiga jari tangan kirinya akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini, Rabu.

Mangsa, Nasrudin Mohd Nazli, 19, yang putus ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah itu merupakan mangsa kedua akibat mercun di Kelantan tetapi merupakan mangsa pertama yang cedera teruk sehingga hilang jari.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II, Zaid Ahmad berkata Nasrudin menerima rawatan di jabatan kecemasan hospital itu pada kira-kira pukul 10.25 malam sebelum di tempatkan di wad untuk rawatan lanjut.

Katanya mangsa merupakan kes kedua dirujuk ke HRPZ II akibat mercun tahun ini, di mana kes pertama berlaku pada Isnin lepas.

"Ini merupakan kes yang kedua kita terima membabitkan mercun, kes pertama pada 1 Ogos lalu, membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja itu hanya cedera ringan," katanya.

Ketika ditemui di hospital, Nasrudin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika beliau dan seorang rakannya sedang menunggang motosikal di kawasan kampungnya.

"Masa tu saya dan kawan naik motor pusing kampung, saya yang membonceng kemudian cuba memasang mercun bola.

"Selepas membakarnya saya cuba untuk melempar mercun itu tetapi tidak sempat menyebabkan ia (mercun) meletup di tangan saya," katanya.

Dia berkata ketika meraung kesakitan dia melihat ketiga-tiga jarinya sudah tiada dan terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

----

13 ulasan:

  1. Tahun lepas dan tahun sebelum itu pun ada kes macam ini. Namum masih ada orang yang menjadi mangsa.

    BalasPadam
  2. Sudah tahu bermain mercun mesti ada risikonya, tapi masih mahu main. Tidak boleh salahkan sesiapa kalau kemalangan berlaku.

    BalasPadam
  3. Banyak kali sudah diberi amaran tetapi masih degil untuk bermain dengan mercun. Sekarang apa sudah jadi? Merana seumur hidup. Salah siapa? Diri sendri.

    BalasPadam
  4. mmg main mercun menyeronokkan, tapi kena tau risiko bahaya yang akan dhadapi. dah kena nak menyesal pun tak guna.

    BalasPadam
  5. janganlah bermain mercun..ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri..

    BalasPadam
  6. tiap2 tahun pun ada kes mcm ni.

    BalasPadam
  7. penyesalan tidak akan mengembalikan ketiga-tiga jari yang putus. maka dengan itu beringat sebelum kena. apa yang tidak baik tu janganlah cuba2 untuk lakukannya.

    BalasPadam
  8. Asal saja puasa raya pasti ada saja yang cedera kena mercun.

    BalasPadam
  9. Nasib buruknya...semua harus berhati-hatilah ketika meraikan raya...

    BalasPadam
  10. Permainan mercun memang bahaya. Harap semua orang selamat setiap masa.

    BalasPadam
  11. Asal raya je mesti ada orang masuk hospital sebab main mercun...Jadi sesiapa yg belum menuju ke hospital tu jangan lah bermain mercun kalau nk main sangat main lh bunga api je...

    BalasPadam
  12. hahaha.. padan muka si babi ni hilang jari

    dah cari ke jari-jari tu mana tau tertinggal kat mana2 hahahaha

    BalasPadam
  13. cacat sudah si babi Nasrudin Mohd Nazli ni

    BalasPadam